TOKYO: Lima tahun lepas, tiga atlet olahraga para Malaysia berjaya melakar sejarah apabila membawa pulang tiga emas daripada Sukan Paralimpik Rio 2016.
Ia merupakan kali pertama Malaysia merasai kilauan emas sejak mula menyertai temasya berprestij itu pada edisi 1972 di Heidelberg, Jerman, sekali gus pencapaian tiga emas dan sebutir gangsa itu menjadi pencapaian terbaik bagi kontinjen negara.
Tiga wira - Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi bagi acara 100m T36 (celebral palsy), Muhammad Ziyad Zolkefli bagi acara lontar peluru T20 (masalah pembelajaran) dan Abdul Latif Romly dalam lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) ternyata unggul dalam acara masing-masing.
Ia sekali gus membuka mata peminat sukan negara mengenai keupayaan atlet luar biasa ini untuk mengharumkan nama Malaysia di peringkat global.
Rentetan daripada kejayaan manis diraih mereka bertiga di Brazil, kem paralimpik kebangsaan terus mencatat kejayaan membanggakan dalam pelbagai kejohanan antarabangsa, dengan atlet dari sukan lain juga mahu membuktikan mereka berpotensi pingat emas di bumi Negara Matahari Terbit ini.
Bagi edisi kali ini, seramai 22 atlet akan menyahut cabaran mengibar Jalur Gemilang dalam sembilan jenis sukan disertai kontinjen negara di sini.
Mohamad Ridzuan, Muhammad Ziyad, dan Abdul Latif sudah semestinya akan berjuang habis-habisan bagi mempertahankan emas mereka, namun kelibat tiga lagi atlet iaitu Bonnie Bunyau Gustin dari powerlifitng, S. Suresh (memanah) dan Cheah Liek Hou (badminton) harus diberi tumpuan pada temasya kali ini.
Turun dengan reputasi selaku pemegang rekod dan juara dunia bagi kategori lelaki atas 72 kilogram (kg), Bonnie dilihat antara pencabar utama untuk merangkul emas manakala Suresh yang juga juara memanah para dunia 2019 di Belanda turut berupaya menghasilkan kilauan emas buat negara dalam acara lelaki terbuka recurve nanti.
Liek Hou yang bersaing dalam acara perseorangan lelaki kategori SU5 pula berpeluang merakam sejarah menjadi antara pemain badminton para terawal yang meraih pingat apabila sukan berkenaan akan membuat penampilan sulung dalam temasya kali ini.
Juara dunia enam kali yang mendapat sentuhan pemenang gangsa perseorangan lelaki Olimpik Atlanta 1996, Datuk Rashid Sidek, tidak mustahil meraih satu lagi pencapaian cemerlang di Tokyo sekiranya berjaya mengekalkan prestasi dilakar ketika muncul juara dua kejohanan badminton di Sepanyol pada Mei dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), April lepas.
Setelah berhempas pulas mengorban masa, keringat dan tenaga demi negara tercinta sepanjang lima tahun lepas, cabaran barisan atlet lain juga tidak boleh dipandang ringan malah kejutan mungkin boleh berlaku daripada mereka.
Sandaran pingat skuad berbasikal pastinya diletakkan kepada pemenang gangsa perlumbaan 15km scratch lelaki C1 di Kejohanan Berbasikal-Para Trek Dunia UCI 2020 di Kanada iaitu Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin yang bersaing bagi acara 3,000 meter, pecut berpasukan, individu ujian masa dan lebuh raya.
Pelumba lain yang melengkapkan cabaran skuad berbasikal negara di Tokyo adalah pemenang emas perlumbaan lebuh raya kategori C5 Sukan Para Asia 2018 Zuhairie Ahmad Tarmizi, Muhammad Hafiz Jamali dalam acara 1000m ujian masa C5 serta gandingan Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais dan jurumudinya, Nurul Suhada Zainal dalam lebuh raya dan ujian masa kategori B.
Sementara itu, satu-satunya wakil tunggal wanita olahraga para Siti Nooriasah Mohamad Ariffin yang akan beraksi dalam acara 400m T20, Jong Yee Khie (powerlifting) dan Abu Samah Borhan (tenis kerusi roda) berpeluang memperbaiki prestasi mereka dalam penampilan kedua di Sukan Paralimpik selepas tidak berjaya meraih kedudukan podium di Rio 2016.
Barisan atlet lain yang akan mewarnai saingan di Jepun adalah Wong Kar Gee (lompat jauh T13); Didin Taresoh (badminton SH6); Chew Wei Lun (boccia BC1); Chee Chao Ming (ping pong T9); Wiro Julin (memanah) dan tiga atlet renang para iaitu Muhammad Nur Syaiful Zulkafli dan Jamery Siga bagi ketegori S5 serta Brenda Anellia Larry (S4).
Sama seperti Sukan Olimpik yang telah melabuhkan tirai pada 8 Ogos lepas, penganjuran Sukan Paralimpik kali ini tetap diteruskan walaupun diselubungi ancaman pandemik COVID-19 yang masih lagi melanda Jepun dan seluruh dunia.
Malah, Jepun mengumumkan untuk melanjutkan darurat di Tokyo sehingga 12 Sept ini selepas bilangan kes COVID-19 dilihat masih tinggi dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan surut dengan secepat mungkin.
Menjelang pembukaan rasmi malam esok dijadual pada pukul 8 malam (7 petang waktu Malaysia) di Stadium Olimpik, kemeriahan pastinya kurang dirasai di venue sukan apabila tuan rumah memutuskan untuk meneruskan temasya Paralimpik tanpa kehadiran penonton sama seperti Olimpik baru-baru ini, bagi mengekang penularan COVID-19 di kota raya metropolitan terbesar dunia itu.
Dalam pada itu, Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin mengingatkan para atlet agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan penganjur, selain menjaga kesihatan diri bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti virus berbahaya itu.
Berdepan pelbagai cabaran dan ranjau berduri dalam mempersiapkan diri ke Tokyo 2020 di sebalik pandemik COVID-19, barisan atlet negara sudah pasti memerlukan sokongan padu seluruh rakyat Malaysia menyala api perjuangan di bumi Tokyo.
Seramai 4,400 atlet dari 160 negara akan bertanding dalam 22 jenis sukan ditawarkan pada temasya Paralimpik kali ini.
Buat atlet negara, Demi Malaysia, anda mampu lakukannya!
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 23 2021

