KOTA BHARU: Penyerang skuad kebangsaan Filipina, Jose Elmer Porteria bakal memperkuatkan skuad Kelantan United FC (KUFC) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023 selepas menandatangani kontrak selama semusim bersama pasukan berkenaan.
Ketua Pegawai Operasi KUFC Wan Mohd Zul Ikman berkata pemain berusia 28 tahun itu mengisi kuota pemain ASEAN yang disyaratkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
"Porteria merupakan pemain import keempat skuad Kijang Hijau pada musim ini. Tiga lagi adalah Ernist Batyrknov (Kyrgyzstan), Yan Victor (Brazil) dan Morgaro Gomis (Senegal)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Mohd Zul berkata pemain yang memulakan karier bersama kelab di Amerika Syarikat, DC United itu berkebolehan beraksi di posisi sayap kiri dan kanan.
Beliau berkata pemilihan Porteria berdasarkan kepada prestasi dan rekod permainan dengan beraksi lebih 90 perlawanan di Liga Filipina, Liga Thailand, Piala AFC dan Liga Juara Asia.
"Dia menjaringkan lebih 40 gol dan 22 bantuan gol serta masih menjadi pilihan skuad kebangsaan Filipina sejak 2012.
"Pengalaman dan kemampuan pemain ini tidak perlu dipertikaikan lagi namun perlu mencari keserasian bersama rakan sepasukan dengan segera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 05 2023

Jose Elmer Porteria bakal memperkuatkan skuad Kelantan United FC (KUFC) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023 selepas menandatangani kontrak selama semusim bersama pasukan berkenaan. - Foto Facebook KUFC

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Pemain kebangsaan Filipina, Jose Elmer sertai KUFC
Jose Elmer Porteria bakal memperkuatkan skuad Kelantan United FC (KUFC) selepas menandatangani kontrak selama semusim bersama pasukan berkenaan.