KUALA LUMPUR: Keputusan memanggil pemain Terengganu FC Shahrul Nizam Ros Hasni menyertai kem latihan pusat menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2023 bulan depan adalah sebagai usaha memilih barisan terbaik skuad Harimau Malaya.
Ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon berkata pemain pertahanan berusia 24 tahun itu berpeluang untuk menilai potensinya dalam melengkapkan senarai 30 pemain yang dipanggil ke kem latihan semalam.
Selain Shahrul Nizam, beliau turut memanggil pemain Petaling Jaya FC V Ruventhiran, 21, bagi menggantikan pemain Negeri Sembilan FC Khair Jefri Jones yang terpaksa digugurkan selepas disahkan mengalami kecederaan buku lali ketika beraksi bersama kelabnya pada saingan Liga Super minggu lepas.
"Kami memanggil Ruventhiran dan Shahrul Nizam kerana mereka pemain muda dan amat berpotensi. Berdasarkan pelan taktikal, kita mahu lihat sama ada mereka sesuai atau tidak," katanya kepada pemberita di Wisma FAM semalam.
Ditanya sama ada beliau akan memanggil pemain bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan untuk menyertai kem latihan, Pan Gon berkata skuad B-23 negara akan memberi tumpuan kepada kejohanan di Uzbekistan selepas ini.
Bagaimanapun, beliau berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan skuad B-23 negara meskipun gagal melangkah ke final Sukan SEA ke-31 selepas tewas tipis kepada Vietnam, pada Khamis.
"Kami menyokong skuad B-23 untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kejohanan berikutnya tapi saya sangat gembira melihat potensi pemain muda negara dan akan menunggu masa sesuai apabila mereka diserapkan ke skuad senior kebangsaan," katanya.
Harimau Malaya akan menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Brunei pada 27 Mei dan Hong Kong pada 1 Jun.
Kedua-dua perlawanan persahabatan itu adalah sebagai persiapan skuad Harimau Malaya menghadapi saingan Kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Bukit Jalil bulan depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022
![Pan Gon 'terpikat' potensi Shahrul Nizam Pan Gon 'terpikat' potensi Shahrul Nizam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653069162_KimPanGonKetuaJ.jpg)
Kim Pan Gon berkata pemain pertahanan berusia 24 tahun itu berpeluang untuk menilai potensinya dalam melengkapkan senarai 30 pemain yang dipanggil ke kem latihan pada Jumaat. - Gambar fail/BERNAMA
The Economy with Ibrahim Sani: Kegiatan Seperti Bola Sepak Dorong Pertumbuhan Lestari
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad membincangkan bagaimana kegiatan seperti bola sepak boleh mendorong pertumbuhan ekonomi yang lestari di peringkat akar umbi. Beliau menekankan pentingnya aktiviti komuniti dalam membina ekonomi yang mampan dan inklusif.
![Garis panduan umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam untuk jaga hubungan - YADIM Garis panduan umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam untuk jaga hubungan - YADIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738899395_TByadim.jpg)
Garis panduan umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam untuk jaga hubungan - YADIM
Cadangan mewujudkan garis panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam mampu menjadi panduan kepada umat Islam untuk menjaga asas muamalah (perhubungan) dalam kalangan masyara
![Chad umum Kabinet baharu Chad umum Kabinet baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738898086_TBMahamatIdriss.jpg)
Chad umum Kabinet baharu
Senarai anggota Kabinet dibacakan menerusi televisyen nasional dan platform dalam talian kepresidenan Chad.
Grab dan GoTo percepat perbincangan penggabungan bagi atasi kerugian
Grab Holdings Ltd dan GoTo Group mempercepatkan perbincangan penggabungan dan mensasarkan untuk memeterai perjanjian tahun ini juga, bagi mengatasi kerugian yang berlarutan dalam pasaran Internet yang sangat sengit di Asia Tenggara.
![Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin, ingatkan natijah buruk kestabilan serantau Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin, ingatkan natijah buruk kestabilan serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737951686_PalestiniansGaza.jpg)
Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin, ingatkan natijah buruk kestabilan serantau
Mesir beri amaran akibat buruk yang mungkin timbul daripada tindakan tidak bertanggungjawab ini.
