KUALA LUMPUR:Kebanyakan pasukan Liga Malaysia (Liga-M) memanfaatkan sepenuhnya kelonggaran mengadakan latihan yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bermula hari ini dengan memulakan latihan masing-masing sebagai persiapan menghadapi musim 2021 menjelang sepak mula pada 5 Mac ini.
Selepas persediaan pasukan terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bermula 13 Jan lalu, kebenaran diberikan untuk menjalani latihan menerusi konsep gelembung sukan, iaitu semua pemain dan pegawai perlu melakukan ujian calitan serta memasuki gelembung selepas didapati bebas daripada wabak COVID-19 hingga tamat liga.
Selepas memasuki gelembung itu, mereka perlu mematuhi kuarantin di kem atau kediaman yang ditetapkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan pasukan masing-masing, yang mana mereka tidak dibenarkan keluar atau bergaul dengan individu dari luar gelembung itu.
Skuad Liga Super Selangor FC, Pahang dan Petaling Jaya (PJ) City FC merupakan antara pasukan yang memulakan latihan pada hari ini setelah keputusan ujian calitan semua yang terlibat dalam pasukan itu didapati negatif.
Pengurus Selangor FC Mahfizul Rusydin berkata pasukan berkenaan memilih menggunakan kaedah kuarantin di rumah untuk semua pemain dan pegawai yang terlibat, serta mereka dikehendaki menjalani saringan COVID-19 seminggu sekali bagi memastikan keselamatan dan kesihatan terjaga.
"Mereka bertanggungjawab menjaga gelembung masing-masing, di mana mereka tidak dibenarkan menerima pelawat atau keluar rumah tanpa sebab. Bagi yang mempunyai pasangan yang bekerja, pasangan mereka hanya boleh keluar rumah untuk bekerja dan kemudian balik ke rumah, segala pembelian barangan keperluan digalakkan dilakukan secara dalam talian.
"Pihak Selangor FC sedang mengatur beberapa perlawanan persahabatan sebagai persediaan pasukan menghadapi Liga Super 2021, setakat hari ini satu perlawanan telah disahkan dan akan diadakan secara tertutup pada hujung minggu ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sri Pahang FC pula bakal menempatkan skuad di kem latihan kuarantin di Temerloh bermula esok, sebelum menghadapi perlawan persahabatan dengan pasukan Kelantan United dan Negeri Sembilan FC pada minggu depan, menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohammed Suffian Awang.
"Pemain dan pegawai telah menjalani ujian saringan COVID-19, ini sudah menjadi amalan kita supaya tidak menjejaskan Liga-M kelak. SOP yang ketat akan dipatuhi, kita cuma bantu kerajaan dalam mengekang penularan pandemik ini," jelasnya.
Sementara itu, Ketua jurulatih PJ City FC P. Maniam berkata pasukan tersebut telah memulakan latihan pagi ini dengan fokus kepada latihan ringan dan fizikal bagi mengelakkan kecederaan.
Beliau berkata kebanyakan pemain didapati teruja untuk kembali memulakan latihan yang dinanti-nantikan selepas terjejas oleh PKP, selain pasukan juga merancang mengadakan tiga aksi persahabatan dengan Selangor 2, PDRM FC dan sebuah lagi pasukan.
"Semua pemain telah selesai menjalani ujian, manakala pengurusan juga telah meminta semua ahli keluarga yang tinggal bersama dalam home-based quarantine ini untuk melakukan ujian bagi mengelakkan risiko jangkitan," katanya.
Di Ipoh, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Mohammad Yadzan Mohamad tidak menolak kemungkinan menjalankan latihan secara kuarantin di kem untuk skuad Perak FC.
"Ini dapat mengurangkan risiko penularan dan kita juga kena ingat bahawa liga dah nak mula, masa pun makin suntuk untuk kita siap sedia. Jadi, saya fikir dengan pendekatan ini, para pemain akan lebih fokus terhadap latihan tanpa sebarang gangguan dari luar," katanya, menambah mereka mungkin mengadakan perlawanan persahabatan dengan Perak FC II.
UiTM FC, bersama-sama Melaka dan Negeri Sembilan FC yang telahpun selesai menjalani saringan COVID-19, dijangka memulakan latihan dalam masa terdekat selepas mendapat lampu hijau daripada MFL.
Naib juara Liga Super 2020 Kedah Darul Aman (KDA) FC, Penang FC dan Kelantan United (KUFC) yang baru sahaja menjalani ujian calitan pada hari ini, berkeyakinan dapat memulakan latihan sejurus keputusan dan kelulusan MFL diperoleh.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 15 2021

Skuad Liga Super Selangor FC, Pahang dan Petaling Jaya (PJ) City FC merupakan antara pasukan yang memulakan latihan pada hari ini setelah keputusan ujian calitan semua yang terlibat dalam pasukan itu didapati negatif. - Gambar hiasan
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari
Penstrukturan saingan Liga-M antara menjadi keutamaan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dalam fasa pertama pentadbirannya sebagai Presiden FAM yang baharu.

KRW FC perlu RM2 juta untuk beraksi pada saingan A1 Liga Malaysia
Dana tersebut termasuk untuk membawa masuk pemain bertaraf bintang dalam pasukan itu selain perbelanjaan pengurusan dan kelab.

Liga Malaysia: Jaringan tunggal Ramadhan bantu kemenangan Kuching City FC
Gol yang terhasil pada minit ke-44 itu meranapkan impian Harimau Kumbang untuk mencipta kemenangan di hadapan penyokong sendiri.

80 perlawanan Liga Malaysia guna VAR - Sivasundaram
Sebanyak 80 perlawanan membabitkan aksi Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA, dan Challenge Cup bagi musim 2024-2025 telah menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) setakat ini.

Liga-M berpotensi melingkup andai isu tunggakan gaji berlarutan
Pekan berkata, pendekatan MFL juga seolah-olah gagal memberi kesan dalam mendidik pemilik kelab untuk lebih bertanggungjawab mengurus kewangan.

Timbalan Presiden, CEO KDNFC letak jawatan
Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) meletakan jawatan masing-masing, berkuat kuasa hari ini.

MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.

Keselamatan pemain jadi keutamaan sepanjang musim Liga Malaysia - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keselamatan pemain serta seluruh pasukan menjadi keutamaan polis sepanjang musim Liga Malaysia yang bermula semalam.

Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.