RIO DE JANEIRO: Legenda bola sepak Pele terus menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di ususnya, baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial oleh anak perempuan sulungnya Nascimento pada Sabtu, Pele kelihatan tersenyum ketika menjalani fisioterapi di hospital Albert Einstein di Sao Paulo, lapor Agensi Berita Xinhua.
"Hari ini dua lagi langkah ke depan. Terima kasih atas kasih sayang dan semua mesej," tulis Nascimento.
Bintang berusia 80 tahun itu menjalani pembedahan di Hospital Albert Einstein di Sao Paulo pada 4 September lalu selepas ketumbuhan berkenaan dikesan ketika menjalani pemeriksaan rutin.
BACA: "Saya dalam keadaan baik" - Pele
BACA: Pele selamat jalani pembedahan usus
Bekas bintang Santos dan New York Cosmos itu turut memaklumkan mengenai keadaan terkininya menerusi di media sosial "keadaan saya beransur pulih" dan "tersenyum setiap hari."
Pele satu-satunya pemain yang pernah memenangi Piala Dunia tiga kali dan dianggap pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 19 2021

Pele satu-satunya pemain yang pernah memenangi Piala Dunia tiga kali dan dianggap pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman. - Gambar fail

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

Pengajaran buat semua komuniti Liga-M
Kesalahan menurunkan pemain tidak berkelayakan pada aksi final pertama 15 Feb lalu menyaksikan The Cops dihukum.

Salah, Szoboszlai hantui Manchester City di Etihad
Kemenangan luar biasa ke atas penyandang juara ini melebarkan jurang mata di puncak liga dan memberi tekanan psikologi kepada Arsenal.

Bekas bintang Arsenal, Manchester United kini bersama Feyenoord
Pemain berusia 41 tahun itu menandatangani kontrak sehingga Jun 2027 selepas dilepaskan Heerenveen.

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Sebelum kejadian, dia bersama isteri menaiki kereta milik rakan membawa anak yang melecur terkena air panas ke hospital, bagi mendapat rawatan.

EURO 2024: Yamal pecah rekod Pele
LAMINE Yamal boleh dinobatkan menjadi pemain termuda beraksi dalam perlawanan akhir kejohanan utama memecahkan rekod yang dipegang oleh legenda bola sepak Brazil, Pele.

EURO 2024: Lamine Yamal penuhi impian diri sendiri, ibu
"Saya tidak tahu sama ada saya ikon atau tidak. Itu tidak benar-benar membantu apa-apa di atas padang. Saya perlu membantu pasukan saya."

Endrick belum tahap Pele
Penyerang muda Brazil, Endrick belum boleh disamakan dengan mendiang Pele, menurut Ketua Jurulatih Brazil, Dorival Junior.

Neymar pintas rekod jaringan Pele
NEYMAR memecahkan rekod Pele sebagai penjaring terbanyak Brazil selepas meledak dua gol dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Amerika Selatan pada awal pagi Sabtu.

Endrick enggan dibayangi Pele
Hakikatnya, tiada siapa yang mampu menggantikan Pele, dia adalah raja bola sepak.

'Ketibaan Ronaldo ke Al Nassr sama seperti Pele berhijrah ke Cosmos' - Garcia
Pemain kebangsaan Portugal itu masih belum membuat penampilan sulung kerana penggantungan domestik yang dilakukan sejak di United.

Pele disemadi di Santos
Pele akan dikebumikan di bandar tempatnya membesar dan mengembangkan karier bola sepaknya.

Buku takziah digital raja bola sepak Brazil Pele kini tersedia untuk rakyat Malaysia
Buku ucapan takziah digital kini disediakan untuk peminat bola sepak Malaysia memberikan penghormatan kepada mendiang legenda bola sepak Brazil Pele

Presiden FIFA saran setiap negara wujudkan stadium bersempena Pele
Brazil memasuki tempoh berkabung kebangsaan selepas kematian Pele.

Penghormatan terakhir Pele di Stadium Vila Belmiro
Jasad Pele atau nama sebenar Edson Arantes do Nascimento ditempatkan di stadium itu dua hari sebelum dikebumikan di Santos pada Rabu.