Pemain tengah Selangor, Brendan Gan menyifatkan permulaan Liga Malaysia (Liga-M) pada 26 Ogos ini sebagai medan terbaik pasukan tempatan mempertingkatkan intensiti latihan bagi menghadapi aksi lebih kompetitif selepas ini.
Pemain kelahiran Australia itu mengakui, keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memilih tarikh berkenaan turut membolehkan pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe melakukan perancangan awal sebelum Malaysia berdepan Bahrain pada aksi pemanas badan di tempat lawan pada 2 Oktober ini.
MFL sebelum ini berhasrat menyambung semula saingan Liga-M 2020 pada 1 September, namun mengambil keputusan mengawalkannya ke 26 Ogos setelah mendapat persetujuan ahli lembaga pengarah mereka.
"Tarikh 26 Ogos ini tidak banyak berbeza daripada 1 September, jadi saya rasa perbezaan selama lima hari ini boleh diterima serta tidak terlalu mengganggu apa yang sudah dirancang oleh pasukan.
"Sebenarnya dalam peringkat ini, saya dan pemain lain sudah kena tingkatkan kerja keras dalam latihan kerana tempoh yang tinggal hanya sebulan sahaja lagi.
"Kebenaran untuk bermain dalam aksi persahabatan juga bagi saya sesuatu yang baik bagi memastikan semua 25 pemain dalam pasukan mampu bersedia dan mendapatkan kecergasan yang diperlukan dalam perlawanan kompetitif," kata Brendan dalam kenyataan dikeluarkan MFL, hari ini.
Pemain tengah kebangsaan itu turut menyifatkan jadual liga yang padat tidak mendatangkan masalah bagi kebanyakan pemain tempatan yang sudah biasa mengharungi situasi seperti itu.
"Bukan sesuatu yang menakutkan atau bimbang untuk bermain dua kali seminggu membabitkan aksi pada pertengahan minggu kerana situasi ini sebenarnya bukan asing kepada majoriti pemain.
"Sebelum ini, jika ada aksi Piala FA pada musim yang biasa, saya telah berdepan situasi sebegini apabila terpaksa menempuh jadual yang ketat dan saya sentiasa positif menerima apa jua keadaan, "jelas Brendan yang pernah beraksi dengan beberapa pasukan termasuk Sabah, Kelantan dan Perak.
MFL sebelum ini mengumumkan Liga-M 2020 kembali bersambung pada 26 Ogos ini selepas ditangguhkan sejak 16 Mac lalu disebabkan penularan pandemik COVID-19.
Pasukan Liga Super dan Liga Premier dibenarkan mengadakan perlawanan persahabatan pada 2 Ogos ini, sebaik tamat tempoh bertenang bermula 29 Julai sehingga 1 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 20 2020

BRENDAN: Dalam peringkat ini, saya dan pemain lain sudah kena tingkatkan kerja keras dalam latihan kerana tempoh yang tinggal hanya sebulan sahaja lagi. - Gambar fail

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.