ALOR SETAR: Sepakan penalti dan kesilapan pemain pertahanan yang menghadiahkan gol mudah kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dilihat menjadi faktor Kedah Darul Aman (KDA) FC gagal meraih mata dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman di sini, malam tadi.
Ketua Jurulatih KDA FC Aidil Sharin Sahak menganggap sepakan penalti 'kontroversi' diperoleh JDT dan disempurnakan Leandro Velazquez pada minit ke-59 telah melemahkan moral pemain dan corak permainan KDA FC terutama di babak kedua perlawanan.
"Separuh masa pertama kami bermain seperti dirancang tapi penalti di separuh masa kedua permainan telah mengubah keseluruhan permainan kerana ia telah melemahkan moral pasukan.
"Sepakan penalti itu sama ada betul atau tidak saya tak mahu komen, tapi ia memberi kesan kepada pasukan yang sedang bertembung dengan pasukan kuat," katanya kepada pemberita selepas perlawanan malam tadi yang menyaksikan KDA FC tewas 1-3 kepada JDT.
BACA: Kad merah Bergson tidak sekat JDT tundukkan Kedah Darul Aman
Bagaimanapun Aidil Sharin mahu semua pemainnya tidak berputus asa atau menyalahkan mana-mana pihak dan terus berusaha memperbaiki kelemahan untuk berhadapan beberapa lagi baki perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini.
"Jadual perlawanan yang padat juga bukan alasan kerana segala persediaan telah dilakukan dan para pemain sedar lawan mereka (malam tadi) adalah pasukan besar dalam liga dan mereka tekad beri tentangan," katanya.
Dalam perlawanan malam tadi, KDA FC bermula baik apabila mendahului pada minit ke-12 menerusi jaringan Ronald Ngah Wanja sebelum JDT menyamakan kedudukan menerusi Bergson Da Silva pada minit ke-36.
JDT memperoleh sepakan penalti pada minit ke-59 selepas Syafiq Ahmad dijatuhkan di dalam kotak penalti yang disempurnakan Velazquez sebelum Mohd Afiq Fazail menambah gol ketiga pasukan pelawat pada minit ke-78 sekali gus meleburkan impian KDA FC untuk memperoleh sebarang mata dalam perlawanan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022

Pemain KDA FC ketika menentang JDT dalam perlawanan Liga Super di Stadium Dari Aman. - Foto Facebook/Kedah Darul Aman FC

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Victor Andrag harap rentak kemenangan KDA FC berterusan
Ketua Jurulatih Interim Kedah Darul Aman (KDA) FC Victor Andrag berharap rentak kemenangan pasukannya akan berterusan di sebalik isu tunggakan gaji yang dihadapi.

'Sampai bila Kedah FC nak berhutang, pemain ada anak bini nak tanggung'
Miza mendakwa suaminya sudah tidak menerima gaji selama sembilan bulam dan meminta kelab ditutup jika sudah tidak mempunyai kewangan.

Victor harap khabar angin KDA FC bakal disingkir dari Liga Super tidak benar
Andrag berharap khabar angin yang mengatakan pasukan itu bakal disingkirkan dari Liga Super ekoran masalah yang dihadapi, tidak benar.

Nafuzi sah tinggalkan KDA FC
Kedah Darul Aman (KDA) FC mengesahkan bahawa pihak pengurusan kelab itu telah menerima permohonan peletakan jawatan daripada Ketua Jurulatih Mohd Nafuzi Zain, hari ini.

Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.

Kedah henti perbincangan jual 100 peratus saham dengan Mahsuri Medical Centre
KDA FC memaklumkan bahawa kelab itu telah membuat keputusan untuk menghentikan perbincangan penjualaan 100 peratus saham mereka dengan Mahsuri Medical Centre.

Penyokong diminta faham situasi pasukan KDA FC
Mohd Nafuzi Zain memohon agar penyokong dan peminat memahami keadaan pasukan serta menerima keputusan yang memihak kepada Selangor FC.

Pemilik majoriti alu-alukan hasrat syarikat global mahu beli KDA FC
Beliau berkata kesediaan dan keberanian syarikat itu untuk membeli keseluruhan pegangan saham KDA FC amat dihargai.

Nafuzi bangga KDA FC raih tiga mata walau pasukan dilanda kemelut
Ketua Jurulatih KDA FC Mohd Nafuzi Zain, meluahkan rasa bangga dengan persembahan pasukannya yang berjaya menewaskan Terengganu FC.

KFA sentiasa berusaha bantu selesai isu kewangan KDA FC
Kerajaan Kedah sangkal dakwaan kononnya mengambil sikap lepas tangan dan tidak membantu KDA FC yang menghadapi masalah kewangan.