KUALA LUMPUR: Walaupun dilanda perang dan pergolakan sejak 14 bulan lepas namun ia tidak menghalang pemain badminton para Ukraine Oksana Kozyna untuk terus bekerja keras demi impiannya di Sukan Paralimpik Paris 2024.
Selepas mencipta sejarah sebagai atlet pertama Ukraine bergelar juara dunia tahun lepas, atlet berusia 28 tahun itu percaya pingat emas perseorangan wanita SL3 temasya Paris 2024 berada dalam genggamannya.
Oksana bersama rakan sepasukan Olexandr Chyrkov yang juga juara Eropah perseorangan lelaki SL3 dan perseorangan wanita SH6 Nina Kozlova bertekad untuk mencipta kejayaan besar di Paris dan sedia mengharungi perjalanan lebih 8,000km untuk menjalani latihan di Malaysia sejak 11 April lepas.
"Saya mahu menang untuk rakyat Ukraine, ia cara terbaik untuk menunjukkan kepada dunia bahawa rakyat Ukraine kuat dan tidak mudah putus asa. Saya percaya Tuhan akan bantu saya untuk menjadi juara Paralimpik, itu sebabnya saya berada di sini (Malaysia) walaupun kami tidak ada wang, tajaan dan sokongan kerajaan. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana memberi pilihan kepada saya untuk berada di Malaysia.
"Ia agak berbahaya dan sukar untuk menyambung latihan di Ukraine, kami ada amaran udara setiap masa dan kadang-kala berdepan ancaman peluru berpandu balistik. Kami juga tidak ada peralatan dan bulu tangkis susulan perang," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada sesi latihan di Batu Caves.
Pada November tahun lepas, sejurus selepas latihan pertamanya di Malaysia, Oksana mencipta sejarah muncul rakyat Ukraine pertama memenangi gelaran juara dunia, menewaskan pemain Turkiye Halime Yildiz 20-22, 21-18, 21-14 pada aksi final.
Pasukan Ukraine kini berada di Malaysia bagi menjalani latihan di bawah kendalian bekas jurulatih kebangsaan Abdul Rani Jaafar sebelum menyertai kejohanan badminton Para Antarabangsa Thailand di Pattaya pada 9 hingga 14 Mei dan Para Antarabangsa Bahrain (17-23 Mei), iaitu dua daripada kejohanan kelayakan ke Paris 2024.
Untuk layak ke pentas Paralimpik Paris pada 29 Ogos hingga 2 Sept, para pemain perlu menyertai minimum tiga kejohanan kelayakan yang disenaraikan dalam Race to Paris antara 1 Jan 2023 dan 31 Mac 2024 untuk mengumpul mata ranking.
Oksana, yang dilahirkan dengan keadaan kedua-dua belah kakinya tidak seimbang dan perlu memakai kaki palsu itu berharap perang di Ukraine akan berakhir tidak lama lagi agar keadaan pulih dan kembali normal di negara itu.
"Kami berasa selamat di Malaysia tapi tidak sama untuk keluarga kami dan rakan-rakan di Ukraine. Saya suka masyarakat di sini, suhu nyaman dan makanan terutama lempeng India," katanya merujuk kepada Thosai.
Sementara itu, Presiden Para Badminton Ukraine Dmytro Zozulia yang juga merangkap pengurus pasukan dan jurulatih berkata terdapat kira-kira 20 pemain badminton para di Ukraine, termasuk tujuh pemain kebangsaan sebelum berlakunya perang dan kini hanya tinggal lima pemain.
"Selepas perang bermula, semua telah terpisah, lari ke beberapa tempat untuk menyelamatkan nyawa mereka, saya hanya mampu menyelamatkan lima pemain, lima yang terbaik. Kerja keras saya selama lima tahun, hancur begitu sahaja akibat perang," katanya.
"Kami terpaksa berpindah ke Lille, Perancis sejak meninggalkan Ukraine tahun lepas, dan bergantung kepada dana daripada beberapa organisasi dan individu untuk menjalani latihan dan kejohanan. Tapi para pemain mempunyai keazaman tinggi, saya harap mereka capai sesuatu di Paris," katanya.
Bagi Nina, adalah penting untuk mendapatkan kelayakan kerana ini kali pertama acara disertainya dipertandingkan di temasya Paralimpik selepas kali pertama badminton dipertandingkan di Tokyo 2020.
"Sangat bagus dan bangga berada di Malaysia kerana di sini badminton bukan sekadar permainan, ia adalah satu perasaan, setiap bermain badminton di sini. Kami belajar banyak kemahiran, teknik dan taktik di sini, bukan sekadar memukul...seperti menamatkan pengajian di sekolah badminton," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 21 2023
Oksana, yang dilahirkan dengan keadaan kedua-dua belah kakinya tidak seimbang dan perlu memakai kaki palsu itu berharap perang di Ukraine akan berakhir tidak lama lagi. - Foto BERNAMA
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
Masters Indonesia: Pearly-Thinaah mara ke suku akhir
Pasangan ranking ketujuh dunia itu hanya memerlukan 34 minit untuk meraih kemenangan straight set 21-19, 21-16.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Program RTG: Satu bonus buat Fei-Din
Razif mengingatkan juara Terbuka India Super 750 itu supaya bijak merangka perancangan jangka panjang bagi menghindari 'sindrom lesu awal'.
Turunkan barisan terbaik di BAMTC 2025 - Razif
Ia boleh digunakan untuk menilai tahap persediaan pemain sebelum mengharungi cabaran Piala Sudirman 2025 di Xiamen dari 27 Apr hingga 4 Mei.
Masters Indonesia: Aaron-Wooi Yik mara ke pusingan kedua
Pasangan yang berada di ranking kelima dunia itu tidak berdepan masalah untuk meraih kemenangan straight set 21-13, 23-21.
Kejayaan Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka India 2025 bukti semangat juang atlet negara
Kejayaan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani rangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Terbuka India membanggakan Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri.
Rashid Sidek buru bintang muda untuk teruskan legasinya
Rashid memburu empat bintang muda yang bakal menggantikan tempatnya dalam program 'Rashid Mencari Juara' (RMJ) yang akan ditayangkan di saluran 111 Sukan HD RTM.
Sze Fei-Nur Izzuddin wakil tunggal negara ke pentas akhir Terbuka India
Beregu lelaki nombor satu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani menjadi satu-satunya wakil negara yang berjaya melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025, esok.
Terbuka India: Aaron-Wooi Yik mara ke suku akhir
Gandingan pilihan kelima itu hanya ambil masa 34 minit untuk singkirkan pasangan bukan pilihan dari China, Xie Hao Nan-Zeng Wei Han.