KUANTAN: Pahang menubuhkan Akademi Golf Pahang Barat dalam usaha melahirkan pemain golf profesional, kata Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri Fadzli Mohamad Kamal.
Akademi itu yang dikelolakan Majlis Sukan Pahang (MSP) akan 'bertapak' di Padang Golf Raub dekat sini, yang sedang dibaik pulih sebelum dibuka kepada umum dalam masa terdekat.
"Pelajar sekolah dan remaja yang berusia antara lima hingga 21 tahun dari Pahang barat, khususnya dari Raub, Bentong, Lipis dan Cameron Highlands, digalakkan mendaftar menyertai program akademi ini.
"Selain itu, akademi golf ini juga memberikan latihan dalam cabang lain bidang golf meliputi kursus kedi dan penyelenggaraan padang," katanya menerusi kenyataan dimuat naik di akaun Facebook beliau.
Fadzli berkata syarikat Galaxy AeroSpace, turut bersetuju menyumbang peralatan untuk pelajar dan remaja yang terpilih menyertai akademi golf itu.
Beliau berkata Padang Golf Raub juga dikenali sebagai AgroGolf atau 'Golf dalam Kebun', kerana dilengkapi pokok buah-buahan khususnya durian Musang King dan Black Thorn, manggis, mangga dan nangka, menjadikannya unik berbanding padang golf lain.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024

Fadzli (kanan) berkata, akademi yang dicadangkan akan turut memberi latihan dalam cabang lain bidang golf seperti kursus caddy dan penyelenggaraan padang, dengan matlamat akhir melahirkan pemain golf profesional. - Instagram Fadzli
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Tiger Woods akui dirinya 'tidak kompetitif' sekembalinya beraksi
Woods akan bergandingan dengan anaknya, Charlie, di Kejohanan PNC di Orlando hujung minggu ini.

JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.

Golf: Muhammad Afham tempah slot ke Piala Dunia Remaja 2025 di Florida
Atlet berusia 13 tahun itu menduduki tempat kedua pada Kejohanan Golf Remaja Thailand yang berlangsung pada Jumaat hingga Ahad lepas.

Trump selamat cubaan bunuh di Florida
Pegawai penguat kuasa undang-undang menyatakan, penembak bersembunyi di kawasan semak berhampiran sempadan padang golf.

SUKMA 2024: Wakil Sarawak Anson, Mirabel juara kejohanan golf
Anson Yeo Boon Xiang dan Mirabel Ting masing-masing dinobatkan juara bagi kategori lelaki dan wanita pada kejohanan golf SUKMA 2024.

Penampilan terbaik Gavin di Olimpik Paris 2024
Pemain berusia 30 tahun itu berkongsi kedudukan dengan Fabrizio Zanotti dari Paraguay.

MGA umum Pasukan Elit Program Pembangunan Remaja 2024/2025
Senarai tahun ini menampilkan 25 pemain berbakat besar berumur 13 hingga 18 tahun yang telah menunjukkan kemahiran luar biasa.

Jing Xuen ketuai cabaran negara di Piala QSC 2024
Ng Jing Xuen mengetuai cabaran negara di Piala Queen Sirikit (QSC) 2024, bersama dua pemain lain di Christchurch, New Zealand Mac depan.

Tiger Woods gemparkan dunia golf
Tiger Woods menarik diri selepas dia melakukan teed off di lubang ketujuh dengan penonton menyaksikan dia diiringi dari padang dengan kereta golf.

Pahang tubuh Akademi Golf Pahang Barat
Akademi itu yang dikelolakan MSP akan 'bertapak' di Padang Golf Raub, yang sedang dibaik pulih sebelum dibuka kepada umum tidak lama lagi.