PEP Guardiola ketepi tanda "genius" yang diberikan kepadanya oleh Carlo Ancelotti dan memberikan amaran bahawa skuad Everton kendalian pengurus kelahiran Itali itu bakal menguji Manchester City.
Selepas pengurus baru The Toffees memuji Guardiola dalam sidang media sebelum bertemu City di Stadium Etihad, Guardiola membalas pujian itu kepada Ancelotti -- salah seorang jurulatih yang berjaya di Eropah.
City bangkit daripada kekalahan kepada Wolves dengan menewaskan Sheffield United 2-0 di laman sendiri dan berharap untuk meleburkan rekod cemerlang Ancelotti, malam ini.
"Everton adalah Everton, salah sebuah kelab yang penuh dengan tradisi serta bersejarah di England, ditambah pula dengan barisan pemain-pemain yang berkualiti," kata Guardiola.
"Mereka mungkin bergelut musim ini tetapi kualiti itu tetap hadir dalam perlawanan, dengan kehadiran pengurus baru yang memiliki pengalaman yang luas.
"Pengurus seperti Ancelotti, salah seorang yang bijak dan mampu memastikan pasukannya menang dengan cara apa sekalipun.
"Saya sangat mengenali beliau dan pernah bertemu beberapa kali dalam perlawanan. Pasukannya sentiasa mengatasi pasukan kami. Beliau telah mengendali beberapa pasukan ternama dan berpengalaman di Eropah.
"Ia merupakan berita yang menarik buat bola sepak Inggeris apabila Ancelotti kembali ke England. Beliau mampu melakukan yang terbaik di Everton."
Guardiola mengesahkan pertahanan John Stones serta perancang, David Silva cergas untuk turun berdepan Everton namun Guardiola mengambil langkah berjaga-jaga sebelum merisikokan pemain-pemainnya.
City berdepan Everton, Port Vale dan Manchester United dalam tujuh hari pertama bulan ini dan Guardiola berkata rehat yang pendek di antara perlawanan menyukarkan pasukannya untuk berada di tahap terbaik.
"Kami memiliki lima perlawanan dalam 12 hari. Sama seperti pasukan-pasukan lain.
"Kami akan cuba yang terbaik sama seperti perlawanan sebelum ini: 80 minit dengan 10 pemain ketika bertemu Wolves, kemudian berlatihan dua hari sebelum beraksi sekali lagi. Ia sangat berisiko tetapi kami perlu mengambilnya."
Astro Arena
Wed Jan 01 2020

GUARDIOLA: Pasukan Ancelotti sentiasa mengatasi pasukan kami. Beliau telah mengendali beberapa pasukan ternama dan berpengalaman di Eropah. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.