KUALA LUMPUR: Jaguh tenis kerusi roda negara Abu Samah Borhan tidak menolak kemungkinan Sukan Paralimpik 2024 di Paris bakal menjadi penampilan terakhirnya pada temasya sukan berprestij tersebut.
Abu Samah berkata usia mungkin menjadi faktor utama beliau memilih untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pentas Paralimpik, namun tetap bersedia mewakili negara jika diperlukan.
"Bagaimanapun, untuk temasya sukan lain seperti Sukan Para ASEAN mahupun Sukan Para Asia saya tak pasti, ia bergantung pada budi bicara Majlis Sukan Negara (MSN).
"Jika ikut faktor umur 40 tahun, atlet tenis kerusi roda tidak boleh terlalu bersungguh-sungguh kerana memerlukan daya tahan dan kekuatan tinggi," kata atlet berusia 38 tahun itu kepada Bernama baru-baru ini.
Mengenai peluang beraksi buat kali ketiga di Sukan Paralimpik selepas Rio 2016 dan Tokyo 2020, Abu Samah berkata beliau perlu memastikan dirinya berada dalam kelompok 32 terbaik dunia pada 15 Julai tahun ini untuk layak secara merit ke temasya berprestij itu.
Atlet kelahiran Tanjung Malim, Perak yang kini menghuni ranking ke-55 dunia itu berkata beliau akan mengumpul sebanyak mata dalam beberapa lagi kejohanan yang menawarkan mata ke Sukan Paralimpik Paris iaitu di Sri Lanka, Jepun dan Eropah.
Abu Samah yang membuat penampilan sulung di Rio 2016 selepas mendapat tiket wildcard, tersingkir pada pusingan pertama tewas kepada wakil Great Britain Alfie Hewett 0-6, 1-6.
Edisi Tokyo pula menyaksikan Abu Samah layak secara merit, memperbaiki prestasi dengan mara ke pusingan kedua sebelum ditunjukkan jalan keluar oleh pemain Belanda Tom Egberink 0-6, 1-6.
Sukan Paralimpik 2024 berlangsung pada 28 Ogos hingga 8 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2024

Abu Samah berkata usia mungkin menjadi faktor utama beliau memilih untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pentas Paralimpik.- Gambar fail/Bernama
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Paris 2024 penampilan terakhir Abu Samah?
Jaguh tenis kerusi roda negara Abu Samah Borhan tidak menolak kemungkinan Sukan Paralimpik 2024 di Paris bakal menjadi penampilan terakhirnya.