KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah pencapaian cemerlang Abdul Latif Romly membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan atlet dan individu yang berkualiti, berkaliber dan bertaraf antarabangsa.
Dalam catatan menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka berdua bertitah ia juga membuktikan bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya di peringkat dunia.
Baginda berdua turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Abdul Latif yang menghadiahkan pingat emas ketiga buat negara di Sukan Paralimpik Tokyo, Jepun pada Sabtu.
"Seri Paduka berdua, pada masa yang sama, menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan beliau (Abdul Latif Romly) yang telah sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
"Seri Paduka berdua menzahirkan harapan semoga kejayaan dan semangat perjuangan Abdul Latif turut menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya para atlet di Malaysia untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan di dalam bidang masing-masing di dalam negara mahupun di persada antarabangsa," demikian menurut catatan itu.
Selain itu, Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada juara bertahan Rio 2016 itu dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan dan memahat sejarah serta mengharumkan nama di kejohanan akan datang.
Abdul Latif memenangi pingat emas Paralimpik dalam acara lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual), di temasya berprestij itu, semalam.
Atlet dari Perlis itu berada dalam kelas tersendiri apabila terus memimpin kedudukan dengan lompatan pertamanya 7.26 meter yang sudah cukup mengesahkan emas ketiga Malaysia di Sukan Paralimpik Tokyo.
Terdahulu, Cheah Liek Hou mencipta sejarah muncul pemain pertama memenangi emas dalam kategori perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), selepas sukan badminton dipertandingkan buat kali pertama di temasya berprestij itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 04 2021
Baginda berdua turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Abdul Latif yang menghadiahkan pingat emas ketiga buat negara. -Bernama
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Paralimpik Paris 2024: Kecederaan otot perut jejas emas hatrik Latif Romly
Latif mula mengesan kecederaan tersebut sewaktu menjalani latihan di Paris sehingga mengakibatkannya sukar bernafas.
Kereta dicuri, emas pengganti duka Abdul Latif
Atlet kelahiran Perlis itu kehilangan kereta beberapa minggu sebelum berlepas ke bumi Hangzhou.
Sukan Para Asia: Ketampanan Abdul Latif jadi 'kegilaan'
Ketampanan jaguh lompat jauh para negara Datuk Abdul Latif Romly mencuri perhatian ramai terutama kaum wanita ketika acara larian obor temasya Sukan Para Asia 2022, di sini hari ini.
Abdul Latif raih emas di Paris, layak ke Sukan Paralimpik 2024
Abdul Latif menjadi atlet para kedua layak ke Paris selepas Muhammad Ziyad Zolkefli yang meraih pingat perak acara lontar peluru.
Latif Romly kini bergelar suami
Atlet paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly, 25, kini bergelar suami kepada Nurul Nabila Farhana, 25, dalam sebuah majlis ijab kabul yang diadakan pagi tadi.
Abdul Latif 'terbang' tinggi di APG, bakal tamatkan zaman bujang
Abdul Latif membuat lompatan sejauh 7.20 meteruntuk memastikan beliau membawa pulang emas dalam setiap penampilannya sejak edisi 2013 di Myanmar.
Abdul Latif seakan tidak percaya terima gelaran Datuk
Anak jati Perlis itu bersyukur kerja kerasnya selama ini berbaloi dan dihargai seluruh negara.
Abdul Latif terima insentif RM150,000 daripada kerajaan negeri Perlis
Jaguh lompat jauh negara Abdul Latif Romly menerima insentif berjumlah RM150,000 daripada Kerajaan Negeri Perlis sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan beliau.
Kakak rahsiakan keluarga dijangkiti COVID-19 daripada Latif Romly
Rahayu dan empat anaknya disahkan positif koronavirus bulan lalu sehingga terpaksa dibawa ke PKRC di MAEPS Serdang sebelum dibenarkan pulang Khamis lalu.
Abdul Latif hanya balik rumah selepas jalani pemulihan
Abdul Latif Romly hanya akan pulang selepas menjalani rawatan pemulihan bagi kecederaan pangkal paha ke rumahnya di Beseri, Perlis.