PERANCANG tengah AC Milan, Tijjani Reijnders, menyambung kontraknya bersama AC Milan hingga Jun 2030, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depannya yang dikaitkan akan ke Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain berusia 26 tahun itu menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dengan dia telah membuat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan telah menjaringkan 16 gol.

Reijnders yang turut mempunyai darah kacukan Belanda-Indonesia itu dikaitkan akan ke Manchester City dan Chelsea beberapa bulan kebelakangan ini.

Dalam satu kenyataan, Rossoneri menjelaskan: "Milan berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Tijjani Reijnders telah memperbaharui kontraknya sehingga 30 Jun 2030. 



"Dia telah berada di AC Milan sejak 2023,dan dia sentiasa mempamerkan dinamik, kualiti dan semangat untuk kelab." katanya.

Milan kini menduduki tempat kesembilan dalam carta Serie A dan dalam usaha menamatkan tiga kekalahan berturut-turut menjelang aksi berdepan Lecce, Sabtu ini.