PEMAIN sensasi, Safawi Rasid dikhabarkan akan berkelana mengembangkan kerjaya ke Liga Thailand apabila bakal menyarung jersi Ratchaburi FC selepas berakhir saingan Piala AFF pada Januari depan.
Pengesahan itu dibuat Pengerusi Ratchaburi FC, Tanawat Nitikanchana yang disiarkan oleh media portal antarabangsa, Main Stand- International pada Ahad.
Menurut laporan itu, segala perbincangan sudah dimuktamadkan apabila pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Harimau Malaya itu bersetuju menyertai kelab tersebut.
"Ketika ini, segala perjanjian sudah diselesaikan," kata Tanawat.
Safawi akan mengisi kuota pemain ASEAN di kelab itu yang dijadual memasuki jendela perpindahan kedua pada awal tahun iaitu Januari nanti.
"Dia (Safawi) akan menyertai pasukan kami selepas menyelesaikan tugas kebangsaannya (bersama Harimau Malaya di Piala AFF) dan saya harap ia akan membawa manfaat dan kebaikan kepada kelab kami," katanya.
Keterujaan kelab itu untuk melamar Safawi didorong oleh aksi mantap pemain yang berasal dari Terengganu itu ketika membantu skuad Harimau Malaya selain pengalaman beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) dengan JDT.
Liga Thailand bukan asing buat pemain negara apabila ramai tonggak tempatan sudah beraksi di negara jiran itu.
Ia termasuk Dominic Tan bersama Police Tero dari 2019-2021; Shahrel Fikri dengan Nakhon Ratchasima pada 2018 dan Junior Eldstal dengan Chonburi FC 2021.-- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 04 2022

Pengesahan itu dibuat Pengerusi Ratchaburi FC, Tanawat Nitikanchana yang disiarkan oleh media portal antarabangsa, Main Stand- International pada Ahad. - Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Penyertaan pemain warisan tidak tutup peluang pemain muda sertai Harimau Malaya
Pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid percaya penyertaan lebih ramai pemain warisan tidak akan menutup impian pemain muda untuk menyarung jersi skuad kebangsaan pada masa depan.

Wajah baharu TFC 'skuad idaman' Steinbruckner
Pengendali Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner menyifatkan pasukan yang dibentuk bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) tahun ini merupakan skuad idaman.

Safawi, Akhyar barakan Terengganu FC
Safawi Rasid dan Akhyar Rashid secara rasmi diumumkan sebagai pemain Terengganu FC (TFC).

Steinbruckner sahkan Safawi Rasid akan ke Terengganu secara pinjaman
Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner, mengesahkan pasukannya kini dalam fasa rundingan akhir untuk mendapatkan Safawi Rasid.

Safawi bantu kuatkan TFC musim depan - Steinbruckner
Pemain JDT, Safawi Rasid dijangka kembali beraksi bersama Terengganu FC untuk memperkuatkan pasukan itu musim depan.

FIFA 'terpukau' jaringan Safawi Rasid
FIFA jelas 'terpukau' dengan jaringan menarik Safawi Rasid ketika Malaysia berdepan Kepulauan Solomon dalam aksi persahabatan baru-baru ini.

Gol Pawi bukan biasa-biasa
Akmal Rizal Ahmad Rakhli menyokong sekiranya gol ketiga pasukan kendalian Kim Pan-gon itu dicalonkan untuk Anugerah Puskas.

Media antarabangsa cadangkan gol Safawi ke Anugerah Puskas
Safawi juga mendapat perhatian dan maklum balas dalam kalangan netizen yang memberi komen terhadap bintang Harimau Selatan berkenaan.

Persib Bandung kunci mulut status Safawi
Pengarah PT Persib Bandung Bermartabat (PBB), Teddy Tjahjono masih berteka-teki apabila ditanya mengenai perkhabaran berkenaan.

Pemain JDT, Safawi Rasid bakal berkelana ke Thailand
Safawi Rasid dikhabarkan akan berkelana mengembangkan kerjaya ke Liga Thailand apabila bakal menyarung jersi Ratchaburi FC.