Pemilihan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai ahli lembaga eksekutif Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) membuktikan bahawa kepimpinan sukan tanah air diiktiraf dunia.
di peringkat antarabangsa atas usaha beliau membangunkan sukan khususnya sukan hoki.Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pemilihan itu menunjukkan bahawa Tengku Abdullah bukan sahaja popular di dalam negara malah telah dihormati
"Apabila FIH yang merupakan badan terbesar dalam sukan hoki memberi pengiktirafan itu, pastinya mereka yakin Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah mampu memberi sumbangan pada kemajuan sukan hoki dunia.
"Ini menjadi contoh kepada pemimpin sukan kebangsaan yang lain, supaya meerka bukan sahaja menjadi pemimpin di peringkat kebangsaan malah cuba untuk menjadi 'world player' dalam bidang masing-masing," katanya kepada media selepas merasmikan Seminar Suaian Fizikal anjuran Institut Sukan Negara (ISN) di Dewan Perdana, ISN, Bukit Jalil, di sini hari ini.
Ahmad Shabery turut mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Tengku Abdullah di atas pemilihan tersebut yang diadakan bersempena Kongres Dunia FIH ke-43 Sabtu lalu.
Pemilihan bagi sesi 2012-2016 itu menyaksikan Tengku Mahkota Pahang meraih undian tertinggi iaitu 67 undi untuk mengisi satu daripada dua jawatan bagi calon lelaki bersama penyandang jawatan Jan Albers dari Belanda yang memperoleh 52 undi daripada 84 perwakilan.
Dua lagi calon iaitu penyandang jawatan Stephan Abel dari Jerman dan Sergey Chechenkov dari Rusia masing-masing hanya menerima 21 undi dan 12 undi.
Sebagai rekod, Tengku Abdullah merupakan ahli ketiga dari Asia yang mengganggotai ahli lembaga FIH selepas Presiden Persekutuan Hoki Asia Sultan Azlan Shah dan Qasim Zia dari Pakistan sebagai ahli tetap FIH.
Sementara itu, berhubung penganjuran Piala Dunia Hoki, Ahmad Shabery berkata Malaysia berkemampuan untuk menganjurkan kejohanan tersebut.
"Dari segi penganjuran kejohanan hoki peringkat dunia, sudah terbukti kita mampu. Tetapi kita tidak mahu cemerlang daripada segi penganjuran sahaja, kita juga nak lihat pasukan negara muncul sebagai enam atau lima terbaik dunia dan menjadi penyumbang pingat di Olimpik," katanya.
Bernama
Mon Nov 05 2012
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
Piala Dunia Remaja Lelaki 2023: Young Tigers mampu lakar kejutan - Subahan
KHM yakin skuad Young Tigers mampu memberikan kejutan dalam Kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, dari 5 hingga 16 Dis ini.
Malaysia tuan rumah Kejohanan Hoki Remaja Lelaki Dunia 2023
Malaysia berjaya memenangi bidaan sebagai tuan rumah Kejohanan Hoki Piala Remaja Lelaki Dunia 2023, Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).
KHM bangga dua pegawai dipilih adili kejohanan antarabangsa
Subahan Kamal mengucapkan tahniah kepada kedua-dua jawatankuasa itu atas pelantikan dua pegawai berkenaan.
AHF tunda hoki Piala Remaja Wanita Asia susulan COVID-19
AHF dalam laman sesawang www.asianhockey.org berkata tarikh baharu untuk kejohanan itu akan dibincangkan dan ditetapkan secepat mungkin.
Sistem ranking baharu FIH tidak semestinya beri kelebihan - Subahan
Datuk Seri Subahan Kamal berkata adalah terlalu awal untuk membuat andaian mengenai sistem itu kerana terdapat percanggahan maklumat.
Impian ke Olimpik buat pertama kali berkecai
Skuad hoki wanita negara terpaksa menunggu empat tahun lagi untuk ke Sukan Olimpik buat pertama kali apabila peluang ke temasya edisi 2020 di Tokyo tertutup selepas tewas 3-0 di tangan Korea Selatan.
Final Siri Hoki Dunia: Mirnawan kecewa FIH batalkan penggunaan sistem video rujukan pengadil
Mirnawan menganggap sistem itu penting dalam membantu pengadil menentukan keputusan perlawanan, apatah lagi ia turut menjadi saingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Malaysia tawar diri tuan rumah Hoki Piala Dunia 2022
MHC akan turut menghantar bidaan untuk menjadi tuan rumah Pusingan Akhir Siri Dunia Lelaki 2019 dan Pusingan Akhir Siri Dunia Wanita 2021.
Malaysia minat jadi tuan rumah Hoki Piala Dunia 2022
Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal, berkata FIH percaya Malaysia mempunyai kemudahan dan keupayaan untuk menganjurkan kejohanan baharu bagi pusingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Keputusan kes doping Kumar sebelum 5 April ini
Subahan berkata FIH akan memutuskan sama ada Kumar perlu menjalani sesi pendengaran atau terus dijatuhi hukuman berhubung kes doping berkenaan.