Kontinjen Paralimpik yang akan ke Temasya Sukan Paralimpik 2020 Tokyo bergambar sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 21 Ogos lalu. - Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Sektor swasta diharap bantu pembangunan atlet Olimpik Khas
Hannah berkata bantuan sektor swasta amat diperlukan bagi pembangunan atlet sukan berkenaan meskipun telah mendapat sokongan MSN.

Paris kini bersedia sepenuhnya anjur Sukan Olimpik
Kata Macron, adalah menjadi kebanggaan Perancis dalam menganjurkan Sukan Olimpik dan Paralimpik.

Sukan Para Asia Hangzhou: Ziyad Zolkefli raih pingat emas ketiga Malaysia dalam acara lontar peluru
Atlet olahraga Muhammad Ziyad Zolkelfi kekal unggul selepas berjaya mengekalkan pingat emas menerusi acara lontar peluru lelaki di Sukan Para Asia Hangzhou, pada Selasa.

Abdul Latif dan Liek Hou dijangka tiba di KLIA petang ini
Pesawat yang membawa Abdul Latif dan Liek Hou dijangka mendarat di KLIA pukul 4.30 petang nanti.

Paralimpik Tokyo 2020: 'Protes Ukraine lemah, doakan...' - Faizal Azumu
Perbincangan sedang berjalan susulan pembatalan pingat emas yang dimenangi Muhammad Ziyad Zolkefli.

Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie
Bonnie menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hadiah kepada negara sempena hari kebangsaan.

Senarai akhir kontinjen negara ke Tokyo diketahui awal Julai
Senarai akhir bagi kontinjen negara ke temasya Tokyo 2020 dijangka diketahui awal Julai berikutan pusingan kelayakan bagi beberapa acara sukan melibatkan atlet Malaysia masih berlangsung hingga Jun.

Kelompok pertama vaksin atlet berjalan lancar
Daripada jumlah itu, 35 orang merupakan atlet Paralimpik dan 93 orang pula adalah atlet negara yang sudah dan dalam bayangan layak ke Sukan Olimpik Tokyo.

PCM mohon lebih banyak acara dipertandingkan sukan Para ASEAN di Hanoi
Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) mencadangkan agar 18 sukan dipertandingkan pada Sukan Para ASEAN (APG) ke-11.

Hashimoto tekad beri tumpuan penganjuran Sukan Olimpik ketika COVID-19
Tindakan pencegahan penyebaran virus itu akan diutamakan bagi membolehkan acara berkenaan diadakan tahun hadapan.