KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon memuji aksi bertenaga anak buahnya untuk ke final Pestabola Merdeka 2023 selepas menewaskan India 4-2, di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam tadi.
Pan Gon berkata beliau merasa kagum dengan aksi pemainnya kerana mereka seolah-olah tidak mahu berhenti dan terus berlari sepanjang perlawanan untuk menundukkan India di hadapan 46,150 penonton.
"Saya sangat gembira untuk mengalahkan pasukan dengan ranking lebih tinggi seperti India (ranking ke-102). Saya faham Pestabola Merdeka amat bermakna kepada mereka (rakyat Malaysia).
"Pemain-pemain terus berlari dan berjuang untuk negara dan keluarga mereka. Saya amat bangga dengan anak-anak buah saya kerana kami sedar bahawa kami berada di ranking ke-134 dalam dunia," katanya dalam sidang media pasca-perlawanan.
Jurulatih dari Korea Selatan itu juga gembira dengan aksi barisan penyerangnya kerana mereka boleh menjaringkan sehingga lima gol dalam pembukaan perlawanan babak pertama.
Bagaimanapun, jurulatih berusia 54 tahun itu berkata sungguhpun beliau mengarahkan pemainnya untuk mempersembahkan permainan yang menghiburkan untuk penyokong tuan rumah, beliau bersetuju serangan mereka telah membuka ruang benteng pertahanan yang mengakibatkan dua gol mudah satu di setiap babak, daripada pasukan pelawat.
"Kami mempunyai masalah di benteng pertahanan, jika kami tidak mengambil risiko perlawanan mungkin jadi seri 0-0. Kalau anda mahukan mereka tidak melepaskan sebarang gol, saya boleh memadatkan benteng pertahanan tetapi kami mahukan perlawanan yang menghiburkan," katanya.
Sementara itu Ketua Jurulatih India Igor Stimac berkata perlawanan malam tadi adalah menarik biarpun berlangsung di atas padang yang tidak baik.
Beliau juga merungut mengenai beberapa isu yang dihadapi mereka dalam pembukaan pertandingan ikon itu seperti bas lewat tiba dan keadaan padang untuk mereka berlatih yang tidak baik.
Mengenai gol pemain tengahnya Lallianzuala Chhangte pada minit ke-56 yang tidak dikira, bekas pemain West Ham United itu enggan mengulas keputusan kontroversi pengadil Mongkolchai Pechhri biarpun bola telah melepasi garisan sebelum dikeluarkan pemain pertahanan tengah negara, Dion Cools.
Pada masa sama, Stimac mengucapkan tahniah kepada Malaysia kerana layak ke final dan menzahirkan kekagumannya terhadap sokongan hebat peminat tuan rumah di Stadium Nasional.
Malaysia akan bertemu Tajikistan dalam perlawanan akhir Selasa ini selepas pasukan pelawat mendapat bai selepas pasukan Palestin menarik diri berikutan susulan suasana tegang di tanah air mereka masa ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 13 2023

Pan Gon bercakap pada sidang media selepas perlawanan Pestabola Merdeka 2023 di antara Malaysia dan India di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. --fotoBERNAMA
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar
Kim Pan Gon sifatkan kegagalan mencatat jumlah jaringan besar seperti diharapkan ke atas Taiwan sangat menyakitkan.

Pan Gon mahu terus kemudi Harimau Malaya hingga Piala Asia 2027
Bagaimanapun, Pan Gon akan menyerahkan keputusan mengenai nasibnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Tekanan lebih daripada jangkaan - Pan Gon
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon sekali lagi mendedahkan tentang tekanan besar yang dihadapinya dalam membimbing skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih tugas pada Januari 2022.

Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 55 tahun itu yakin dengan keupayaan pasukannya untuk memberikan impak ketika bertemu Taiwan.

Pan Gon panggil Nur Shamie ganti Darren hadapi Kyrgyzstan, Taiwan
Pemain sayap Kuching City FC Nur Shamie Iszuan Amin dipanggil menyertai pasukan bagi dua aksi getir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.

Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.

Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.

Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.

Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin
Pan Gon telah membuktikan kemampuannya mentransformasikan pasukan negara sehingga layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun.