JAWATANKUASA Pemandu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) mendedahkan pelantikan Oscar Francisco Gonzalez sebagai pengarah teknikal NFDP bermula 21 April 2024 lalu.
Majlis Sukan Negara (MSN) dalam satu kenyataan sebentar tadi menjelaskan pemilihan Oscar yang juga diberikan tanggungjawab selaku Pengarah Teknikal Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Bekas ketua Pendidikan Kejurulatihan Persatuan Bolasepak Australia (AAFC) dipilih hasil cadangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) setelah empat calon yang disenarai pendek pada 13 Disember 2023.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, mengetuai panel penemuduga berkenaan yang turut dianggotai Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Abdul Rahman, Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell, dan Ketua Unit Sumber FAM, Zukhailah Marzuki.
Oscar yang memegang Diploma Kejurulatihan Professional Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memiliki pengalaman lebih 20 tahun mengendalikan program pembangunan bola sepak belia elit di New South Wales.
Dia juga telah berkhidmat di beberapa kelab terkemuka seperti Nantong Zhiyun FC di China, Football New South Wales, Westfield Sports dan A League Central Coast Mariners di Australia.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Fri May 10 2024

Pemilihan Oscar diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. - Stadium Astro
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Pakar dari Australia dilantik pengarah teknikal NFDP, AMD
Jawatankuasa Pemandu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) mengumumkan pelantikan Oscar Francisco Gonzalez sebagai pengarah teknikal NFDP.

PPBN tidak akan ditutup - Setiausaha Agung FAM
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan khabar angin bahawa Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) termasuk Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang akan ditutup.

Pemilik Cardiff City, Vincent Tan bakal taja NFDP pula?
Pengerusi Eksekutif Berjaya Corporation Bhd, Tan Sri Vincent Tan dijangka memberi nafas baharu kepada Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang kini menghadapi kekangan kewangan.

'Roh' Mokhtar Dahari menggegar Eropah!
Pasukan B-14 Akademi Mokhtar Dahari (AMD) mara ke separuh akhir Kejohanan Vogido di Belanda, dua minggu selepas juarai Kejohanan Whitsun di Jerman.

AFF Suzuki Cup dan Sukan SEA itu taraf apa? - Lim Teong Kim
"AFF Suzuki Cup dan Sukan SEA itu taraf apa?" Itu kenyataan dibuat Lim Teong Kim yang mempersoal tindakan sesetengah pihak yang terlalu memandang tinggi dua kejohanan itu.

Atletico Madrid B13 bukan tandingan anak muda negara
Skuad Malaysia B13 Tahun dari Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) memulakan kempen kejohanan sebenar di Eropah dengan menundukan Atletico Madrid dalam saingan Piala Iber (B13).