PELUMBA cilik, Maleeq Dragster mencipta sejarah apabila menjadi anak Malaysia pertama membawa pulang trofi Run Bike Series (RSC) Jepun musim ke-12 baru-baru ini.
Maleeq atau nama penuhnya, Wan Ayden Maleeq Wan Mohd Muzri berjaya menewaskan barisan pelumba dari negara lain, antaranya China, Jepun dan Thailand pada kejohanan di Tokyo Summerland itu.
Presiden The M8 Cycling Club, Datuk Seri Wan Mohd Muzri Ramli berkata, kejayaan pelumba berusia empat tahun itu hasil latihan serta keringat tanpa hentinya dan menjadi kebanggaan buat negara.
"Syukur Alhamdulillah, semuanya dengan izin ALLAH. Kejayaan Maleeq mencipta sejarah pelumba pertama Malaysia menjuarai RCS di Jepun sesuatu yang sukar untuk diluahkan. Kami semua menangis kegembiraan.
"Kejayaan ini membawa kegembiraan dan kepuasan seorang ayah melihat kejayaan anaknya berlumba dan seterusnya mengharumkan nama negara.
"Maleeq membuktikan dia tidak putus asa dan berusaha menjadi yang terbaik di Jepun," katanya yang juga bapa kepada Maleeq.
Maleeq yang sebelum ini muncul naib juara Siri Kejuaraan RCS Jepun musim ke-11, turut berjaya merangkul Anugerah Top 6 dalam kejohanan sama bagi kategori kanak-kanak berusia empat tahun.
Kedudukan tempat kedua bagi kejohanan itu diraih pelumba dari China, Kang Minghao, manakala wakil tuan rumah, Towa merangkul tempat ketiga.
Dalam pada itu, Wan Mohd Muzri menjelaskan, Maleeq menjalani latihan intensif di Pusat Latihan M8 empat kali seminggu dan sentiasa memastikan stamina kekal pada tahap terbaik dengan pelbagai aktiviti di rumah.
"Sebagai ibu bapa, kami merancang latihan dan strategi terbaik untuk persiapan terbaik anak-anak. Tanpa usaha dan pengorbanan tidak mampu kita ukir kejayaan.
"Membawa nama Malaysia dan M8 Malaysia ke peringkat lebih tinggi adalah satu tanggungjawab besar. Untuk berada sebagai pelumba Malaysia pertama menjuarai RCS di Jepun memerlukan semangat yang kuat dalam diri," jelasnya.
Musim 2022 merupakan tahun gemilang buat Maleeq apabila menjadi juara pelbagai kejohanan seperti Grand Prix Pushbike 2022, Kejuaraan KPBY 2022, Kejuaraan Garuda 2022, Race with Loversary (IBCC) 2022 dan Independent Race (IBCC) 2022.
Malah, Maleeq turut menakluk gelanggang di Thailand dengan menjuarai Racing Central Bangna, Bangkok sebelum menguasai perlumbaan Centre Bike Cup di Vietnam tahun lepas.
Menariknya, Maleeq juga berjaya mengekalkan kejuaraan di Rockfish Thailand dan Siri Pushbike Antarabangsa M8 International Pushbike 2023. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 30 2023

Maleeq (tengah) menjadi anak Malaysia pertama berjaya menjuarai Siri RSC Jepun musim ke-12 baru-baru ini. - Foto Sinar Harian
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.

Cub Prix Malaysia 2024: Akid laung amaran awal di Jasin
Md Akid memulakan aksi sesi kelayakan satu dengan catatan masa terpantas 49.491s, diikuti Md Iqbal Amri (50.083s) dan Md Aiman (60.088s).

Pelumba cilik, Maleeq Dragster cipta sejarah di Jepun
Maleeq berjaya menewaskan barisan pelumba dari negara lain, antaranya China, Jepun dan Thailand pada kejohanan di Tokyo Summerland itu.

ACC 2023: Pelumba negara kuasa besar Asia tiba di Malaysia
Lebih 400 pelumba termasuk 60 pelumba para bakal mengambil bahagian pada kejohanan yang menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris itu.

Enam pelumba bawa cabaran TSG di Tour of Sharjah
Kejohanan selama lima hari di UAE itu, merupakan perlumbaan sulong pasukan berkenaan pada musim ini yang bertaraf 2.2.

Jazeman sasar podium perlumbaan European Le Mans Series
Jazeman berkata sasaran tersebut mampu direalisasikan jika sebarang kesilapan yang boleh mengakibatkan kemalangan dapat dibendung.

Ibu, keluarga, rindukan Shah Firdaus
Mereka terpisah sejak 2019 sehingga pelumba kelahiran Muar itu kini dalam dilema untuk menyertai Kejohanan Dunia di Perancis.

Terengganu pertimbang modul sekolah keirin di Jepun
Antara faktor utama Jepun berjaya melahirkan pelumba terhebat berbasikal trek ialah kerana kewujudan sekolah keirin yang melahirkan pelumba berpotensi.

Rossi tetap pelumba terbaik - Hafizh
Hafizh berkata, kelibat Rossi di litar menjadi inspirasi kepada bakat muda di seluruh dunia.

Tokyo 2020: Jangan pandang rendah kemampuan Malaysia dalam acara keirin
Meskipun cabaran Malaysia dalam saingan pecut berakhir lebih awal, ia tidak boleh menjadi kayu ukur kepada peluang Azizulhasni dan Shah Firdaus dalam acara keirin.