KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan sukan selepas menolak menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Beliau berpandangan pembangunan sukan secara peringkat dalaman dilihat lebih mustahak dalam memastikan Malaysia tidak ketandusan atlet-atlet berbakat pada masa akan datang.
Menurutnya masalah ketidakcukupan penyertaan atlet sehingga sesuatu acara dibatalkan ketika penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA), adalah perkara yang perlu diberi perhatian serius.
"Apa yang penting ketika ini, kita perlu memastikan pembangunan atlet dapat dilakukan dengan lebih agresif dan lebih seimbang di antara negeri.
"Ini supaya kesinambungan dalam aspek penghasilan atlet yang akan meningkatkan persekitaran kompetitif tempatan dalam menghasilkan bakat-bakat baharu," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata masalah kekurangan atlet di peringkat SUKMA merupakan perkara serius yang memerlukan pendekatan bersepadu pemegang taruh di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi serta kerajaan negeri .
"Sepatutnya setiap negeri telah pun mempunyai Sekolah Sukan Negeri yang setaraf dengan Sekolah Sukan Malaysia. Badan-badan sukan negeri yang lemah akan merencatkan pembangunan atlet di peringkat akar umbi ini.
"Sebaiknya, lebih banyak peruntukan disediakan dalam membantu pembangunan sukan yang bersepadu di setiap peringkat umur sehingga mereka mampu mewakili negara nanti," katanya.
Semalam, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi kenyataan mengumumkan Malaysia menolak tawaran menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026, selepas mesyuarat Jemaah Menteri meneliti semua aspek penganjuran dan implikasinya.
Menurut kenyataan KBS, impak ekonomi daripada penganjuran temasya sukan itu, tidak dapat dikenal pasti dalam jangka masa singkat, selain Kerajaan MADANI mahu memberi fokus kepada pembangunan sukan serta kebajikan dan kesejahteraan rakyat buat masa ini.
Sebelum ini, MOM mengesahkan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menawarkan peluang kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah temasya berkenaan bersama pelaburan kewangan menjangkau GBP100 juta (RM603 juta), bagi menggantikan Victoria, Australia yang menarik diri tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024
![Pembangunan sukan lebih penting berbanding jadi hos sukan Komanwel 2026 Pembangunan sukan lebih penting berbanding jadi hos sukan Komanwel 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692863343_ShapawiIsmail.jpg)
Ahmad Shapawi berpandangan pembangunan sukan secara peringkat dalaman dilihat lebih mustahak dalam memastikan Malaysia tidak ketandusan atlet-atlet berbakat pada masa akan datang. - Gambar fail/Bernama
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
![Melaka salur insentif RM99,775 kepada atlet Para SUKMA Sarawak 2024 Melaka salur insentif RM99,775 kepada atlet Para SUKMA Sarawak 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736760581_TBRAUHYUSOF.jpg)
Melaka salur insentif RM99,775 kepada atlet Para SUKMA Sarawak 2024
Kerajaan negeri hari ini menyalurkan insentif RM99,775 kepada atlet, pengurus pasukan dan jurulatih yang berjaya membawa pulang pingat pada temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024.
![Sabah peruntuk lebih RM100 juta untuk pembangunan sukan Sabah peruntuk lebih RM100 juta untuk pembangunan sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732829899_EllronAlfredAngin.jpg)
Sabah peruntuk lebih RM100 juta untuk pembangunan sukan
Peruntukan kepada Kementerian Belia dan Sukan negeri itu adalah bagi pentadbiran dan pelaksanaan pelbagai program pembangunan belia dan sukan.
![Melaka komited perkasa pembangunan program sukan secara inklusif Melaka komited perkasa pembangunan program sukan secara inklusif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728784552_tbAbRaufYusoh.jpg)
Melaka komited perkasa pembangunan program sukan secara inklusif
Ab Rauf berkata sukan merupakan antara indikator utama dalam menjamin kesepaduan rakyat.
![Belanjawan 2025: PSM letak harapan tinggi Belanjawan 2025: PSM letak harapan tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707194286_MohdSumaliReduan.jpg)
Belanjawan 2025: PSM letak harapan tinggi
Katanya, dana kerajaan sangat penting untuk memastikan sukan tradisi masyarakat Melayu ini terus berkembang dan mendapat tempat di hati rakyat.
![Para SUKMA: Sarawak sasar 83 pingat emas - Abang Johari Para SUKMA: Sarawak sasar 83 pingat emas - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726069524_AbangJohari.jpg)
Para SUKMA: Sarawak sasar 83 pingat emas - Abang Johari
Abang Johari yakin atlet para mampu pamer prestasi baik setelah menjalani latihan di luar negara sebelum menghadapi Para SUKMA ke-21 kali ini.
![Sarawak sedia bantu Kerajaan Persekutuan dalam pembangunan sukan - Abang Johari Sarawak sedia bantu Kerajaan Persekutuan dalam pembangunan sukan - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724516103_AbangJohari.jpg)
Sarawak sedia bantu Kerajaan Persekutuan dalam pembangunan sukan - Abang Johari
Sarawak bersedia membantu Kerajaan Persekutuan dalam pembangunan sukan negara, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
![Pembangunan sukan lebih penting berbanding jadi hos sukan Komanwel 2026 Pembangunan sukan lebih penting berbanding jadi hos sukan Komanwel 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692863343_ShapawiIsmail.jpg)
Pembangunan sukan lebih penting berbanding jadi hos sukan Komanwel 2026
Shapawi mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk beri tumpuan kepada pembangunan sukan selepas menolak menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
![Agong sempurnakan sambutan Jubli Emas 50 tahun Stadium Darul Makmur Agong sempurnakan sambutan Jubli Emas 50 tahun Stadium Darul Makmur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700949569_TBAgong.jpg)
Agong sempurnakan sambutan Jubli Emas 50 tahun Stadium Darul Makmur
Seri Paduka pada titah Diraja menzahirkan rasa bangga kerana ramai anak Pahang dapat menjadi jaguh sukan.
![KBS luluskan RM100,000 dana KWASN untuk CHARM KBS luluskan RM100,000 dana KWASN untuk CHARM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692719255_HannahYeoh.jpg)
KBS luluskan RM100,000 dana KWASN untuk CHARM
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 daripada Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) untuk Persatuan Sorak dan Daftar Malaysia (CHARM).
![IPTA, IPTS perlu optimum ilmu, pakar dan teknologi bantu kecemerlangan sukan IPTA, IPTS perlu optimum ilmu, pakar dan teknologi bantu kecemerlangan sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689870125_TBKhaledNordin.jpg)
IPTA, IPTS perlu optimum ilmu, pakar dan teknologi bantu kecemerlangan sukan
IPTA dan IPTS perlu mengoptimumkan penggunaan ilmu, pendidikan, pakar serta teknologi terkini dalam membantu ekosistem kecemerlangan sukan.