KUALA LUMPUR: Atlet memanah para negara menamatkan saingan Kejohanan Memanah Para Asia Phuket 2022 di Thailand dengan meraih dua pingat perak dan dua gangsa, hari ini.
Juara dunia 2019, S. Suresh terpaksa berpuas hati di tempat kedua dalam acara ranking dunia itu, selepas tewas 6-0 kepada pemanah tuan rumah Hanreuchai Netsiri dalam perlawanan akhir recurve lelaki, siang tadi.
Pingat perak kedua negara diperoleh menerusi acara compound berpasukan campuran, setelah Wiro Julin dan Nur Jannaton Abdul Jalil tewas 151-138 kepada Praphaporn Homjanthuek-Comsan Singpirom dari Thailand.
Wiro dan Nur Jannaton masing-masing turut menggondol tempat ketiga dalam acara individu lelaki dan wanita, menewaskan pemanah Thailand dalam perlawanan penentuan pingat gangsa.
Wiro menewaskan Phromruethon Tanakhan 128-115 dalam acara lelaki, manakala Nur Jannaton menewaskan Rhomshalee Katemongkon 131-122.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 27 2022

Atlet memanah para negara menamatkan saingan Kejohanan Memanah Para Asia Phuket 2022 di Thailand dengan meraih dua pingat perak dan dua gangsa, hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Eugenius Lo cemerlang raih emas ketiga, samai rekod kebangsaan
Atlet memanah, Eugenius Lo Foh Soon sekali lagi menceriakan kem Sabah dengan aksi cemerlang apabila meraih pingat emas ketiganya.