KUALA LUMPUR: Penganjur sukan permotoran yang membina dan membangunkan kemudahan sukan itu dinasihatkan berunding dengan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) bagi memastikan venue perlumbaan menepati standard keselamatan minimum.
Tujuh kelab sukan permotoran, diiktiraf oleh MAM, dalam satu kenyataan bersama, memaklumkan pematuhan kepada peraturan keselamatan yang digubal oleh MAM boleh mengelakkan insiden kemalangan maut seperti pada Perlumbaan Battle of King (BOTK) 2022 di Litar Perlumbaan Terengganu, Gong Badak, Sabtu lalu.
Dalam perlumbaan tersebut, pelumba drag dikenali sebagai Apeh Jamal atau nama sebenar, Muhamad Hafez Jamal Jamaludin, 40, maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh sebatang pokok berhampiran trek perlumbaan.
BACA: Pelumba drag Apeh Jamal selamat dikebumikan pagi ini
"Pertama sekali kami ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Jika imbas kembali, insiden itu mungkin kurang membawa bencana sekiranya acara itu dijalankan mengikut peraturan keselamatan yang ditetapkan oleh MAM," menurut kenyataan itu oada Rabu.
Mereka berkata walaupun tiada Prosedur Operasi Standard (SOP) rasmi untuk memohon permit daripada MAM, Permit Acara MAM adalah dokumen utama sebelum Pesuruhjaya Sukan mengeluarkan permit kelulusan.
"Hanya dengan dua permit ini, polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan memberi kelulusan kepada kelab dan penganjur yang diiktiraf oleh MAM," menurut kenyataan itu.
Kelab berkenaan menyarankan supaya penganjur dan pengendali litar saling bekerjasama bagi memastikan litar selamat untuk perlumbaan selain perancangan teliti dari segi bilangan anggota keselamatan, perubatan, kenderaan kecemasan, peralatan keselamatan pemandu serta saringan keselamatan sebelum perlumbaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022

Kemalangan maut yang berlaku pada Perlumbaan Battle of King (BOTK) 2022 di Litar Perlumbaan Terengganu, Gong Badak, Sabtu lalu. - Foto fail/Pieemotorsport Plg

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Penganjur perlumbaan disaran dapat nasihat MAM
Ini bagi memastikan venue perlumbaan menepati standard keselamatan minimum.