KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu pemain negara terutama yang tersenarai dalam projek 'Road to Gold' (RTG) bangkit mempamerkan aksi konsisten dalam setiap kejohanan disertai susulan pemburuan mata kelayakan ke Sukan Olimpik 2024, Paris bermula semalam.
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata pihaknya sentiasa memberikan sokongan sewajarnya kepada pemain negara tanpa mengira sama ada mereka bernaung di bawah BAM atau bergerak secara profesional.
Mengikut format pertandingan Olimpik bagi sukan itu yang bermula semalam hingga 28 April tahun depan, setiap negara boleh diwakili maksimum dua pemain perseorangan sekiranya kedua-dua mereka menduduki ranking 16 terbaik serta dua beregu sekiranya kedua-dua mereka menduduki ranking lapan terbaik.
"Proses kelayakan sudah bermula dan akan berakhir setahun daripada sekarang, ia paling penting bagi pemain kerana Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan mengira daripada 10 permainan terbaik untuk mata kelayakan.
"Kita mahu dengan adanya RTG dan bantuan yang diberikan, pemain semakin meningkat serta tunjukkan prestasi konsisten sampai tahap kemuncak sebelum April 2024," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2023 di Kelab Golf Seri Selangor, semalam.
Dalam pada itu, Mohamad Norza bersedia mencadangkan beberapa nama pemain yang mempamerkan persembahan bertenaga kepada jawatankuasa RTG untuk dipertimbangkan seperti pemain beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang menjuarai Kejohanan Badminton Orleans Masters pada April lepas.
"Ada peminat badminton yang mengatakan mengapa kita tidak melihat kepada beberapa nama seperti Tang Jie-Ee Wei dan perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong namun ia adalah proses. Mana-mana pemain yang kita perlu angkat ke laluan pantas Olimpik, kita akan buat pertimbangan kepada RTG kerana (sekarang ini) hanya senarai permulaan," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya akan berjumpa dengan kesemua pemain badminton yang tersenarai di bawah projek RTG pada hujung minggu ini bagi membincangkan bentuk keperluan dan sokongan yang mereka perlukan.
Projek RTG yang diperkenalkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bulan lepas dianggap sebagai projek nasional dengan objektif untuk menyelaras usaha negara dalam memburu pingat emas sulung di Sukan Olimpik meliputi edisi Paris 2024 dan Los Angeles 2028.
KBS sebelum ini mengumumkan sukan badminton mendominasi senarai atlet iaitu 11 orang daripada 15 atlet yang tersenarai dalam program RTG, melibatkan pemenang pingat gangsa beregu lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik; jaguh profesional lelaki negara, Lee Zii Jia dan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah.
Turut tersenarai adalah tiga beregu profesional iaitu dua wakil dari kem beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie serta beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2023

MOHAMAD NORZA: Kita mahu dengan adanya RTG dan bantuan yang diberikan, pemain semakin meningkat serta tunjukkan prestasi konsisten sampai tahap kemuncak sebelum April 2024. - Gambar fail
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.