KUALA LUMPUR: Arena sukan tanah air hari ini dikejutkan dengan pemergian tokoh sukan bina badan negara Datuk Dr Gan Boon Leong pada usia 84 tahun awal pagi tadi.
Beliau yang dilahirkan pada 25 Ogos 1937, pernah meraih gelaran Mr Universe, Mr Asia dan Mr Malaysia. Beliau juga pernah menerima anugerah Honorary Mr Universe pada 2000, sekali gus diiktiraf sebagai 'Bapa Bina Badan Malaysia'.
Khidmat bakti beliau dalam bidang sukan negara bukan hanya sebagai atlet tetapi pernah menjadi Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) dan Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), selain penglibatan dalam bidang politik termasuk memegang jawatan Exco kerajaan negeri dan Pengerusi MCA Melaka.
Ketika menjadi Presiden PBBM, beliau menganjurkan pelbagai kejohanan dunia dan antarabangsa, seperti Kejohanan Bina Badan Asia pada 1987, 1993 dan 1994, Kejohanan Dunia Lelaki 1990 diikuti oleh Kejohanan Klasik Pro Am ASEAN 1992 dan Bina Badan Komanwel pertama ketika Malaysia menjadi tuan rumah edisi 1998 dan Mr Universe pada 2000.
Jaguh bina badan negara Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah ketika dihubungi Bernama berkata pemergian mendiang pasti akan dirindui peminat sukan bina badan tanah air kerana personaliti berkarisma itu tiada galang gantinya.
"Sebaik saya dapat panggilan sekitar 7 pagi tadi, memang terus terduduk sebab banyak jasa beliau untuk bina badan di Malaysia.
"Sekiranya pihak persatuan tidak mempunyai duit yang cukup, beliau akan mengeluarkan duitnya sendiri bagi membiayai perbelanjaan kami dan ini akan diingati sampai bila-bila," katanya yang sudah mengenali Boon Leong selama 20 tahun.
Antara yang turut berkongsi kesedihan atas pemergian mendiang adalah Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, yang menyifatkan mendiang sebagai seorang yang amat berdedikasi dan cukup komited ketika melaksanakan amanah bagi kesejahteraan hidup rakyat khususnya masyarakat Melaka.
"Begitu banyak jasa dan pengorbanan mendiang kepada masyarakat khususnya di negeri Melaka, antaranya ialah dengan wujudnya Jonker Street. Kini, ia menjadi kawasan pelancongan yang terkenal bagi pelancong tempatan dan juga pelancong asing, sekali gus memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.
"Pemergian Boon Leong merupakan satu kehilangan besar kepada masyarakat dan negara, khususnya bagi parti MCA. Sumbangan dan bakti beliau akan sentiasa dikenang sampai bila-bila. Semoga rohnya dicucuri rahmat," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
Boon Leong merupakan antara tokoh yang berpengaruh di Melaka apabila pernah berkidmat sebagai Exco Kerajaan Negeri selama tiga penggal, Pengerusi MCA Melaka selama 12 tahun dan pernah berkhidmat sebagai pengerusi pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Kini, anaknya Datuk Gan Tian Loo, 50, meneruskan legasi ketokohan beliau apabila turut berkecimpung dan menyumbang kepada parti serta masyarakat.
Antara kejayaan manis dalam karier politik Boon Leong ialah apabila berjaya menewaskan pemimpin DAP, Lim Kit Siang pada 1982 ketika merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Hilir Melaka dengan majoriti besar dan kemudiannya terus melakar kejayaan dengan memenangi pilihan raya umum lima kali berturut-turut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 15 2022

Mendiang Boon Leong merupakan antara tokoh yang berpengaruh di Melaka apabila pernah berkidmat sebagai Exco Kerajaan Negeri selama tiga penggal. - BERNAMA

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.
PUSPAKOM gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menggantung sementara pemeriksaan secara 'walk in' termasuk bagi individu yang ingin menjalani pemeriksaan semula (Berkala Semula) selepas gagal dalam pemeriksaan pertama.
Pejalan kaki warga Bangladesh maut, polis kesan pemandu lori
Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kejadian kemalangan di Jalan Muar-Yong Peng berdekatan batu 6, Bakri.

Pemergian Boon Leong kehilangan besar buat sukan bina badan negara
Arena sukan tanah air hari ini dikejutkan dengan pemergian tokoh sukan bina badan negara Datuk Dr Gan Boon Leong pada usia 84 tahun awal pagi tadi.

'Bapa sukan bina badan negara' Gan Boon Leong meninggal dunia
Atlet yang mendapat julukan sebagai 'Bapa Sukan Bina Badan Negara' Datuk Gan Boon Leong, 84, meninggal dunia pada pukul 1.30 pagi tadi akibat lemah jantung.