Pemegang tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor DT pada 28 Mei lepas boleh menebus tiket berkenaan dengan menukar tiket perlawanan Liga Super antara Pahang menentang Perak di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.
Naib Presiden I Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) Datuk Dr Omar Othman berkata, PBNP telah membuat permohonan sebanyak 12,000 tiket bagi perlawanan Liga Super itu bagi membolehkan pemegang tiket 28 Mei lepas menukarnya.
"Mengikut rekod hanya 5,000 tiket yang ditukar dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA yang ditunda ke Stadium Nasional Bukti Jalil pada 1 Jun lepas.
"Selebihnya boleh menukar tiket berkenaan di pejabat PBNP mulai hari ini manakala beberapa kaunter khas pula akan dibuka di Stadium Darul Makmur bermula 10 pagi Sabtu ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dalam pada itu, berdasarkan siasatan yang dilakukan mengenai insiden 28 Mei lepas mendapati tiada tiket palsu yang dikesan dijual pada perlawanan tersebut.
Omar berkata kesemua tiket yang digunakan pada perlawanan malam itu merupakan tiket yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Katanya, kekeliruan timbul apabila tiket simpanan yang juga dikeluarkan oleh FAM agak berlainan dengan tiket perlawanan malam itu menyebabkan timbul salah faham.
Sementara itu, faktor keselamatan dalam perlawanan Liga Malaysia di Stadium Darul Makmur akan ditingkatkan bagi menjamin keselamatan penonton.
"Kebiasaannya jumlah anggota keselamatan pada perlawanan Liga Malaysia hanya 250 orang dan saya akan mencadangkan jumlah itu digandakan kepada 500 orang," katanya.
Selain itu katanya, satu unit pemantau khas turut akan dicadangkan bagi membuat pemerhatian terhadap ulat-ulat tiket yang menjual tiket palsu.
Katanya, cadangan memberi imbuhan khas terhadap individu yang berjaya menangkap ulat-ulat tiket itu juga turut akan dipertimbangkan bagi mengelak penonton teraniaya.
Bernama
Fri Jun 21 2013
![Pemegang tiket separuh akhir kedua Piala FA dibenar tukar tiket Pemegang tiket separuh akhir kedua Piala FA dibenar tukar tiket](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/71371781126_295x200.jpg)
![Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/81510921285_HunSen.jpg)
Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan
Hun Sen, yang juga presiden Parti Rakyat Kemboja yang memerintah, berkata seorang daripada perancang ditangkap di wilayah selatan Takeo.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin Sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
![Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739268563_PaperStraw.jpg)
Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump "mengisytiharkan perang" terhadap straw kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737882414_TBhajijiNoor.jpg)
Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji
Penjawat awam perlu kurangkan kerenah birokrasi dengan mempermudah proses untuk memastikan sesuatu perkara dapat diselesaikan.
Filipina mulakan kempen pilihan raya
Tempoh kempen 90 hari bagi pilihan raya pertengahan penggal Filipina bermula hari ini dalam suasana politik yang semakin tegang.
Sebanyak 18,280 kerusi akan dipertandingkan pada pilihan raya 12 Mei ini, termasuk kesemua 317 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat.
Sebanyak 18,280 kerusi akan dipertandingkan pada pilihan raya 12 Mei ini, termasuk kesemua 317 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat.
China dan Thailand perdalam kepercayaan, perluas kerjasama
Dalam pertemuan tersebut, Xi Jinping juga menyentuh mengenai projek seperti kereta api berkelajuan tinggi yang dijadualkan menghubungkan Bangkok dengan Kunming di barat daya China.
![Harumanis Perlis berbuah lebih awal, hasil penyelidikan bersama UniMAP Harumanis Perlis berbuah lebih awal, hasil penyelidikan bersama UniMAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41597302921_Mempelamharumanis.jpg)
Harumanis Perlis berbuah lebih awal, hasil penyelidikan bersama UniMAP
Melalui penanaman lebih sistematik, Harumanis boleh dihasilkan lebih awal dengan kualitinya setanding dengan musim biasa.
Azalina, Rith bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja pada Isnin.
ASEAN bersatu sokong gencatan senjata - Anwar
ASEAN mengambil pendirian tetap menyokong gencatan senjata yang berkekalan di Semenanjung Gaza, dengan Malaysia berikrar memberikan sokongan penuh terhadap usaha pembinaan semula wilayah itu
![Remaja lemas di taman rekreasi Jalan Batang Kali-Genting Highlands Remaja lemas di taman rekreasi Jalan Batang Kali-Genting Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739268222_keslemas.jpg)
Remaja lemas di taman rekreasi Jalan Batang Kali-Genting Highlands
Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di Taman Rekreasi Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Selangor, tengah hari tadi.
![Pemegang tiket separuh akhir kedua Piala FA dibenar tukar tiket Pemegang tiket separuh akhir kedua Piala FA dibenar tukar tiket](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/71371781126_295x200.jpg)
Pemegang tiket separuh akhir kedua Piala FA dibenar tukar tiket
PBNP telah membuat permohonan sebanyak 12,000 tiket bagi perlawanan Liga Super itu bagi membolehkan pemegang tiket 28 Mei lepas menukarnya.