JOHOR BAHRU: Pasukan petanque dari Malaysia dan Thailand muncul juara Kejohanan Petanque Terbuka Lelaki dan Wanita Antarabangsa Johor 2022 di Arena Emas di sini, yang melabuhkan tirainya hari ini.
Kategori lelaki dimenangi pasukan Madu Tiga PW9 dari Malaysia yang diwakili atlet Thailand, Thanakorn Sangkeaw dan Chaiwat Ketngam dengan mata 13-4, selepas menewaskan pasukan Madu Tiga PW10 dari Thailand diwakili Naratip Nunut dan Sakkareeya Sanyen pada perlawanan akhir berlangsung selama sejam.
Bagi kategori wanita, dimenangi pasukan Thailand A dari Thailand diwakili Nantawan Fueangsanit dan Phantipha Wongchuvej setelah menewaskan pasukan Jatim Indonesia A dari Indonesia diwakili Anjani Dwi Apriliah dan Sephia Febriyanti dengan mata 13-7, juga berlangsung selama sejam.
Pasukan Sukma Johor 4 dari Malaysia diwakili atlet negara Mohd Arif Kana dan Mohamed Syahzwan Mohamed Sani yang meraih gangsa pada Sukan SEA di Hanoi, Vietnam hanya dapat menamatkan perlawanan pada peringkat suku akhir.
Sementara itu, Phantipha berkata pasukannya dapat menjangkakan akan meraih kemenangan berdasarkan pengalaman mereka, namun kejohanan itu tetap memberi cabaran dan kesulitan kerana perbezaan permukaan padang serta perlu menggunakan teknik berlainan.
"Selain itu terdapat banyak pasukan dalam pertandingan ini, bagaimanapun kami berjaya menewaskan mereka," katanya yang pernah meraih emas bersama pasangannya Nantawan dalam Kejohanan Petanque Dunia 2021 di Santa Susanna, Sepanyol.
Juara bagi kategori lelaki membawa pulang medal dan trofi serta wang berjumlah RM6,000 manakala wanita pula membawa pulang RM4,000 bersama medal dan trofi.
Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) Datuk On Jabbar berkata kejohanan itu berjaya dilaksanakan kerana mendapat sambutan dari dalam dan luar negara serta telah menerima pengiktirafan Malaysia Books of Records bagi penyertaan teramai sukan petanque.
"Lebih 900 orang menyertai kejohanan ini dengan 474 pasukan, sangat luar biasa, malah penyertaan pasukan dari Johor sangat memberangsangkan. Kejohanan ini akan dimasukkan dalam kalendar tahunan Persekutuan Petanque Antarabangsa (FIPJP) sebagai kejohanan tahunan dan dijangka diadakan pada tahun depan," katanya.
Beliau berkata kejohanan itu juga pada masa sama dapat memberikan pendedahan kepada atlet petanque negara dan menjadi pentas pemanas badan bagi persediaan mereka menghadapi Sukma ke-20 bermula dari 16 hingga 24 Sept ini.
Kejohanan yang mempertandingkan kategori berpasangan lelaki dan wanita dengan dua orang setiap pasukan serta disertai sembilan negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Filipina, Kemboja, Nepal, dan Korea Selatan itu diadakan di dua lokasi iaitu Arena Emas dan Arena Petanque MBJB di sini selama dua hari.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 28 2022

Kejohanan itu berjaya dilaksanakan kerana mendapat sambutan dari dalam dan luar negara serta telah menerima pengiktirafan Malaysia Books of Records bagi penyertaan teramai sukan petanque. - Gambar/ Bernama

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Pasukan petanque Malaysia dan Thailand juara kejohanan antarabangsa
Pasukan petanque dari Malaysia dan Thailand muncul juara Kejohanan Petanque Terbuka Lelaki dan Wanita Antarabangsa Johor 2022 di Arena Emas di sini, yang melabuhkan tirainya hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Raih perak, Sharifah Aqilah tetap terkilan
Ia susulan beliau dan pasangannya Nurashimah Senin tidak berjaya membutirkan emas apabila gagal menyaingi kehebatan atlet tuan rumah.

Sukan SEA: Lontar tukul besi, lontar peluru, petanque dibenar bertanding
Mengikut Piagam dan Peraturan SEAGF, minimum tiga negara mesti mengambil bahagian untuk acara itu dipertandingkan.

Masa tepat skuad petanque cipta sejarah gemilang - Jurulatih
Keyakinan itu berdasarkan sejumlah lapan acara dipertandingkan berbanding empat pada edisi 2019 di Filipina.

Aksi hambar kontinjen Malaysia berterusan pada hari kelima Sukan SEA
Malaysia turun dua anak tangga ke kedudukan kelima, dengan kutipan pingat keseluruhan 23 emas, 16 perak dan 24 gangsa.

Hafizuddin tamat kemarau 14 tahun emas petanque negara
Muhd Hafizuddin Mat Daud menamatkan kemarau 14 tahun negara dengan meraih pingat emas dalam acara petanque bagi kategori single lelaki di Padang hari ini.
Kejohanan terbuka petanque medan penilaian atlet kebangsaan
Kejohanan Petanque di Miri awal bulan depan akan menjadi medan Persatuan Petanque Malaysia (PPM) menilai prestasi atlet sedia ada untuk dipilih mewakili negara ke Sukan SEA Myanmar.