Majlis Belia Malaysia (MBM) menyifatkan pemakaian atlet mengikut syariah bukan lagi sesuatu yang aneh, malah melihat langkah ini perlu dirai kerana berjaya mencipta fenomena baharu dalam persada sukan negara.
Perkara ini dibuktikan dengan penampilan atlet lawan pedang pertama dari Amerika Ibtihaj Muhammad dan peluncur ais dari Arab Saudi Zahra Lari, yang pernah mencipta sensasi apabila menggegar sukan dunia dengan tampil mewakili negara masing-masing dengan imej bertudung pada 2016 dan 2017.
Tambahan pula, jenama-jenama antarabangsa juga kian rancak mengeluarkan produk mesra muslim, dalam pelbagai jenis sukan bagi melariskan jualan mereka.
"Ekosistem yang sihat ini wajar diteruskan kerana ia mampu meningkatkan kesedaran masyarakat dalam perihal menjaga kehormatan diri dalam bersukan.
BACA: Pakaian patuh syariah: Dengar keluh-kesah atlet - Syed Saddiq
"MBM mendokong penuh kenyataan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, di mana beliau menyatakan pendirian bahawa pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggalakkan tanpa paksaan kepada atlet negara dalam mematuhi pemakaian patuh syariat, apabila menyertai pertandingan atau kejohanan," kata Ketua Penerangan MBM, Wan Mohd Husni Abdullah dalam satu kenyataan media hari ini.
Pada sesi sidang Dewan Rakyat semalam, Syed Saddiq turut menegaskan KBS yakin bahawa atlet dan persatuan sukan lebih arif akan kesesuaian dari segi pemakaian, terutama untuk meningkatkan prestasi mereka.
Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah berkata kerajaan negeri itu sedang merangka satu garis panduan pemakaian patuh syariah bagi atlet.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 30 2019

GAMBAR FAIL: Pemain hoki wanita dari Selangor dan Kuala Lumpur ketika saingan Separuh Akhir Piala Tun Abdul Razak Ke-2 di Stadium Hoki Kuala Lumpur pada 2017 lalu. - BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pemakaian atlet patuh syariah bukan sesuatu yang aneh - MBM
MBM menyifatkan pemakaian atlet mengikut syariah bukan lagi sesuatu yang aneh, malah melihat langkah ini perlu dirai kerana berjaya mencipta fenomena baharu dalam persada sukan negara.

Mattel lancar patung Barbie berhijab pertama
Anak patung itu merupakan sebahagian daripada koleksi -Sheroes- yang lengkap berpakaian sukan serta hijab.

Atlet Olimpik AS pertama yang berhijab, berjaya raih pingat gangsa
Ibtihaj Muhammad mencipta sejarah tersendiri, bukan saja kerana pencapaian dalam acara sukan yang ditandingi, malah menjadi atlet Olimpik pertama dari AS yang berhijab.

Sukarelawan festival SXSW suruh atlet Islam buka hijab, penganjur mohon maaf
Seorang sukarelawan yang menjaga pendaftaran masuk menyuruh Ibtihaj Muhammad, seorang atlet lawan pedang, membuka hijab untuk merakam gambar bagi proses pendaftaran.