AWANI Ringkas: Mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738896678_TBgrabgoto.jpg)
Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan
Penggabungan Grab dan GoTo mencetuskan perbincangan mengenai kawalan pasaran, persaingan serta kesannya terhadap pengguna dan tenaga kerja di Malaysia.
Malaysia berpotensi jadi hub Semikonduktor global
Menurut Pengarah & Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib. ini kerana industri semikonduktor di negara ini berjaya menunjukkan kemajuan yang pesat sehingga mampu mengatasi negara Taiwan.
![Pelakon veteran, Roslan Saleh meninggal dunia Pelakon veteran, Roslan Saleh meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738895856_TBBelasungkawaRosl.jpg)
Pelakon veteran, Roslan Saleh meninggal dunia
Jenazah Allahyarham Roslan akan dibawa ke Masjid Tanah, Melaka untuk dikebumikan dijangka selepas solat Jumaat.
AWANI Pagi: Generasi Z manja dan lemah?
Diskusi #AWANIPagi 8.30 Khamis akan bersama Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Nurul Afreen Naquiah Haminudin, mengupas mitos dan fakta tentang generasi ini.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
![Shahrul Nizam kesal tak dapat beraksi di suku akhir Piala Malaysia Shahrul Nizam kesal tak dapat beraksi di suku akhir Piala Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667524864_TerengganuFC.jpg)
Shahrul Nizam kesal tak dapat beraksi di suku akhir Piala Malaysia
Dia yang mendapat jolokan 'kereta kebal' digantung satu perlawanan selepas dilayangkan kad merah ketika beraksi menentang Sri Pahang FC.
![Pan Gon 'terpikat' potensi Shahrul Nizam Pan Gon 'terpikat' potensi Shahrul Nizam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653069162_KimPanGonKetuaJ.jpg)
Pan Gon 'terpikat' potensi Shahrul Nizam
Pemain itu berpeluang untuk menilai potensinya dalam melengkapkan senarai 30 pemain yang dipanggil ke kem latihan pada Jumaat.
![Piala Malaysia: Nafuzi enggan Shahrul Nizam terlalu terkesan dengan isu gagal lapor diri Piala Malaysia: Nafuzi enggan Shahrul Nizam terlalu terkesan dengan isu gagal lapor diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71633729741_PialaMalaysiaNafu.jpg)
Piala Malaysia: Nafuzi enggan Shahrul Nizam terlalu terkesan dengan isu gagal lapor diri
Pemain berusia 23 tahun itu perlu kembali fokus bagi menghadapi saingan Piala Malaysia yang akan bersambung hujung bulan ini.
![Tidak sertai sesi latihan Harimau Malaya, Shahrul mungkin didenda Tidak sertai sesi latihan Harimau Malaya, Shahrul mungkin didenda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633141425_TBSHAHRULNIZAMjpg.jpg)
Tidak sertai sesi latihan Harimau Malaya, Shahrul mungkin didenda
Pemain Terengganu itu didakwa tidak melaporkan diri ketika sesi latihan skuad kebangsaan kerana turun ke laut.
![Shahrul Nizam sudah tahu dalam senarai menunggu Harimau Malaya, kata Cheng Hoe Shahrul Nizam sudah tahu dalam senarai menunggu Harimau Malaya, kata Cheng Hoe](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633299234_TanChengHoe.jpg)
Shahrul Nizam sudah tahu dalam senarai menunggu Harimau Malaya, kata Cheng Hoe
Pihaknya sudah menghubungi Shahrul Nizam sebelum senarai pemain dikeluarkan dan dia juga tahu dia dalam senarai menunggu.
![Pertahanan TFC terlepas aksi antarabangsa kerana turun ke laut Pertahanan TFC terlepas aksi antarabangsa kerana turun ke laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633141425_TBSHAHRULNIZAMjpg.jpg)
Pertahanan TFC terlepas aksi antarabangsa kerana turun ke laut
Malaysia yang menduduki ranking ke-154 dunia akan berdepan Jordan (ke-93 dunia) di Stadium King Abdullah II di Amman pada 6 Okt.