CHELSEA melaporkan kerugian sebanyak £121 juta (RM657.3j) yang juga merupakan rekod tertinggi mereka selepas sekatan dikenakan ke atas bekas pemilik, Roman Abramovich, oleh kerajaan United Kingdom (UK).
The Blues menyiarkan laporan akaun tahunan mereka meliputi musim 2021-22 yang mencatat kerugian besar termasuk memerlukan lesen khas untuk beroperasi.
Abramovich telah disekat oleh kerajaan UK selepas pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada Februari 2022 selepas dia dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan presiden negara itu, Vladimir Putin, akibatnya beberapa aset individu berpengaruh yang lain turut dibekukan.
Ia menyaksikan Chelsea terpaksa beroperasi di bawah lesen khas yang menyekat kelab daripada menjual tiket, menerima tempahan acara dan menandatangani kontrak dengan pemain hingga pengambilalihan oleh Todd Boehly selesai pada 30 Mei 2022.
Dalam satu kenyataan awal pagi tadi, Chelsea menjelaskan kesan sekatan ini akan mula terasa pada tahun-tahun berikutnya.
"Keputusan tahun ini terjejas disebabkan sekatan yang pernah dikenakan ke atas bekas pemilik kelab pada 10 Mac 2022," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan.
"Akibatnya, kelab dikehendaki beroperasi di bawah lesen khas yang dikeluarkan oleh kerajaan UK. Sekatan ini dikenakan sehingga selesai penjualan kelab pada 30 Mei 2022.
"Dalam tempoh ini, kami telah dihalang daripada melaksanakan beberapa perkara, malah tidak terhad kepada penjualan tiket hari perlawanan dan bermusim, cenderahati, menerima tempahan acara serta menandatangani kontrak dengan pemain dan rakan kongsi penajaan komersial yang secara kolektif mengakibatkan perbelanjaan luar biasa dan kehilangan hasil.
“Tambahan pula, beberapa sekatan ini juga dijangka memberi kesan ke atas kewangan pada tahun-tahun berikutnya berikutan kesan jangka panjang terhadap sekatan ke atas perjanjian kontrak baru.
"Menjelang akhir tempoh yang dibenarkan, kelab telah dibenarkan menjual tiket untuk perlawanan tertentu, dengan Liga Perdana Inggeris (EPL) komited untuk mendermakan semua hasil kutipannya kepada badan amal.
"Sekatan ini telah ditarik balik sejurus perubahan pemilikan dan semua operasi kini telah disambung semula."
The Blues mengumumkan kerugian bersih keseluruhan sebanyak RM657.3j sambil mereka mengesahkan mereka masih mampu mematuhi peraturan kewangan yang ditetapkan EPL dan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).
* Artikel asal disiarkan di Stadium Astro.
Astro Arena
Tue Mar 28 2023

Chelsea melaporkan kerugian sebanyak 163;121 juta Pound (RM657.3j) yang juga merupakan rekod tertinggi mereka selepas sekatan dikenakan ke atas bekas pemilik, Roman Abramovich, oleh kerajaan United Kingdom.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea
Kaoru Mitoma muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan untuk membawa The Seagulls ke pusingan kelima.

Chelsea kembali kelompok empat terbaik
Jarrod Bowen memulakan tugasan sulung selepas berehat sebulan, meletakkan Hammers di depan minit ke-42 separuh masa pertama.

Chelsea tandatangan pemain tengah England dari Barcelona
Bekas pemain Manchester City itu akan kembali ke liga divisyen utama England berkenaan selepas dua setengah musim berkelana di Sepanyol.

EPL: Jaringan minit akhir Reece James selamatkan maruah Chelsea
The Blues menguasai keseluruhan permainan, namun sering kali dipatahkan oleh pasukan pelawat atas kekebalan pertahanan dan penjaga golnya.

EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.

Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah.

EPL: Pemain Chelsea positif ujian doping, bakal digantung sementara
Pemain kebangsaan Ukraine itu didakwa menggunakan bahan terlarang apabila sampel pertama ujian urinnya menunjukkan tanda positif.

Chelsea himpit Liverpool selepas menang di Tottenham
The Blues kini mengumpul 31 mata selepas mengharungi 14 perlawanan, empat mata di belakang pendahulu Liverpool yang kurang satu perlawanan.

Chelsea, Arsenal berkongsi mata Derbi London
Keputusan seri menyaksikan Chelsea berada di kedudukan ketiga liga mengatasi Arsenal keempat dengan kelebihan jaringan.

UECL: Chelsea belasah Noah tanpa belas kasihan
Chelsea mengekalkan rekod sempurna dalam saingan Liga Persidangan Eropah (UECL) dengan membelasah kelab Armenia, Noah, 8-0.