SEJAK saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersambung kembali awal bulan lalu selepas rehat hampir tiga bulan gara-gara COVID-19, kelibat Mesut Ozil tidak lagi kelihatan bersama kesebelasan utama skuad Arsenal kendalian Mikel Arteta.
Ia menimbulkan persoalan terhadap masa depan pemain tengah itu bersama Arsenal, sekaligus memberi isyarat khidmatnya mungkin tidak diperlukan Arteta.
Bagi bekas pertahanan Arsenal, Martin Keown, mungkin lebih baik jika Ozil mencari haluan baru dalam kerjayanya.
“Saya tidak berasa Ozil mempunyai masa depan bersama Arsenal, ia merugikan kerana dia seorang pemain berbakat tetapi Arteta mengutamakan etika bekerja dalam pasukan.
“Jika Ozil enggan bekerja keras dalam padang, sukar buat dia diturunkan dan skuad Arsenal kendalian Arteta kini menekankan kerjasama erat sepasukan.
“Jika Arsenal terus menyimpannya, ia juga menunjukkkan isyarat tidak baik kepada pemain muda.
“Ia kerana Ozil tidak bermain tetapi menerima gaji besar berbanding pemain muda yang main tetapi gaji lebih kecil,” kata Keown ketika menjadi tetamu dalam siaran secara langsung Arsenal - Crystal Palace pada Rabu bersama bekas pemain Leicester City, Danny Simpson di saluran CH813 Astro Supersport.
Simpson turut senada dengan Keown dan berasa Ozil sepatutnya mampu membimbing tonggak muda dalam pasukan.
“Ozil seorang pemain cukup berbakat dan ramai pemain lain hanya mampu berhajat untuk mempunyai bakat sepertinya.
“Sepatutnya dia membimbing pemain muda dalam padang, bantu mereka menangani tekanan.
“Tetapi Arteta kini pengurus Arsenal dan dia membuat beberapa keputusan penting, saya tidak nampak Ozil bermain untuk Arsenal lagi,” kata Simpson.
Dalam pada itu, Arteta akui kecewa pasukannya sekadar seri satu sama berdepan Leicester dalam aksi EPL pada Rabu walaupun tiada rungutan mengenai komitmen pemainnya.
Arsenal mendahului awal menerusi Pierre-Emerick Aubameyang pada minit ke-21 sebelum Eddie Nketiah dilayangkan kad merah ketika perlawanan berbaki 15 minit.
Berbekalkan kelebihan seorang pemain, Leicester bangkit menyamakan kedudukan menerusi James Vardy pada minit ke-81.
“Saya kecewa kami kehilangan dua mata, kami menguasai sebahagian besar perlawanan dan boleh mendahului tiga, empat kosong.
“Tapi kami tidak menyempurnakan peluang dan apabila itu berlaku sudah pasti lawan akan mempunyai detik kebangkitan.
“Selepas kami beraksi dengan 10 pemain ia sememangnya sukar untuk kami terus membendung asakan lawan.
“Apa pun, saya tidak boleh meminta lebih daripada pemain kerana mereka sudah memberikan komitmen terbaik, banyak lagi perlu dilakukan untuk menjadi lebih baik dan kami di landasan tepat,” kata Arteta ketika temubual pasca perlawanan bersama Stadium Astro pada Rabu.
Astro Arena
Thu Jul 09 2020

Bagi bekas pertahanan Arsenal, Martin Keown, mungkin lebih baik jika Ozil (kanan) mencari haluan baru dalam kerjayanya. - Gambar fail
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

EPL: Díaz, Salah pacu Liverpool atasi Wolverhampton
Kemenangan ke-18 selepas mengharungi 25 perlawanan membolehkan The Reds kendalian Arne Slot gah di puncak liga dengan 60 mata.

Mikel Merino tak sangka jadi penyerang bidan terjun
Merino menjadi pemain Arsenal pertama yang menjaringkan dua gol sebagai pemain gantian dalam perlawanan EPL.

Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle
Jaringan Jacob Murphy dan Anthony Gordon sudah cukup untuk membawa mereka ke Wembley dengan agregat 4-0.

Arteta tak kisah sindiran 'stay humble' Haaland
Arteta turut menegaskan bahawa hubungannya dengan Pep Guardiola tetap positif.

EPL: Kemarahan Arteta berbaloi, hukuman kad merah pemain Arsenal dibatalkan
Terdahulu, pemain berusia 18 tahun itu menerima kad merah oleh pengadil selepas didapati mengasari Matt Doherty, Sabtu lalu.

UCL: Arsenal selangkah mara ke pusingan 16 terbaik
Declan Rice, Kai Havertz dan Martin Odegaard masing-masing menjaringkan gol bagi membantu pasukan memperkukuh status.

Piala FA: Amorim lega Manchester United pamer kemajuan
United mengejutkan Arsenal menerusi gol pendahuluan Bruno Fernandes pada minit ke-52.

Ini tidak adil, kata Arteta
Mikel Arteta meluahkan kekecewaannya terhadap hukuman sepakan penalti yang dilabelnya keras ketika Arsenal seri 1-1 di Brighton.

EPL: Gabriel Martinelli pacu kebangkitan Arsenal benam Brentford
Bryan Mbeumo yang dalam momentum cemerlang menjaringkan gol ke-11 liga untuk memberikan The Bees mendahului seawal minit ke-13.

Amaran Arteta buat Liverpool, Arsenal sentiasa intai peluang pintas
Arsenal akan bersedia untuk mengambil sebarang kesempatan sekiranya seteru mereka itu tergelincir dalam perebutan kejuaraan EPL.