HANGZHOU: Selepas melakar pencapaian memberangsangkan di Sukan Asia Hangzhou 2022, skuad terjun negara perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk mengharungi musim yang penuh mencabar tahun depan.
Pengurus skuad terjun ke Sukan Asia Hangzhou 2022 Datuk Leong Mun Yee menyifatkan 2024 sebagai musim yang sibuk kerana para penerjun harus bekerja keras bukan sahaja bagi meningkatkan prestasi, malah mengekalkan tahap terbaik masing-masing menjelang dua pertandingan terpenting.
Dua pertandingan itu adalah Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar pada Februari depan dan temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
"Dari segi acara 10 meter (m) platform lelaki, darjah kesukaran kena tambah dan juga (capai) konsistensi sebab sekarang untuk persembahan kena konsisten (dan) darjah kesukaran yang tinggi.
"Kalau wanita pula, kena konsisten sebab kita sudah ada darjah kesukaran...memang penerjun kita kena bekerja keras untuk tahun depan, kerana laluannya agar mencabar," katanya yang turut mengakui prestasi barisan penerjun Jepun dan Korea Selatan sudah meningkat, ketika ditemui di sini.
Kejohanan Akuatik Dunia tahun depan akan menawarkan tiket ke Paris 2024 dengan ketika ini hanya Bertrand Rhodict Lises merupakan satu-satunya penerjun negara yang sudah mengesahkan tempat di temasya sukan berprestij itu.
Bertrand Rhodict layak ke Paris 2024 selepas berjaya mara ke final acara 10m platform lelaki di Kejohanan Akuatik Dunia tahun ini yang berlangsung di Fukuoka, Jepun, Julai lepas.
Atlet berusia 18 tahun itu yang merangkul gangsa dalam acara 10m platform seirama lelaki bergandingan dengan Enrique Maccartney Harold dan menduduki tempat keempat dalam 10m platform lelaki di sini, mengakui beliau sudah bersedia untuk meningkatkan darjah kesukaran terjunannya.
"Saya sudah bersedia sebelum datang ke sini, seperti semua maklum kami (skuad terjun) menjalani kem latihan di Sichuan, jadi di sana dah bersedia untuk belajar terjunan baharu cumanya tidak cukup masa untuk belajar dan mempraktikkan di sini," katanya.
Pada Sukan Asia kali ini, kem terjun negara berjaya menyumbangkan satu perak menerusi acara 3m papan anjal seirama wanita dan empat gangsa masing-masing dalam acara 10m platform seirama wanita, 3m papan anjal seirama lelaki, 10m platform seirama lelaki dan 10m platform wanita.
Ia sekali gus memperbaiki pencapaian satu perak dan tiga gangsa yang diraih pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 05 2023

Mun Yee menyifatkan 2024 sebagai musim yang sibuk kerana para penerjun harus bekerja keras bukan sahaja bagi meningkatkan prestasi, malah mengekalkan tahap terbaik masing-masing menjelang dua pertandingan terpenting. - Gambar/ Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Piala Asia: Kami datang bukan untuk kalah, kata Kim Pan-gon
Kesebelasan utama Kim Pan-gon mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat sukan yang menuntut agar dia tidak bereksperimen berdepan Bahrain.

Nur Syaiful penerima tertinggi SHAKAM
Beliau yang meraih masing-masing satu pingat emas dan gangsa membawa pulang insentif berjumlah RM110,000.

Penampilan di Sukan Asia lonjak keyakinan Letshanaa untuk KL Masters
Letshanaa berkata bersaing di acara berprestij seperti Sukan Asia telah memainkan peranan penting dalam perkembangannya sebagai pemain.

Hoki Piala Dunia Remaja: KHM sasar skuad negara layak ke suku akhir
Skuad hoki remaja negara diberikan sasaran mara ke suku akhir menjelang Piala Dunia yang bakal bermula 5 Disember ini.

Sukan Asia: Selamat tinggal Hangzhou, jumpa di Aichi-Nagoya 2026
Sukan Asia ke-19 melabuhkan tirainya apabila China mengucapkan selamat tinggal kepada lebih 12,000 atlet dari 45 negara dalam upacara gemerlapan, di sini, malam ini.

Sukan Asia: Pengorbanan Arif tambah kilauan emas bagi Malaysia
Atlet berusia 23 tahun itu berjaya menundukkan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2021, Daniyar Yuldashev dari Kazakhstan 10-4.

Sukan Asia: Joe Ee beraksi di final dalam kesakitan
Atlet gimrama negara Ng Joe Ee beraksi dalam keadaan menahan kesakitan di belakang badan dan buku lali kiri ketika menduduki tempat ke-11 pada pusingan akhir acara individu all-around Sukan Asia Hangz

Sharul Aimy buru slot Olimpik Paris 2024
Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam kini mengalihkan tumpuan untuk 'memburu' mata kelayakan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Sukan Asia: Lovelly Anne hadiahkan perak
Lovelly Anne Robberth menghadiahkan pingat perak buat negara apabila memenangi final acara kata individu wanita pada Sukan Asia Hangzhou 2022, pada Khamis.

Sukan Asia: Prannoy sekat Zii Jia ke separuh akhir
Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, gagal dalam misi memburu pingat pertama dalam temasya Sukan Asia selepas tersingkir di pusingan suku akhir, di Hangzhou.