MADRID: Penunggang motosikal Sepanyol Carles Falcon meninggal dunia selepas terbabas semasa menyertai peringkat kedua Dakar Rally, kata pengurusan perlumbaan dan pasukan Twintrail Racing pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Beliau mengalami kecederaan serius selepas motosikalnya terbabas pada kelajuan 80 kilometer sejam ketika menyertai perlumbaan itu di Arab Saudi pada 7 Jan.
Menurut laporan media Sepanyol, Falcon telah diberikan rawatan di lokasi kejadian sebelum dihantar ke hospital di Al Duwadimi.
"Dukacita dengan pemergian pelumba Sepanyol Carles Falcon, takziah kepada keluarga dan rakan-rakannya," kata pengurus perlumbaan dalam satu kenyataan.
Falcon pernah menyertai Dakar Rally 2022 dan dianggap sebagai pelumba yang berpengalaman.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 16 2024

Carles Falcon ketika beraksi pada peringkat pertama Dakar Rally dari Alula ke Al-Henakiyah di Arab Saudi, 6 Jan 2024. - REUTERS
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pelumba Sepanyol maut terbabit nahas ketika sertai Dakar Rally
Beliau mengalami kecederaan serius selepas motosikalnya terbabas pada kelajuan 80km sejam ketika menyertai perlumbaan itu di Arab Saudi.