KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah optimis dapat mengekalkan prestasi baik mereka pada Terbuka Singapura 2023 minggu depan.
Thinaah berkata mereka tidak lagi memikirkan tentang apa yang berlaku di Kejohanan Masters Malaysia minggu lepas yang menyaksikan pasangan itu hampir merangkul kejuaraan di gelanggang sendiri, sebelum dikecewakan beregu Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee 20-22, 21-8, 17-21, usai pertarungan satu jam 41 minit.
"Persediaan kami untuk Terbuka Singapura berjalan lancar pada ketika ini. Apa yang telah berlaku sudahpun berlalu, kami tak mahu memikirkan tentang Masters Malaysia lagi.
"Kami harap untuk perbaiki dari segi strategi, corak permainan dan (bermain) lebih agresif," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan, di sini, semalam.
Ditanya adakah mereka mampu merapatkan jurang dengan beregu di ranking lima teratas, pemain berusia 25 tahun itu berkata mereka tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu dan hanya mahu menikmati permainan.
Meskipun tewas pada pusingan akhir Masters Malaysia, Pearly-Thinaah memenangi hati rakyat Malaysia dengan semangat juang tinggi yang ditunjukkan mereka, selain kental mengharungi empat perlawanan panjang yang mengambil masa secara total lima jam 54 minit.
Pasangan nombor 11 dunia itu mempamerkan aksi luar biasa apabila bertahan selama sekurang-kurangnya sejam bagi setiap perlawanan itu, bermula pusingan kedua hingga ke final, meskipun Pearly baru sembuh daripada influenza.
Juara Sukan Komanwel 2022 itu turut mencipta rekod tidak rasmi permainan rali terpanjang dengan 211 pukulan ketika menewaskan beregu Jepun Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto 21-18, 8-21, 21-19 dalam perlawanan satu jam 51 minit pada suku akhir.
Pearly-Thinaah akan membuka kempen Terbuka Singapura, yang akan bermula pada 6 hingga 11 Jun ini, dengan menentang Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dari Jepun,
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 02 2023
Pearly-Thinaah memenangi hati rakyat Malaysia dengan semangat juang tinggi yang ditunjukkan mereka. - Gambar fail/Stadium Astro
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
JIM Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 14 pendatang tanpa izin dalam Op Sapu dan Kutip di enam tapak pembinaan di daerah Hulu Terengganu pada Selasa.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Penganjur belum penuhi syarat - Ketua Polis KL
Penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan Kompleks SOGO dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, belum menghantar kembali notis perhimpunan yang lengkap kepada polis.
Terbuka India: Dua wakil negara kandas di separuh akhir
Hasrat beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie untuk melangkah ke peringkat akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025 tidak kesampaian.
Terbuka India: Pearly-Thinaah bermandi peluh sebelum ke separuh akhir
Pearly Tan-M Thinaah mengesahkan tempat dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka India selepas menewaskan gandingan Jepun.
Terbuka India: Aaron-Wooi Yik mara ke suku akhir
Gandingan pilihan kelima itu hanya ambil masa 34 minit untuk singkirkan pasangan bukan pilihan dari China, Xie Hao Nan-Zeng Wei Han.
Terbuka India 2025: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah mara pusingan 16 terbaik
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke pusingan kedua selepas mencatat kemenangan ke atas pasangan bukan pilihan dari Thailand.
WTF 2024: Harapan Pearly-Thinaah ke separuh akhir musnah
Pada aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou itu menyaksikan beregu di kedudukan keenam dunia itu tumbang kepada Treesa-Gayatri 19-21, 19-21 dalam masa 46 minit.
Terbuka Denmark: Harapan tunggal Malaysia, Pearly-Thinaah tersungkur di suku akhir
Semangat juang yang dipamerkan gandingan wanita ranking ketujuh itu harus diberi pujian susulan tidak berputus asa memberikan aksi terbaik.
Terbuka Denmark: Pearly-Thinaah berhempas pulas ke suku akhir
Mereka seterusnya akan bertemu beregu pilihan keempat dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, bagi penentuan ke separuh akhir hari ini.
Pearly-Thinaah tepati ramalan ke pusingan kedua Terbuka Denmark 2024
Gandingan negara bermula goyah apabila tewas 19-21, sebelum bangkit untuk menang 21-17 sekali gus mengheret kepada perlawanan penentuan.
Pearly-Thinaah terus tampil hebat, hampiri gelaran kedua
Pearly-Thinaah akan menyertai pasangan profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dalam aksi final hari ini.
Zii Jia terlepas peluang pertahan juara Terbuka Artik
Zii Jia ternyata bukan tandingan wakil Jepun Koki Watanabe setelah ditewaskan 15-21, 21-13, 12-21 usai 66 minit perlawanan.