Penganjur terbesar kejohanan seni bela diri campuran (MMA) di Asia, ONE Championship kini tampil pula dengan siri kejohanan sukan elektronik (e-sukan).
Kejohanan ONE eSports itu merupakan inisiatif ONE Championship dalam membantu mengembangkan lagi industri ‘sukan milenial’ itu di Asia.
ONE eSports merupakan kerjasama di antara organisasi itu dengan Dentsu Inc dari Jepun, serta syarikat gaming Razer dan syarikat telekomunikasi Singtel dari Singapura.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Chatri Sityodtong berkata, ONE Championship komited untuk menganjur kejohanan e-sukan yang sama hebatnya dengan kejohanan MMA yang diadakannya selama ini.
“Kami melihat ada keserasian semulajadi antara seni bela diri dan peminat e-sukan di Asia serta peluang untuk membawa mereka bersama di bawah satu bumbung dalam acara sukan ‘live’.
“Misi kami adalah untuk meraikan wira-wira e-sukan Asia di pentas global. Penubuhan ONE eSports menjadikan ONE Championship pengeluar terbesar sukan milenial di Asia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
ONE Championship dilaporkan akan melabur sebanyak AS$50 juta (RM108.1 juta) untuk siri kejohanan tersebut yang akan diadakan seiring dengan kejohanan-kejohanan MMA yang dijadualkan tahun depan.
Selain itu, ONE eSports akan diterajui bersama oleh bintang MMA dari Amerika Syarikat Demetrious Johnson selaku ‘Chief Brand Ambassador’ mereka.
E-sukan merupakan sukan yang berkembang pesat dan dimainkan oleh jutaan peminat di seluruh dunia, di mana pertandingan-pertandingan e-sukan telah pun mendapat penerimaan arus perdana.
Asia menjadi rantau yang menerajui perkembangan sukan ini.
Kerajaan Malaysia dalam Belanjawan 2019 baru-baru juga ini telah memperuntukkan RM10 juta kepada pembangunan e-sukan di negara ini.
Malah, sukan ini juga telah mendapat sokongan penuh dari Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu mengangkat e-sukan ke tahap yang lebih tinggi.
Beliau juga berhasrat menjadikan Malaysia sebagai hab e-sukan di Asia, yang mampu membuka peluang pekerjaan kepada golongan muda terutama sekali bidang komputer.
Haider Yutim
Wed Nov 07 2018
![ONE Championship lancar siri kejohanan e-sukan terbesar Asia ONE Championship lancar siri kejohanan e-sukan terbesar Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81541591133_MMAesport.jpg)
Kejohanan ONE eSports itu merupakan inisiatif ONE Championship dalam membantu mengembangkan lagi industri sukan milenial itu di Asia.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.
![Trump kembali ke White House, Asia saksikan peralihan kepimpinan utama dalam 2024 Trump kembali ke White House, Asia saksikan peralihan kepimpinan utama dalam 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734497696_DonaldTrump.jpg)
Trump kembali ke White House, Asia saksikan peralihan kepimpinan utama dalam 2024
Tahun 2024 menyaksikan peralihan kepimpinan besar di seluruh dunia, termasuk kepulangan bersejarah Donald Trump ke White House.
![Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734244891_TBANTHONYLOKE.jpg)
Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke
Kementerian Pengangkutan berharap perancangan pembangunan rangkaian rel kereta api yang menghubungkan Malaysia dan China dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat, kata menterinya, Anthony Loke.
![Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025 Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731054027_ProfBarryWinnTay.jpg)
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
![Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025 Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723073448_tbMuhammadAzeem.jpg)
Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.
![Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722918836_TBJAAFARSIDEK.jpg)
Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
![Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713497997_TBMarket.jpg)
Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719197623_WEFChina.jpg)
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).
![Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715682799_tbSheikhMohamedAbd.jpg)
Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.