KUALA LUMPUR: Harapan peminat permotoran negara untuk menyaksikan anak watan memperagakan kehebatan di perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Oktober ini, masih menyala.
Pengurus pasukan SIC Racing Muhammad Zulfahmi Khairuddin berkata usaha untuk memastikan pelumba negara mendapat tiket wild card bagi beraksi di Sepang sedang giat berjalan.
Tanpa mendedahkan nama, bekas pelumba Moto2 negara itu berkata beliau kini di Portugal bagi mengintai peluang kerjasama bersama beberapa pasukan antarabangsa, selain pihak terlibat berhubung perkara tersebut.
Beliau berkata di sebalik keghairahan untuk melihat wakil negara beraksi di Sepang, banyak aspek perlu dipertimbangkan antaranya jadual perlumbaan padat yang terpaksa dilalui pelumba sekiranya mendapat tiket wild card tersebut.
"Ada banyak perkara kita kena ambil kira sebab seminggu selepas GP Malaysia adalah Kejuaraan Dunia JuniorGP di Valencia, jadi (jadual) memang betul-betul padat dan kita juga nak kena cari motosikal simpanan sebab tak boleh bawa jentera dari JuniorGP.
"Terdapat banyak tindakan di belakang tabir, jadi kami akan uruskan sehabis baik untuk jadikan (jayakan) wild card di Sepang nanti," katanya pada sidang media secara maya semalam.
Sebelum ini media tempatan melaporkan pelumba negara, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai Damok disebut-sebut sebagai pilihan mengisi slot wild card Moto3 di GP Malaysia berdasarkan prestasi yang ditampilkan dalam kempen Kejuaraan Dunia JuniorGP musim ini.
Bagaimanapun, beliau berkata: "pelumba tersebut tidak boleh diumumkan lagi, kemungkinan besar Damok tetapi saya tak boleh mengesahkan perkara itu buat masa ini, mungkin pada saat akhir tak dapat pengesahan IRTA (Persatuan Pasukan Pelumba Antarabangsa),".
Menurut beliau, pengesahan daripada IRTA akan diterima kira-kira dua minggu sebelum perlumbaan berlangsung dari 21 hingga 23 Okt depan.
Sementara itu, Damok yang mewakili pasukan SIC Racing berazam meneruskan momentum cemerlang pada perlumbaan kelima JuniorGP di Litar Antarabangsa Algarve di Partimao, Portugal minggu ini.
"Saya sasar untuk menaiki podium sekali lagi bagi mendapat kembali kedudukan tiga terbaik dalam kedudukan pelumba....dari segi jentera saya akan kekalkan setup dari perlumbaan terakhir dan saya yakin dengan jentera dan pasukan boleh bawa saya kembali ke podium seperti di Barcelona," katanya.
Damok meraih tempat kedua dalam dua perlumbaan di Litar de Barcelona di Sepanyol minggu lepas, sekali gus menghuni tempat kelima daripada 36 pelumba dengan mengumpul 77 mata keseluruhan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 12 2022

Muhammad Zulfahmi kini di Portugal bagi mengintai peluang kerjasama bersama beberapa pasukan antarabangsa, selain pihak terlibat. - Gambar fail/BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jualan tiket GP Malaysia capai lebih 50 peratus - SIC
Azhan Shafriman berkata, biarpun SIC berdepan cabaran tertentu, pihaknya berusaha keras untuk memastikan sasaran 170,000 penonton tercapai.

Tekad untuk kembali semula ke MotoGP - Hafizh Syahrin
Pada penampilan terakhir kelas MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini, Hafizh menamatkan saingan GP Malaysia 2019 di tempat ke-16.