Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak 'badang' negara terus terpalit dengan isu doping menjelang Sukan SEA 2019 di Filipina, November depan.
Justeru, Naib Presiden PABM, Amirul Hamizan Ibrahim berkata pada masa ini, atlet angkat berat kebangsaan perlu melaporkan maklumat keberadaan harian mereka melalui sistem dikendalikan Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas).
"Atlet perlu kemas kini maklumat 'whereabouts' harian walaupun sedang bercuti atau menyertai kejohanan. Maklumat 'whereabouts' harian perlu diisi mengikut suku setiap tahun.
"Sekiranya gagal melaporkan diri, atlet tersebut tidak layak untuk bertanding di peringkat antarabangsa," katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA di Wisma OCM, semalam.
'Whereabouts' atau Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Anti-Doping (ADAMS) adalah rangkaian sistem profil aktiviti harian atlet yang diguna pakai di peringkat antarabangsa.
"Menerusi sistem yang dibangunkan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) ini, atlet angkat berat perlu mengemas kini profil, lokasi dan aktiviti harian mereka," katanya.
Beliau berkata maklumat tersebut akan turut disalurkan kepada WADA, sekali gus membolehkan Adamas atau mana-mana organisasi anti-doping melaksanakan ujian anti-doping tanpa notis awal bagi menangani gejala penggunaan bahan terlarang dalam kalangan atlet.
Sebelum ini, isu doping yang tidak berkesudahan melanda atlet angkat berat negara pada beberapa kejohanan peringkat antarabangsa serta tempatan, sekali gus menyebabkan sukan berkenaan mendapat perhatian serius daripada Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara (MSN).
Mengenai sasaran kutipan pingat pada Sukan SEA kali ini, Amirul Hamizan berkata pada masa ini, badan induk itu menetapkan sasaran satu pingat perak dan satu gangsa.
"Kita tidak berani tetapkan lebih sebab kita nak lihat prestasi atlet kita terlebih dahulu. Banyak kategori dipertandingkan pun baru, jadi banyak negara (atlet mereka) belum keluar lagi (turun beraksi), yang ada hanya dua atau tiga kejohanan antarabangsa, tetapi kita sentiasa kemas kini dari semasa ke semasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 30 2019

Atlet perlu kemas kini maklumat 'whereabouts' harian walaupun sedang bercuti atau menyertai kejohanan. - Gambar fail
[TERKINI] ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
ADUN Ayer Kuning, Perak Ishsam Shahruddin, 58 tahun, dilaporkan meninggal dunia hari ini selepas tidak sedarkan diri rebah ketika perlawanan bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
"..tapi mereka sebelum apa-apa dah tuduh kita paksa sokong PM.." - PM
Perdana Menteri menjawab kepada soalan wartawan berkenaan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang bahawa mandat telah diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri tetapi mereka masih berdolak dalih.
#AWANInews
#AWANInews
Penutupan separa LRA Telibong, gangguan air di KK & Tuaran
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi gangguan bekalan air susulan penutupan separa kecemasan di Loji Rawatan Air Telibong II fasa I.
Gabungan pemimpin berpengalaman dan belia kukuhkan PN
Perikatan Nasional (PN) YAKIN Gabungan kepimpinan berpengalaman bersama barisan anak muda dapat memeperkukuhkan lagi kedudukannya.
Angkat martabat, selesaikan masalah rakyat
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee menyatakan rakyat Sabah bijak dalam menentukan masa depan politik mereka.
Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 kilometer dengan kos RM600 juta yang menghubungkan pulau Bruit ke Matu dan Daro bertujuan meningkatkan akses darat bagi penduduk kawasan luar bandar.
462 diperiksa, 139 PATI ditahan sekitar Tawau dan Semporna
Seramai 462 orang diperiksa dan 139 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan melalui OP Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah sekitar daerah daerah Tawau dan Semporna pada Jumaat dan Sabtu.
ATM perkukuh semangat patriotik penduduk Pantai Timur Sabah
Program kenegaraan dalam kalangan penduduk Pantai Timur Sabah anjuran ATM menekankan pengisian kesedaran keselamatan serta pengukuhan nilai-nilai patriotik dan cintakan tanah air.
"Mengingatkan kepada teguran, kritikan dan hasrat rakyat.." - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu antara tujuan permukiman jemaah menteri ini adalah untuk menilai prestasi kerja para menteri supaya dapat diperbaiki berikutnya. Walaupun ada beberapa angka pencapaian membanggakan, namun ada juga masalah yang perlu dilakukan penyesuaian, tambah beliau.
#AWANInews
#AWANInews

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

ADAMAS 'kejar' atlet lengkapkan modul khas Olimpik
Pihak ADAMAS juga menggerakkan usaha menggalakkan mereka yang berlatih di luar negara melengkapkan modul tersebut secara dalam talian.

SUKMA 2024: ADAMAS harap sifar doping, tumpuan kepada badang negeri
Azura berkata pihaknya menggesa agar kesemua negeri bertanding hadir secara telus dan bersih dalam temasya dwitahunan itu.

Sesi pendengaran atlet olahraga gagal doping bulan depan - ADAMAS
Atlet olahraga yang gagal ujian doping pada Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Februari lepas, dijadual menjalani sesi pendengaran kes pada awal bulan depan.

Atlet 'kantoi' doping tidak jawab surat tunjuk sebab kepada ADAMAS
Atlet olahraga yang gagal ujian doping pada KOM Februari lepas, memilih untuk tidak menjawab surat tunjuk sebab kepada ADAMAS, walaupun diberi tempoh akhir berbuat demikian hari ini.

Atlet wanita pula positif doping - ADAMAS
Arena sukan angkat berat negara seakan-akan tidak lekang dengan kontroversi apabila seorang atlet wanita didapati positif doping, Oktober lepas.

Shapawi terkejut atlet positif doping
Peringatan bagi pengambilan bahan terlarang berulang kali sudah diberitahu dan ia amat mengejutkan.

Atlet masih lalai penggunaan bahan terlarang dalam suplemen - ADAMAS
Atlet yang disabit kesalahan biasanya tidak tahu makanan tambahan yang diambil mengandungi bahan terlarang.

PKP tidak halang ADAMAS teruskan perjuangan isu doping
ADAMAS masih tetap gigih meneruskan usaha membendung gejala doping.

Sukan Asia: Atlet positif doping digugur serta-merta - Azim
Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata ia merupakan salah satu langkah memastikan kontinjen negara mencapai sasaran sifar kes doping pada temasya itu.

Isu doping: Yan Yee berpeluang jalani hukuman minimum
Persekutuan Renang Antarabangsan (FINA) akan menentukan bentuk hukuman ke atas penerjun negara Wendy Ng Yan Yee.