KOTA BHARU: Negeri Sembilan FC (NSFC) membenam Kelantan United FC (KUFC) 4-0 pada perlawanan tunggal Liga Super 2023 di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam tadi.
Perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan selama sejam setengah berikutan air bertakung di atas permukaan padang susulan hujan lebat sejak petang tadi.
Keadaan padang becak tidak menjadi halangan anak buah K.Devan memperolehi jaringan pertama pada minit ke-16 menerusi Herold Goulon apabila mudah menolak masuk bola sepakan penjuru rakan sepasukan.
Negeri Sembilan memperolehi jaringan kedua pada minit ke-25 menerusi Mohamad Hasbullah Abu Bakar selepas melakukan gerakan solo dalam kotak penalti melepasi benteng pertahanan KUFC sebelum mudah menolak masuk bola ke gawang.
Pemain tengah R. Barathkumar menambah jaring ketiga pasukan pelawat pada minit ke-42 apabila bijak melambung bola dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol KUFC, Muhammad Ilham Amirrullah untuk kedudukan 3-0 pada babak pertama.
Bersambung separuh masa kedua menyaksikan KUFC lebih agresif melakukan gerakan untuk membolosi benteng pertahanan Negeri Sembilan dengan banyak bermain hantaran bola jauh ke kawasan lawan.
Negeri Sembilan tidak hanya mempertahankan tiga gol yang diperolehi separuh masa pertama namun lebih menguasai permainan dengan mencipta beberapa peluang menambah jaringan.
Barathkumar menghadiahkan gol keempat pada minit ke-65 menerusi rembatan dalam kotak penalti menewaskan Muhammad Ilham.
Pemain gantian KUFC, Ariff Ar-Rasyid dilayangkan kad merah pada minit ke-76 apabila menjatuhkan pemain tengah Negeri Sembilan, A. Selvan yang memperolehi peluang menambah jaringan kelima pasukan pelawat.
Keputusan tersebut menyaksikan NSFC menduduki tangga kesembilan liga dengan 27 mata manakala KUFC di tangga ke-12 dengan 14 mata selepas 25 perlawanan. - BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023

Negeri Sembilan FC (NSFC) membenam Kelantan United FC (KUFC) 4-0 pada perlawanan tunggal Liga Super 2023 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Terengganu FC tewaskan NSFC 2-0 di Paroi
Meskipun tewas kepada BG Pathum United dalam kelayakan ke separuh akhir ACC minggu lepas namun TFC bangkit menewaskan pasukan tuan rumah.

Piala Malaysia: Negeri Sembilan bertemu Terengganu di suku akhir
Negeri Sembilan FC mara ke saingan suku akhir Piala Malaysia 2024/2025 dengan menyingkirkan PDRM FC.

JDT belasah Negeri Sembilan, Terengganu kembali temui kemenangan
Pendahulu liga JDT terus mengukuhkan kedudukan di puncak Liga Super selepas mencatat kemenangan ke atas Negeri Sembilan FC 4-0.

Kuching City nyaris sekat tiga mata JDT di laman sendiri
Skuad Harimau Selatan tampil dengan corak taktikal berbeza dan turut merehatkan beberapa pemain utama.

Liga Super: Akmal Rizal tidak puas hati Penang FC hanya seri dengan NSFC
Katanya, akibat melakukan kesilapan kecil, Harimau Kumbang terlepas peluang memperoleh tiga mata berharga yang amat diperlukan ketika ini.

Liga Super: NSFC ikat Kedah 2-2
Selepas tiga kekalahan berturut-turut, akhirnya skuad bimbingan K Nanthakumar kembali bangkit untuk membawa pulang satu mata.

TFC turun harga tiket hargai penyokong
Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) mengumumkan menurunkan harga tiket bagi perlawanan Liga Super antara Terengganu FC (TFC) dengan Negeri Sembilan FC (NSFC).

NSFC buka pusat fisioterapi kepada atlet, orang awam
Pusat berkenaan menyediakan fasiliti terbaik kepada para pemain NSFC selain menjadi antara cabang perniagaan untuk kelab bola sepak itu.

Liga Super: KL City benam NSFC 3-0
Negeri Sembilan FC mengalami kekalahan kali ketiga berturut-turut selepas tewas 3-0 di tangan Kuala Lumpur City FC pada saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.

Liga Super: Selangor kecewakan NSFC 4-0
Selangor FC menjaringkan kesemua gol pada babak kedua untuk menumpaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 4-0 pada aksi Liga Super.