PERNAH menyatakan dirinya sudah bosan hidup mewah, Raffi Ahmad memang betul betul tidak peduli mengenai pengaliran wang yang dibelanjakannya.
Digelar ‘Sultan’ dalam kalangan penggemar di Indonesia, Raffi baru baru ini secara tidak langsung membuktikan wang yang banyak mampu membuat dia dan keluarga bukan sahaja memiliki segalanya, tetapi menjemput individu berpengaruh di dunia.
Terkini, untuk membuat anak lelaki sulungnya, Rafatar gembira, Raffi telah mengundang salah seorang pemain bola sepak legenda dunia, Michael Owen ke kediamannya di Jakarta.
Owen dijemput hadir ke kediamannya untuk ikut serta meraikan perayaan ulang tahun ke-7 Rafatar.
Tentu sahaja dalam lambakan artis dan bintang papan atas yang dijemput Raffi ke majlis ulang tahun tersebut dari Gading Marten, Nia Ramadhani beserta anak-anaknya, Irwansyah sehingga Sarwendah, namun kehadiran Owen mencuri tumpuan netizen.
“Seriuslah Owen datang ulang tahun Rafatar?”tulis seorang pengguna sosial.
Malah ramai yang cemburu kerana melihat sepotong video Owen dilihat berbicara dan menyantuni Rafatar di dalam rumah.
Diketahui Owen yang pernah bermain dengan kelab Manchester United dan Liverpool itu hadir ke Indonesia selama tiga hari.
Dia hadir bersempena undangan untuk menonton bersama peminat perlawanan Big Match Liverpool vs Manchester United, pada 23 Ogos ini.
Sementara itu, ulang tahun sebenar Rafatar adalah pada 15 Ogos lalu, namun kedua ibu bapanya yang merupakan selebriti terkenal baru sempat mengadakan pesta ulang tahun anak mereka pada 20 Ogos lalu.
Artikel ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Maliah Surip
Tue Aug 23 2022

Owen (kiri) dijemput hadir ke kediaman Raffi untuk ikut serta meraikan perayaan ulang tahun ke-7 Rafatar. - Foto Astro GEMPAK
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

'Tidur' punca United tumbang di Tottenham
Menurut Owen, Maddison ada banyak masa untuk menolak lantunan bagi jaringan kemenangan Tottenham kerana pertahanan United disifatkannya tidur.

Ballon d'Or bakal jadi milik Jude Bellingham - Michael Owen
Bellingham telah mencipta lebih banyak peluang berbanding pemain lain dalam aksi Liga Juara-juara Eropa (UCL), musim ini.

Pemain bola sepak legenda Michael Owen hadir majlis ulang tahun anak Raffi Ahmad
Pernah menyatakan dirinya sudah bosan hidup mewah, Raffi Ahmad memang betul betul tidak peduli mengenai pengaliran wang yang dibelanjakannya.