Usaha gigih anak muda Kampung Paya Kelubi, Bukit Keteri di sini nyata tidak sia-sia apabila meraih pingat emas ketiga negara di Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, pada Ahad.
Abdul Latif Romli, 19, bukan sahaja menjuarai acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran) selepas menewaskan 11 peserta lain, malah turut mencipta rekod dunia 7.6 meter, mengatasi rekod lama 7.35m miliknya sendiri yang dicatat pada Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar tahun lepas.
Ibunya, Salmah Yatim, 58, berkata kejayaan anak bongsunya yang kurang upaya intelektual itu seperti bulan jatuh ke riba kerana pencapaian tersebut amat besar bagi seorang anak istimewa yang masih muda dan cetek pengalaman.
BACA: Paralimpik Rio: Pecah rekod dunia, Latif Romly hadiahkan emas ketiga negara
"Saya terharu dan seperti bermimpi dengan kejayaannya kerana dia antara anak yang 'nakal' tetapi dia juga yang telah membanggakan keluarga," katanya penuh sebak sambil menangis gembira.
Keluarga Abdul Latif ditemui pemberita selepas menyaksikan kemenangan anaknya secara langsung menerusi Youtube di Pusat Khidmat Parlimen Arau di sini, Ahad malam.
Terdahulu pada Sabtu (awal pagi Ahad waktu Malaysia), dua pingat emas negara disumbang Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 (celebral palsy) dan Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) yang turut mencipta rekod dunia.
Bapa Abdul Latif, Romly Mat, 63, pula bersyukur dengan kejayaan tersebut dan berharap pengalaman berharga itu mampu mendorong anaknya untuk lebih berjaya dan berbakti.
"Saya sentiasa sokong usaha dia, jauh sekali mengharap dia meraih emas kerana apabila dia jadi 'orang' saya sudah cukup bersyukur," katanya.
Turut hadir di pusat itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan atlet paralimpik Perlis yang meraikan kejayaan Abdul Latif dengan menyanyikan lagu Negaraku.
Bernama
Mon Sep 12 2016

Abdul Latif harumkan nama negara dengan memecahkan rekod dunia di Rio. - Foto sumber MISIM.my

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

DAP akan kemuka usul pengiktirafan Parlimen kepada atlet Paralimpik
Mengambil contoh Parlimen Singapura yang meluluskan usul tahniah kepada Joseph Schooling, Anthony Loke berkata tiada sebab untuk Parlimen Malaysia menolak usul tersebut.

Tiga rekod dunia, #terbangLatifterbang trending di laman sosial
Tiga rekod dunia menjadi indikatif kecemerlangan dan kehebatan Latif yang sebelum ini pernah memenangi pingat emas di pelbagai kejohanan dunia.

Paralimpik Rio: Sebak anak 'nakal' harumkan negara di mata dunia - Ibu Latif Romly
Abdul Latif Romly bukan sahaja menjuarai acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran) selepas menewaskan 11 peserta lain, malah turut mencipta rekod dunia 7.6 meter.

Paralimpik Rio: Pecah rekod dunia, Latif Romly hadiahkan emas ketiga negara
Atlet paralimpik negara, Abdul Latif Romly membuktikan kehebatannya dalam acara lompat jauh dengan memecahkan rekod Sukan Paralimpik Rio serta meraih pingat emas negara hari ini.