SHAH ALAM: Percaturan pasukan wanita India untuk mempertaruhkan pemain sensasi remaja Anmol Kharb pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 nyata berbaloi, apabila juara kebangsaan itu menyumbang mata kemenangan untuk menempah tiket final bertemu Thailand, esok.
Pada aksi penuh dramatik yang berlangsung di Pusat Konvesyen Setia City itu menyaksikan, India menewaskan Jepun 3-2 hari ini, namun pemain perseorangan Pusarla V. Sindhu gagal menjadi penyumbang mata pertama apabila tewas 13-21 dan 20-22 kepada Aya Ohori.
Namun kehadiran beregu Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela unggul menyamakan kedudukan, apabila mereka menumpaskan pasangan keenam dunia Nami Matsuyama-Chiharu Shida, 21-17, 16-21 dan 22-20, sebelum Ashmita Chaliha yang berada di kedudukan ke-53 dunia, hanya memerlukan 43 minit untuk menewaskan pemain ke-20 dunia Nozomi Okuhara, 21-17 dan 21-14.
Bagaimanapun pasangan kedua India Ashiwini Ponnappa-Pusarla V. Sindhu, ditewaskan ketika berhadapan Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto, 14-21 dan 11-21.
Anmol, 17, menjadi penentu kemenangan apabila langsung tidak gentar berhadapan pemenang pingat perak Terbuka Irish 2022, Natsuki Nidaira untuk memenangi perlawanan, 21-14 dan 21-18.
Sementara itu, Anmol yang ditemui pemberita selepas perlawanan berkata sokongan rakan sepasukan menaikkan semangat beliau untuk mempamerkan aksi luar biasa, pada penampilan sulungnya dalam kejohanan peringkat senior.
"Sebenarnya ia perlawanan penting kerana kedudukan 2-2, tetapi tekanan tidak terletak pada saya sebab saya hanya pemain remaja...Saya gembira dapat menang untuk pasukan dan layak ke final esok.
"Saya agak yakin (layak ke final) kerana kita telah kalahkan kuasa besar seperti China dan Jepun. Pada masa ini saya pasukan saya akan menang gelaran di sini. Saya yakin tetapi tidak terlebih yakin," katanya yang pada ketika ini ranking ke-472 dunia.
Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan peringkat separuh akhir hari ini menyaksikan Thailand mengejutkan juara bertahan, Indonesia 3-1 untuk bertarung pada aksi final esok.
Tiga mata itu disumbangkan menerusi pemain perseorangan Supanida Katethong ke atas Putri Kusuma Wardani, 21-17 dan 21-19 diikuti pasangan Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai yang menumpaskan Lanny Tria Mayasari-Ribka Sugiarto, 22-20 dan 21-14.
Turut membantu ialah beregu kedua Thailand Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard yang mengenepikan cabaran Amallia Cahaya Pratiwi-Rachel Allessya Rose, 24-22 dan 21-14.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 17 2024

Pemain perseorangan wanita India, Pusarla V. Sindhu ketika beraksi menentang lawannya dari Jepun Aya Ohari pada perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 hari ini. - Foto Bernama

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Pasukan wanita India, Thailand bertemu di final BATC 2024
Percaturan pasukan wanita India untuk mempertaruhkan pemain sensasi remaja Anmol Kharb pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 nyata berbaloi, apabila juara kebangsaan