KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong mengintai peluang untuk membuat penampilan kali kelima berturut-turut pada Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadual bermula 26 Julai hingga 11 Ogos depan.
Pandelela berkata beliau kini menumpukan usaha untuk meraih tiket terakhir ke Paris 2024 menerusi Kejohanan Akuatik Dunia 2024 di Doha, Qatar dari 2 hingga 18 Feb ini.
Bukan sahaja cuba bersaing dalam acara 10 meter (m) platform individu buat kali kelima di Sukan Olimpik, penerjun berusia 30 tahun itu turut berharap membuat penampilan berturut-turut dalam acara 10m platform seirama wanita bersama gandingannya Nur Dhabitah Sabri, untuk Paris 2024.
"Setakat ini, semuanya berjalan lancar... saya hanya tumpukan terhadap terjunan terbaik dan melakukan yang terbaik seperti dalam latihan untuk kejohanan (di Doha).
"Saya juga tidak sabar untuk bergandingan dengan dia (Nur Dhabitah) dalam Kejohanan Akuatik Dunia dan memberikan persembahan terbaik kami," katanya yang dihubungi Bernama.
Sebelum ini, Pandelela pernah beraksi dalam empat Sukan Olimpik bermula dari Beijing 2008, London 2012, Rio 2016 dan Tokyo 2020.
Pada London 2012, atlet kelahiran Sarawak itu mencipta sejarah sebagai atlet wanita Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik (gangsa) menerusi acara 10m platform individu.
Empat tahun kemudian di Rio 2016, beliau meraih satu pingat perak bersama-sama bekas penerjun, Cheong Jun Hoong menerusi acara 10m platform seirama wanita.
Sekiranya Pandelela berjaya melayakkan diri ke Paris 2024, beliau akan menyamai rekod dipegang bekas penerjun negara Datuk Leong Mun Yee yang setakat ini merupakan satu-satunya atlet Malaysia yang membuat lima penampilan Olimpik.
Di Doha, 12 penerjun terbaik dalam acara individu dan empat gandingan teratas bagi acara seirama akan mendapat tempat untuk Paris 2024.
Biarpun ramai atlet yang telah layak menerusi Kejohanan Akuatik Dunia tahun lepas, slot yang ada akan diberikan kepada penerjun dan gandingan terbaik di Doha.
Setakat ini, penerjun muda Bertrand Rhodict Lises muncul penerjun tunggal yang layak secara merit ke Sukan Olimpik 2024.
Atlet yang berasal dari Sarawak itu membuat penampilan sulung di Olimpik selepas mara ke final acara 10m platform individu lelaki dan menjadi antara 12 penerjun terbaik pada Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun.
Penerjun lain yang bersaing di Doha ialah Wendy Ng Yan Yee, Ooi Tze Liang, Muhammad Syafiq Puteh, Enrique Maccartney Harold dan Jellson Jabillin.
Ditanya tentang kem latihan selama dua bulan di China baru-baru ini, Pandelela berkata kem berkenaan memberi manfaat kepadanya terutama dari segi membina kekuatan mental dan fizikal menjelang Kejohan Akuatik Dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 31 2024
Sekiranya Pandelela (gambar) berjaya melayakkan diri ke Paris 2024, beliau akan menyamai rekod dipegang Leong Mun Yee yang setakat ini merupakan satu-satunya atlet Malaysia yang membuat lima penampilan Olimpik. - Gambar fail/Astro AWANI
#AWANIRingkas 19 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 19 Januari 2025
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
Beberapa agenda penting pelancongan ASEAN melatari tentatif ATF 2025 hari ini
Ini merupakan kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah ATF selepas yang pertama di Kuching, Sarawak pada 2014.
Letupan tangki minyak di Nigera: Angka kematian meningkat kepada 70
Banyak nyawa terkorban berpunca daripada orang ramai cuba mengumpul minyak dari tangki yang tumpah di Kawasan Kerajaan Tempatan Suleja.
