MELAKA: Peluang sukan pencak silat dipertandingkan semula dalam Sukan Asia Aichi - Nagoya 2026 dilihat cerah berikutan pelbagai usaha giat dilakukan bagi melobi selain menerima respons positif daripada pihak tuan rumah.
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata hal ini berikutan negara penganjur temasya itu turut mempunyai Persatuan Pencak Silat Jepun (JPSA) yang telah wujud sejak puluhan tahun lepas dan ia bukan sukan seni mempertahankan diri baharu di negara berkenaan.
Beliau berkata perkembangan dan populariti sukan itu yang semakin meningkat di rantau Asia juga tidak boleh dinafikan selain turut mempunyai persekutuan pencak silat di setiap wilayah iaitu Asia Barat, Asia Timur, Asia Selatan, Asia Tenggara dan Asia Tengah.
"Ini antara peluang dan senjata yang baik untuk kita melobi dan saya nampak ada peluang kerana kita telah menghantar permohonan memandangkan terdapat acara sukan yang masih boleh dipertimbangkan untuk dipertandingkan.
"Saya juga berterima kasih kepada Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang membantu dan menghantar surat kepada MOM Jepun untuk melihat permohonan Persekutuan Pencak Silat Asia (APSIF) bagi membolehkan silat dipertandingkan pada temasya itu nanti," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis Perasmian Kejohanan Silat Piala Laksamana Putra di Dewan Tun Ali Bukit Katil yang berlangsung dari 8 hingga 12 Feb dan mendapat penyertaan sebanyak 1,623 pesilat dari seluruh negara.
Mengulas lanjut, Megat Zulkarnain berkata pada minggu lepas pihaknya telah berbincang dengan Presiden Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) Prabowo Subianto untuk meneruskan usaha melobi selepas 14 Feb nanti.
"Saya yakin dan percaya untuk ke Sukan Asia 2026 ini bukan lagi masalah besar kerana pencak silat pernah dipertandingkan pada Sukan Asia 2018 dan proses melobi berjalan dengan baik," katanya dan menambah kali terakhir acara silat menyertai temasya itu ialah semasa Sukan Asia Jakarta - Palembang (2018) sebelum diketepikan pada Sukan Asia Hangzhou 2022 yang berlangsung September tahun lepas.
Dalam pada itu, beliau berkata Pesaka juga telah menetapkan satu garis panduan baharu kepada penganjur kejohanan silat di negara ini dengan tidak membenarkan waktu pertandingan melebihi masa ditetapkan sehingga lewat malam dan memendekkan masa kepada hanya satu pusingan pertandingan.
Megat Zulkarnain berkata setiap kejohanan yang diadakan hendaklah menepati kehendak pesilat yang datang dari jauh dan mana-mana penganjur tidak dibenarkan untuk mengambil keuntungan semata-mata.
"Kita tidak mahu kejadian yang berlaku baru-baru ini di Kuala Lumpur berulang tanpa mengambil kira jumlah kekuatan pegawai teknikal dan gelanggang yang dipertandingkan dengan menerima lebih 3,000 pesilat.
"Tetapi akhirnya pertandingan itu melewati pukul 3 hingga 4 pagi dan ada yang dipendekkan satu pusingan ... ini tidak baik bagi imej persilatan secara keseluruhan dan sebab itulah Pesaka mengetatkan syarat pertandingan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 11 2024

Megat Zulkarnain (tengah) ketika upacara penyerahan keris pertandingan sebagai simbolik perasmian Kejohanan Silat Piala Laksamana Putra di Dewan Tun Ali, Bukit Katil di sini malam tadi. - Foto Bernama

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Peluang pencak silat dipertandingkan dalam Sukan Asia cerah - Pesaka
Peluang sukan pencak silat dipertandingkan semula dalam Sukan Asia Aichi - Nagoya 2026 dilihat cerah.