KUALA LUMPUR: Seorang pemain sepak takraw negara mendakwa pihak tertinggi Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) mengarahkan supaya memboikot dan mensabotaj Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thailand ke-35 di Bangkok, baru-baru ini.
Dakwaan itu didedahkan Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (MASTAF) Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman yang menerima laporan daripada pegawai skuad kebangsaan yang bersama pasukan di Bangkok.
Suhaili berkata berdasarkan laporan yang diterimanya, pemain negara berkenaan mengadu tidak dapat mempamerkan aksi terbaik kerana berasa tertekan apabila diarahkan untuk memboikot kejohanan berprestij itu.
"Seorang pemain mengadu tertekan kerana diarah oleh Presiden PSM untuk boikot dan sabotaj pertandingan itu.
"Kenyataan dibuat pemain tersebut amat memeranjatkan pihak MASTAF," katanya kepada Bernama.
Suhaili berkata MASTAF akan menghantar laporan penuh kepada Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung aduan yang dibuat pemain itu.
Katanya sekiranya dakwaan pemain itu benar, ia merupakan satu pengkhianatan kepada negara dan industri sukan.
Suhaili berkata berdasarkan laporan, pemain itu memberitahu barisan pemain negara turut dipanggil hadir berjumpa dengan Presiden PSM Datuk Mohd Sumali Reduan sebelum berangkat ke Bangkok.
"Pemain tersebut menyebut bahawa mereka dipanggil hadir ke pejabat presiden PSM dan mana-mana pemain yang tidak mahu menyertai pertandingan di Bangkok boleh keluar dari bilik, tetapi tidak ada seorang pun yang keluar kerana mahu berkhidmat kepada negara dan hendak bermain di Bangkok," katanya.
Sebelum ini, Suhaili mendedahkan pihaknya sedang menyiasat mengenai maklumat yang diterima mengatakan ada pihak tertentu mahu barisan pemain negara bermain untuk kalah di Bangkok.
Sementara itu, Mohd Sumali semasa dihubungi Bernama menolak dakwaan itu dengan menyifatkan ia tidak berasas.
"Tidak timbul soal itu (PSM arah boikot) langsung, malah saya mengadakan zoom meeting (mesyuarat dalam talian) dengan semua pemain untuk bagi semangat malam sebelum mereka beraksi di Bangkok dan disaksikan (pihak) MSN," katanya ketika dihubungi.
Malaysia menamatkan kempen Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thailand ke-35 yang berakhir bulan lepas dengan pencapaian satu pingat emas dalam acara Beregu Lelaki dan tiga gangsa masing-masing menerusi Regu Lelaki, Regu Berpasukan Lelaki dan Beregu Wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022

Pemain negara berkenaan mengadu tidak dapat pamer aksi terbaik kerana berasa tertekan apabila diarah untuk memboikot kejohanan berprestij itu. - Gambar hiasan

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Lima acara sepak takraw dipertandingkan pada Sukan SEA Thailand 2025
Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) mengesahkan lima acara bagi lelaki dan wanita akan dipertandingkan di temasya Sukan SEA Thailand 2025 dari 9 hingga 20 Dis tahun depan.

ASTAF sahkan penggunaan sistem ranking pada Piala Asia 2025
Edisi sulung Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 bakal jadi rujukan untuk pelaksanaan sistem ranking pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.

Mohd Sumali mahu lihat penubuhan akademi berbanding stadium sepak takraw
Mohd Sumali berkata menerusi penubuhan akademi, PSM boleh kenal pasti bakat baharu yang mampu digilap untuk masa depan sukan sepak takraw.

Belanjawan 2025: PSM letak harapan tinggi
Katanya, dana kerajaan sangat penting untuk memastikan sukan tradisi masyarakat Melayu ini terus berkembang dan mendapat tempat di hati rakyat.

Sepak takraw Piala Raja Thai: Malaysia rangkul emas acara regu
Skuad sepak takraw negara menepati ramalan merangkul emas acara regu lelaki Piala Raja Thai 2024 selepas menewaskan India 2-0 di Nakhon Ratchasima, Thailand.

Imbuhan RM10,000 kepada pemain, jurulatih sepak takraw kebangsaan - PM
Perdana Menteri menambah dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara turut dibincangkan antaranya keperluan mewujudkan stadium sepak takraw negara.

Skuad Sepak Takraw Kelantan sasar satu pingat pada SUKMA Sarawak
Skuad Sepak Takraw Kelantan meletakkan sasaran sekurang-kurangnya satu pingat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak Ogos depan.

PSM setuju jadi tuan rumah Piala Asia 2025
Mohd Sumali berkata tawaran itu bagaimanapun perlu ambil kira beberapa faktor termasuk dari sudut dana, sebelum langkah seterusnya.

Norza mahu taekwondo tamat kemarau Olimpik di LA28
Mohamad Norza Zakaria mahu Taekwondo Malaysia (TM) menamatkan kemarau hampir dua dekad tiada wakil di Sukan Olimpik pada temasya Los Angeles 2028 (LA28).

Tidak mustahil kejutkan Thailand di Piala Raja Thai - Sumali
Berdasarkan prestasi di Piala Dunia lalu dan Sukan SEA Kemboja tahun lepas, peluang skuad negara mengatasi pasukan gergasi dunia itu adalah 50-50.