Sempena Piala Dunia 2014 yang akan bermula dalam beberapa hari lagi, Pemuda PAS dan MCA turut menganjurkan beberapa program untuk peminat bola sepak di negara ini.
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Santai Kaki Bola khusus sempena kejohanan yang berlangsung empat tahun sekali itu.
Program yang bakal diadakan pada 11 Jun itu berlangsung di Restoran Awwal Maju, Taman Sri Rampai, Setiawangsa mulai jam 9 malam.
Menurut Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ir. Khairil Nizam Khirudin, pada majlis itu akan diadakan pertandingan permainan komputer 'FIFA'.
“Setiap peserta akan beradu kehandalan bermain bola sepak di alam maya. Pertandingan ini akan diadakan di restoran tersebut dan akan ditayangkan menggunakan layar lebar. Selain itu, turut diadakan adalah acara timbang bola sepak dan acara menjaringkan gol menggunakan kaki belakang,” katanya.
Program sambutan Piala Dunia 2014 itu, ujar beliau akan diteruskan dengan acara menonton perlawanan yang berlangsung setiap hari di Markaz Amal WP, No 21, Jalan Pria, Taman Maluri, dekat sini.
“Apa yang menarik dalam program menonton beramai-ramai ini ialah diadakan tazkirah ringkas, qiam dan solat subuh beramai-ramai.
“Ianya bertujuan untuk mendidik jiwa-jiwa muda ini untuk bangun malam bukan semata-mata kerana bola tetapi juga untuk beribadah kepada Yang Maha Esa. Itulah yang ingin diterapkan oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan,” jelas beliau.
Manakala Pemuda MCA pula akan mengajak orang ramai untuk menonton perlawanan tersebut menerusi skrin besar yang akan diletakkan di Wisma MCA.
Pemuda MCA juga mengajak semua peminat bola sepak untuk bersama merasai 'demam samba' bersama mereka untuk semua perlawanan yang berlangsung pukul 6 pagi.
Astro Awani
Wed Jun 11 2014

Parti politik turut merasai bahang Piala Dunia - Gambar Fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PRK Balakong: Tidak timbul soal perpecahan dalam BN - Pemuda MCA
Ketuanya Datuk Chong Sin Woon berkata perbincangan telah diadakan bersama setiap parti komponen untuk koordinasi tanggungjawab sewaktu tempoh 21 hari berkempen.

Pemuda MCA mahu buka keahlian kepada masyarakat bukan Cina
Pemuda MCA bercadang untuk membuka keahlian gabungan kepada masyarakat bukan Cina selepas menyedari parti tersebut berdepan dengan masa depan yang tidak pasti.

Pemuda BN diminta ambil tindakan terhadap Pemuda MCA Pasir Gudang
Pemuda BN diminta mengambil tindakan terhadap Pemuda MCA Pasir Gudang yang bertindak memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Himpunan Rakyat Bersatu.

Pemuda PAS dan MCA anjur program sempena Piala Dunia
Program dibuat untuk mengajak peminat bola sepak bersama merasai kehangatan 'demam sama' sempena Piala Dunia 2014.

Jangan buat rakyat rasa 'dianiaya'
Petikan ucapan bekas Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong pada Perhimpunan Pemuda MCA pada Khamis.
Kemajuan akan dicapai melalui kestabilan negara
Ketua Biro Strategi dan Perancangan Pemuda MCA, Neil Foo Seck Chyn menyifatkan kestabilan negara sebagai asas kepada kemakmuran dan kemajuan negara.