Polis Johor siasat dakwaan anggota trafik minta dan terima wang di Tambak Johor
Polis Johor sedang menyiasat gambar tular yang mendakwa anggota polis trafik meminta dan menerima wang di Tambak Johor pada Khamis (16 Jan) lepas.
ASEAN 2025: Mohamad Hasan pengerusikan Pemukiman AMM di Langkawi
Mesyuarat ini merupakan acara pertama dalam kalendar tahunan ASEAN bagi peringkat menteri di bawah kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Januari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
1. TikTok akan ditutup hari ini di Amerika kecuali jika Biden campur tangan
2. Malaysia yakin hadapi kemungkinan cabaran daripada pentadbiran Trump
3. Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa hari ini
1. TikTok akan ditutup hari ini di Amerika kecuali jika Biden campur tangan
2. Malaysia yakin hadapi kemungkinan cabaran daripada pentadbiran Trump
3. Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa hari ini
ASEAN perlu bekerjasama bentuk masa depan pelancongan lebih baik - Onn Hafiz
Usaha ini akan menggambarkan semangat kolaborasi dan perkongsian visi yang mencerminkan ASEAN.
Penyerang bunuh diri selepas tembak mati dua hakim di Mahkamah Agung Tehran
Kedua-dua hakim itu dibunuh satu "pembunuhan terancang" di dalam mahkamah sebelum penjenayah melarikan diri dan mengambil nyawanya sendiri.
Yang perlu kita tahu mengenai pertukaran tahanan dan tebusan di Gaza
Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas, dijangka berkuat kuasa mulai 8.30 pagi waktu tempatan (2.30 petang waktu Malaysia) hari ini Ahad (19 Januari).
Hampir 200,000 pelarian Syria pulang sejak kejatuhan Assad - PBB
Antara 8 Disember hingga 16 Januari, kira-kira 195,200 rakyat Syria telah kembali ke negara asal mereka.
‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."
Tidak adil untuk Pandelela tuding jari terhadap media secara melulu - SAM
Presiden SAM, Norismadi Abd Manap dalam satu kenyataan pada Sabtu menegaskan, media sukan adalah profesional dalam menjalankan tugas
Pandelela jelas isu 'entiti', dakwa media salah tafsir
Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai kemelut isu yang dihadapi skuad terjun ketika ini.
Gangguan 'entiti': MAS siasat segera dakwaan Pandelela
Setiausaha Agung MAS, Andy Low, berkata beliau telah berjumpa dan mendapatkan penjelasan Pandelela pagi tadi, namun enggan mengulas lanjut sehingga siasatan selesai.
"Hanya alasan!" - Kenyataan MAS kepada Pandelela tidak wajar
Kenyataan Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low kepada ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dianggap tidak wajar.
Kami boleh bersara jika ada atlet pelapis - Pandelela
Datuk Pandelela Rinong hari ini berkata penerjun senior sepertinya boleh bersara, jika ada atlet pelapis yang boleh mengatasi mereka.
RTG: Kedudukan Pandelela, Dhabitah mungkin diketahui akhir bulan ini
Kedudukan Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri dalam senarai program Road to Gold berkemungkinan akan diketahui akhir bulan ini.
Gagal raih tiket ke Sukan Olimpik Paris, Pandelela mohon maaf
Penerjun kelahiran Sarawak itu bagaimanapun belum mahu mengibar bendera putih, sebaliknya tekad bangkit lebih kuat selepas ini.
Pandelela, Nur Dhabitah gagal ke Sukan Olimpik Paris 2024
Mereka gagal menampilkan prestasi terbaik untuk menduduki kedudukan tersebut daripada 16 gandingan dengan mengutip 240.06 mata keseluruhan.
Pandelela diyakini mampu beri aksi terbaik buru slot ke Paris 2024
Pandelela masih mempunyai satu lagi peluang apabila beraksi bersama Nur Dhabitah dalam acara 10m platform seirama pada Selasa.