Apabila tidak terpilih menyertai skuad Brazil bimbingan Luiz Felipe Scolari untuk Piala Dunia 2014, Ronaldinho tampil dengan cara tersendiri untuk menjana kewangannya di musim kejohanan besar itu.
Bekas penyerang Barcelona berkenaan memutuskan untuk memberi sewa rumahnya di Rio de Janeiro dengan harga GBP9,120.00 (RM50,130.00) semalaman, bagi memberi peluang keunikan kepada peminat.
Ronaldinho mengesahkan perkara itu di laman Twitter-nya bahawa rumah tersebut sedia untuk disewakan menerusi Airbnb.com ketika kejohanan Piala Dunia 2014 berlangsung.
Bintang Atletico Mineiro itu berkata: "Ini adalah untuk sesiapa yang ragu-ragu bahawa saya akan memberi sewa rumah saya di Airbnb! nikmati #CasaR10."
Harta Ronaldinho yang juga memiliki enam bilik mandi, adalah di dalam komuniti berpagar di kawasan Barra da Tijuca di Rio.
Kepada sesiapa yang mampu bermalam di rumah pemain 34 tahun itu, dia akan mempunyai akses kepada sauna, bilik bawah tanah dan satu peti sejuk bir.
Seni diilhamkan Ronaldinho mengisi rumah, termasuk lukisan potretnya ketika menyarung jersi Paris Saint-Germain, AC Milan dan pasukan kebangsaan.
Deposit hanya sebanyak lebih GBP600 (RM3,297) diperlukan dan merokok hanya dibenarkan di luar rumah, tetapi 'service team' akan disediakan untuk tetamu. -- Astro Arena
Astro Awani
Thu Jul 03 2014

Ronaldinho mengesahkan perkara itu di laman Twitter-nya - Foto AFP
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Inilah masanya - Klose
Penyerang sensasi Jerman, Miroslav Klose percaya bahawa skuadnya memiliki kualiti untuk menebus kekalahan kepada Brazil pada final Piala Dunia 2002.

10 gol terbaik Piala Dunia 2014
Sebanyak 167 gol setakat ini telah dijaringkan pada pusingan akhir Piala Dunia dan terdapat 10 gol terbaik sepanjang kejohanan ini.

Kalah dengan Jerman, peminat carut Presiden Brazil
Peminat bolasepak Brazil meneriakkan kata-kata kesat kepada Presiden Dilma Rousseff selepas pasukan Jerman mendahului 5-0 sebelum tamat babak pertama perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014.

Klose pecah rekod gol Piala Dunia
Penyerang Jerman Miroslav Klose berjaya mencapai matlamatnya untuk muncul sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia FIFA.

Scolari minta maaf kepada rakyat Brazil
Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari meminta maaf kepada seluruh rakyat negaranya selepas pasukan tuan rumah itu dimalukan oleh Jerman.

Tiada Neymar, tiada hal - Brazil
Brazil mahu membuktikan kecederaan Neymar bukan kekangan kepada pasukan Amerika Selatan itu beraksi di perlawanan akhir nanti.

Sikap David Luiz pujuk James Rodriguez dipuji
Agak tersentuh melihat gambar David Luiz memeluk bintang muda Colombia, James Rodriguez ketika menenangkan pemain itu selepas Brazil menewaskan Colombia 2-1 di peringkat suku akhir.

Brazil mahu Zuniga dihukum
Persatuan Bola Sepak Brazil (CBF) menyeru pihak FIFA untuk memberi hukuman setimpal kepada bek-kanan Colombia Juan Camilo Zuniga.

Pengalaman tidur di rumah Ronaldinho dengan sewa RM50 ribu semalam
Apabila tidak terpilih menyertai skuad Brazil bimbingan Luiz Felipe Scolari untuk Piala Dunia 2014, Ronaldinho tampil dengan cara tersendiri untuk menjana kewangannya di musim kejohanan besar itu.

Piala Dunia: Perlawanan Brazil-Chile pecahkan rekod Twitter
Sejumlah 16.3 juta tweet dicatatkan ketika perlawanan Piala Dunia Brazil menentang Chile awal pagi tadi sekaligus memecah rekod sebagai jumlah tweet paling tinggi.