KUALA LUMPUR:Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) mencadangkan agar 18 sukan dipertandingkan pada Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 yang akan diadakan di Hanoi, Vietnam tahun depan, berbanding 11 sukan yang dicadangkan pihak penganjur.
Presiden PCM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata melalui tinjauan yang dijalankan, kebanyakan tujuh negara ingin acara berbasikal trek dan jalan raya, bola sepak cerebral palsy (bola sepak CP), bola keranjang kerusi roda dan boling tenpin dimasukkan dalam APG.
Beliau berkata acara sukan judo, bola sepak buta dan tenis kerusi roda pula mendapat sokongan sekurang-kurangnya empat negara.
"Kami mencadangkan acara sukan ditingkatkan kepada 18 acara sebagai memperlihatkan perkembangan permainan dalam kejohanan tersebut dan membolehkan penyertaan lebih banyak peserta mengambil bahagian dengan semangat penglibatan seperti yang dikehendaki oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa.
"Vietnam sebagai negara tuan rumah boleh mencari langkah penjimatan kos bagi memastikan kos penganjuran kekal rendah dan boleh juga mendapatkan idea dari negara-negara peserta bagaimana hendak melakukannya," katanya.
Beliau berkata menurut pengalaman sebelum ini, Malaysia pasti mempunyai beberapa idea bagaimana hendak memastikan kos penganjuran tetap rendah dan pada masa sama jumlah sukan dipertandingkan meningkat kepada 18 acara.
"Kami berharap semua masalah ini dapat diselesaikan dalam mesyuarat Lembaga Pengelola yang akan diadakan pada pertengahan Januari depan yang dianjurkan oleh Sekretariat Persekutuan Sukan Para ASEAN yang berpusat di Bangkok," katanya dalam satu kenyataan.
Pada Isnin, Presiden Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) Mejar Jeneral Osoth Bhavilai menyatakan Jawatankuasa Penganjur Sukan Para ASEAN Vietnam (VIEAPGOC) telah mencadangkan 11 sukan - atletik, badminton, berenang, pingpong, catur, angkat berat, boccia, judo, goalball, tenis kerusi roda dan memanah - akan dipertandingkan dalam sukan dwitahunan itu yang dijadualkan dari 17 hingga 23 Dis tahun depan.
APG terakhir diadakan di Kuala Lumpur pada 2017 dengan 16 acara sukan dipertandingkan, sementara APG ke-10 di Filipina dibatalkan kerana wabak COVID-19 setelah beberapa kejohanan sebelum ini ditangguhkan kerana tuan rumah yang tidak bersedia,
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 29 2020
![PCM mohon lebih banyak acara dipertandingkan sukan Para ASEAN di Hanoi PCM mohon lebih banyak acara dipertandingkan sukan Para ASEAN di Hanoi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71609274665_DatukSeriMegatD.jpg)
MEGAT D SHAHRIMAN: Vietnam sebagai negara tuan rumah boleh mencari langkah penjimatan kos bagi memastikan kos penganjuran kekal rendah. - Gambar fail
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
![Sektor swasta diharap bantu pembangunan atlet Olimpik Khas Sektor swasta diharap bantu pembangunan atlet Olimpik Khas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724967970_MSTGolfGroup.jpg)
Sektor swasta diharap bantu pembangunan atlet Olimpik Khas
Hannah berkata bantuan sektor swasta amat diperlukan bagi pembangunan atlet sukan berkenaan meskipun telah mendapat sokongan MSN.
![Paris kini bersedia sepenuhnya anjur Sukan Olimpik Paris kini bersedia sepenuhnya anjur Sukan Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721696599_EmmanuelMacron.jpg)
Paris kini bersedia sepenuhnya anjur Sukan Olimpik
Kata Macron, adalah menjadi kebanggaan Perancis dalam menganjurkan Sukan Olimpik dan Paralimpik.
![Sukan Para Asia Hangzhou: Ziyad Zolkefli raih pingat emas ketiga Malaysia dalam acara lontar peluru Sukan Para Asia Hangzhou: Ziyad Zolkefli raih pingat emas ketiga Malaysia dalam acara lontar peluru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698148375_TBziyad.jpg)
Sukan Para Asia Hangzhou: Ziyad Zolkefli raih pingat emas ketiga Malaysia dalam acara lontar peluru
Atlet olahraga Muhammad Ziyad Zolkelfi kekal unggul selepas berjaya mengekalkan pingat emas menerusi acara lontar peluru lelaki di Sukan Para Asia Hangzhou, pada Selasa.
![Abdul Latif dan Liek Hou dijangka tiba di KLIA petang ini Abdul Latif dan Liek Hou dijangka tiba di KLIA petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81630907560_AbdulLatifRomlyda.jpg)
Abdul Latif dan Liek Hou dijangka tiba di KLIA petang ini
Pesawat yang membawa Abdul Latif dan Liek Hou dijangka mendarat di KLIA pukul 4.30 petang nanti.
![Paralimpik Tokyo 2020: 'Protes Ukraine lemah, doakan...' - Faizal Azumu Paralimpik Tokyo 2020: 'Protes Ukraine lemah, doakan...' - Faizal Azumu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71630411931_ZiyadZolkefli.jpg)
Paralimpik Tokyo 2020: 'Protes Ukraine lemah, doakan...' - Faizal Azumu
Perbincangan sedang berjalan susulan pembatalan pingat emas yang dimenangi Muhammad Ziyad Zolkefli.
![Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81630083549_ParaAngkatBerat.jpg)
Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie
Bonnie menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hadiah kepada negara sempena hari kebangsaan.
![Senarai akhir kontinjen negara ke Tokyo diketahui awal Julai Senarai akhir kontinjen negara ke Tokyo diketahui awal Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61619529547_ShapawiIsmail.jpg)
Senarai akhir kontinjen negara ke Tokyo diketahui awal Julai
Senarai akhir bagi kontinjen negara ke temasya Tokyo 2020 dijangka diketahui awal Julai berikutan pusingan kelayakan bagi beberapa acara sukan melibatkan atlet Malaysia masih berlangsung hingga Jun.
![Kelompok pertama vaksin atlet berjalan lancar Kelompok pertama vaksin atlet berjalan lancar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81618350674_DatukSeriReezal.jpg)
Kelompok pertama vaksin atlet berjalan lancar
Daripada jumlah itu, 35 orang merupakan atlet Paralimpik dan 93 orang pula adalah atlet negara yang sudah dan dalam bayangan layak ke Sukan Olimpik Tokyo.
![PCM mohon lebih banyak acara dipertandingkan sukan Para ASEAN di Hanoi PCM mohon lebih banyak acara dipertandingkan sukan Para ASEAN di Hanoi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71609274665_DatukSeriMegatD.jpg)
PCM mohon lebih banyak acara dipertandingkan sukan Para ASEAN di Hanoi
Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) mencadangkan agar 18 sukan dipertandingkan pada Sukan Para ASEAN (APG) ke-11.
![Hashimoto tekad beri tumpuan penganjuran Sukan Olimpik ketika COVID-19 Hashimoto tekad beri tumpuan penganjuran Sukan Olimpik ketika COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41600467289_YurikoKoike.jpg)
Hashimoto tekad beri tumpuan penganjuran Sukan Olimpik ketika COVID-19
Tindakan pencegahan penyebaran virus itu akan diutamakan bagi membolehkan acara berkenaan diadakan tahun hadapan.