Pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin mengesahkan penampilannya bersama SIC Racing Team dalam Kejuaraan Moto2 Dunia (MotoGP) berakhir serta-merta selepas persetujuan kedua-dua pihak.
Zulfahmi berkata selepas bersaing dalam empat perlumbaan musim ini, bekas pelumba Moto3 dan Kejuaraan Supersport Dunia itu, membuat keputusan sambil disokong oleh pasukan agar beliau tidak meneruskan perlumbaan dalam Kejuaraan Moto2 tersebut.
"Selepas perlumbaan terakhir di Jerez, saya dapati sangat sukar bagi saya untuk meningkatkan prestasi sejak permulaan musim. Selepas memikirkan secara mendalam dan perbincangan bersama pasukan, saya memutuskan lebih baik saya menamatkan karier dalam Moto2.
"Saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua terutama Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali dan pengurus pasukan Johan Stigefelt atas kepercayaan mereka untuk memberi peluang kepada saya bersaing dalam Moto2.
"Saya meminta maaf kepada pasukan dan penaja jika keputusan ini dibuat secara tiba-tiba," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini pada Selasa.
Zulfahmi diumumkan sebagai pengganti Hafizh Syahrin Abdullah yang menandatangani kontrak bersaing dengan pasukan MotoGP Monster Yamaha Tech3 pada Februari lepas.
Pada musim lepas, Zulfahmi bersaing dalam Kejuaraan Supersport Dunia mewakili pasukan Orelac Racing Verdnatura untuk dua musim sejak 2016.
Walaupun menamatkan kontraknya bersama SIC Racing Team, Zulfahmi masih terbabit dalam perlumbaan dengan peranannya kini sebagai mentor program pelapis SIC, 'Impian ke MotoGP' - sebuah program bagi mengasah bakat baharu dalam perlumbaan dua roda.
"Saya akan menumpukan tenaga dan pengalaman saya ke arah membimbing bakat-bakat muda dalam program itu kerana matlamat kita untuk mewujudkan laluan berdaya maju ke puncak perlumbaan dua roda iaitu MotoGP. Kepada seluruh pasukan SIC Racing, saya mengucapkan terima kasih kerana membimbing dan membantu saya sehingga ke peringkat ini," katanya.
Sementara itu, Razlan mengucapkan terima kasih kepada Zulfahmi, sambil mengakui cabaran dalam perlumbaan kompetitif seperti Kejuaraan Moto2 Dunia.
Razlan seterusnya berkata SIC dijangka membuat pengumuman mengenai pengganti Zulfahmi pada minggu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 08 2018

Zulfahmi diumumkan sebagai pengganti Hafizh Syahrin Abdullah yang menandatangani kontrak bersaing dengan pasukan MotoGP Monster Yamaha Tech3 pada Februari lepas. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.

Hafizh Syahrin raih kemenangan sulung di Zhuhai
Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah meraih kejuaraan sulung bersama JDT Racing Team pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Zhuhai, di China hari ini.

ARRC: Hafizh Syahrin nyaris habis minyak
Hafizh Syahrin menebus kekecewaan dengan menaiki podium selepas dipintas oleh penunggang Honda Asia-Dream Racing Astemo, Andi Farid Izdihar.

TMJ, Hafizh Syahrin mula langkah tubuh JDT Racing Team
Tunku Ismail bertemu Hafizh Syahrin dan Valeriano Rodriguez untuk berbincang mengenai pembentukan pasukan menjelang kempen musim 2024.

Hafizh Syahrin umum perkembangan baharu bersama JDT Racing Team minggu depan
Hafizh Syahrin Abdullah, bakal mengumumkan perkembangan baharunya bersama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Racing Team, minggu depan.

Hafizh Syahrin tekad tunjuk 'taring sebenar' bersama JDT
Selepas mendapat tajaan daripada Johor Darul Ta'zim (JDT), pelumba motosikal negara Hafizh Syahrin Abdullah bertekad untuk menunjukkan 'taring sebenar' di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024.

JDT Racing Team barakan dunia permotoran
JDT dijangka melebarkan sayap jenama kelab itu apabila menceburi arena perlumbaan permotoran bersama Hafizh Syahrin Abdullah.

WSBK: Hafizh Syahrin akhiri cabaran tempat ke-16
Pelumba dari Kuala Lumpur itu ketinggalan 1 minit 2.195 saat (s) daripada pemenang dari Sepanyol, Alvaro Bautista.

Kami pertaruh nyawa, kata Hafizh Syahrin tagih kepimpinan bebas agenda luar
Pandangan itu mengulangi persoalan yang dilontarkan Azlan Shah berhubung kemalapan sukan permotoran kebelakangan ini.

WSBK: Kurang uji jentera rencatkan permulaan Hafizh Syahrin
Hafizh turut mengakui kekurangan data pelumba lain juga menyebabkan beliau tidak berupaya memberi tentangan sengit.