KUALA LUMPUR: Pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak dibuat secara terbuka, melalui kerjasama semua pihak berkepentingan tanpa sebarang prejudis terhadap mana-mana sukan lain.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi berkata keputusan membabitkan jenis dan jumlah sukan dipertanding, diputuskan oleh Jawatankuasa Tertinggi Sukma dianggotai Exco Belia dan Sukan Negeri, selain wakil Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mewakili Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK).
"Ketika mesyuarat 16 Mac lepas, Jawatankuasa Tertinggi SUKMA memperakui daripada 103 jenis sukan berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997, hanya sebahagian mampu dimasukkan bagi memastikan penganjuran berkualiti dan penyediaan khidmat sokongan lojistik, berdasarkan kemampuan penganjur.
"Sehubungan itu, Jawatankuasa Tertinggi Sukma telah menerima rumusan Bengkel Transformasi Sukma yang disertai wakil semua Majlis Sukan Negeri serta Kementerian Pendidikan pada 16 hingga 18 Feb lepas bahawa, hanya 28 jenis sukan dipilih berpandukan kepada empat Justifikasi Asas Pemilihan," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi kenyataan yang dikeluarkan MSN, hari ini sebagai mengulas isu pemilihan jenis sukan di Sukma, yang dibangkitkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Kabaddi Malaysia Peter Gopi, yang tular di media sosial ketika ini.
Peter dalam video tersebut, menyatakan kekecewaannya apabila sukan kabbadi didapati tidak tersenarai sebagai sukan terpilih ke temasya itu.
Shapawi berkata pemilihan 28 jenis sukan itu dilakukan berdasarkan empat justifikasi asas iaitu, pertama sukan itu dipertandingkan di temasya Sukan Olimpik dan atlet negara layak menyertainya secara merit, mengambil kira tiga edisi terakhir temasya (Sukan Olimpik Tokyo 2020, Sukan Olimpik Rio 2016 atau Sukan Olimpik London 2012).
Justifikasi kedua pula ialah sukan dipertandingkan di temasya Sukan Olimpik dan Sukan Asia / Sukan Komanwel, yang atlet negara mempunyai potensi prestasi meraih pingat, dengan mengambil kira dua edisi terakhir Sukan Asia (Jakarta/Palembang 2018 atau Incheon 2014), serta tiga edisi terakhir Sukan Komanwel (Birmingham 2022, Gold Coast 2018 atau Glasgow 2014).
Bagi justifkasi ketiga pula, sukan tidak dipertandingkan di Sukan Olimpik tetapi dipertandingkan di Sukan Asia/ Sukan Komanwel dan atlet negara mempunyai potensi meraih pingat mengambil kira dua edisi terakhir Sukan Asia (Jakarta/Palembang 2018 atau Incheon 2014), serta tiga edisi terakhir Sukan Komanwel (Birmingham 2022, Gold Coast 2018 atau Glasgow 2014).
Sementara itu justifikasi keempat pula ialah, sukan popular dan dipelopori sebilangan besar rakyat Malaysia, dipertandingkan di dalam struktur pertandingan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) serta mempunyai kemudahan infrastruktur sedia ada di kebanyakan sekolah, premis kerajaan mahupun swasta di seluruh negara.
Beliau berkata daripada keempat-empat justifikasi itu, 28 sukan berkenaan telah dipilih antaranya akuatik (renang dan terjun), angkat berat, badminton, berbasikal (trek dan lebuhraya), gimnastik (artistik dan gimrama), golf, lawan pedang, memanah, menembak, olahraga dan pelayaran.
Selain itu turut tersenarai ialah sukan hoki, judo, ping pong dan taekwondo, karate, lawn bowls, pencak silat, sepak takraw, skuasy, tenpin boling dan wushu bola sepak, ragbi, bola jaring, bola keranjang, bola tampar dan tenis.
"Sarawak sebagai tuan rumah temasya SUKMA 2024 juga, telah diberi peluang bagi menyenaraikan empat sukan pilihan dan bertindak memilih tinju, muay thai, e-sukan dan petanque," katanya.
Bagaimanapun, katanya peluang untuk baki 75 daripada 103 jenis sukan berdaftar dimasukkan ke edisi SUKMA seterusnya masih terbuka, bermula dengan SUKMA 2026
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 25 2023
![Pemilihan jenis sukan di Sukma 2024 dibuat secara terbuka, tanpa sebarang prejudis Pemilihan jenis sukan di Sukma 2024 dibuat secara terbuka, tanpa sebarang prejudis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674139355_TbMSN.jpg)
Shapawi mengulas isu pemilihan jenis sukan di Sukma, yang dibangkitkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Kabaddi Malaysia Peter Gopi, yang tular di media sosial ketika ini.- Fail/BERNAMA
![Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740098732_Pemandumautnahas.jpg)
Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
![PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740098223_Bromeliad.jpg)
PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.
![When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740097947_AdliHafidzPauzi.jpg)
When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.
![Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740094684_DATUKAZMANABIDIN.jpg)
Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.
![Tiada tambahan jumlah acara untuk Sukma 2024 Tiada tambahan jumlah acara untuk Sukma 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645550651_DatukAbdulKarimRa.jpg)
Tiada tambahan jumlah acara untuk Sukma 2024
Jumlah acara sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukma 2024 di Sarawak tidak akan ditambah biarpun ada pihak meminta supaya beberapa acara lagi dimasukkan.
![Hentikan naratif negeri dianaktirikan - Adam Adli Hentikan naratif negeri dianaktirikan - Adam Adli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679094414_AdamAdli.jpg)
Hentikan naratif negeri dianaktirikan - Adam Adli
Beliau menjelaskan, keputusan penggiliran dibuat bersama dan bukan baru sehari dua bincang.
![Sarawak dipilih secara rasmi tuan rumah Sukma 2024, giliran Kelantan 2028 Sarawak dipilih secara rasmi tuan rumah Sukma 2024, giliran Kelantan 2028](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676023562_TBHANNAHYEOH.jpg)
Sarawak dipilih secara rasmi tuan rumah Sukma 2024, giliran Kelantan 2028
Sarawak secara rasmi dipilih sebagai tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024 sekali gus bakal menganjurkan temasya sukan terbesar negara itu buat kali ketiga.
![Kerja-kerja pembinaan kemudahan Sukma di Kelantan dimulakan tahun depan Kerja-kerja pembinaan kemudahan Sukma di Kelantan dimulakan tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61601265405_Sukma.jpg)
Kerja-kerja pembinaan kemudahan Sukma di Kelantan dimulakan tahun depan
Empat kemudahan itu ialah sebuah stadium utama, stadium tertutup, pusat renang dan velodrome yang menjadi keperluan utama sebagai tuan rumah selain beberapa infrastruktur asas lain.
![KBS sedia perketatkan SOP aktiviti sukan KBS sedia perketatkan SOP aktiviti sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/61596836192_TBWANAHMADFAYHSALB.jpg)
KBS sedia perketatkan SOP aktiviti sukan
Wan Ahmad Fayhsal berkata cadangan untuk membina litar permotoran sedang diusahakan oleh pihaknya bagi mempertingkatkan kemudahan sukan di Kelantan.