KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Malaysia akan menganjurkan Sukan Komanwel 2026 atau tidak, dijangka dibawa untuk perbincangan di Kabinet pada minggu depan, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Hannah berkata pada masa ini, beliau tidak mahu mendahului perbincangan Kabinet namun beliau yakin bahawa Kerajaan Perpaduan akan memberi pertimbangan sewajarnya, berhubung perkara berkenaan.
"Ada banyak maklum balas di luar sana, semua beri pandangan masing-masing tetapi saya beri jaminan bahawa kerajaan ini sangat bertanggungjawab dengan setiap ringgit duit rakyat.
"Kita (Kerajaan Perpaduan) akan pastikan setiap perbelanjaan yang kita nak lakukan ini, mesti mendatangkan hasil kepada negara," katanya ketika menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Dewan Rakyat hari ini.
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas kerana peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal AUD2.6 bilion (lebih kurang RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (lebih kurang RM21.78 bilion).
Kerajaan Victoria juga dilaporkan bersetuju untuk membayar AUD380 juta kerana melanggar kontrak, apabila tidak dapat menganjurkan temasya itu mengikut jadual bermula 17 hingga 29 Mac, 2026.
Dari 74 negara dan wilayah yang menjadi ahli Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), hanya England, Kanada, Australia, Wales, New Zealand, Jamaica, Scotland, India dan Malaysia (1998) pernah menganjurkan temasya itu.
Sementara itu mengulas laporan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menolak tawaran rasmi menganjurkan Piala Thomas dan Piala Uber 2026, Hannah menjelaskan BAM tidak menolak tawaran itu sebaliknya persatuan tersebut tidak berhasrat untuk membuat bidaan.
"Kekeliruan berlaku pada 12 Mac, apabila PJS (Pesuruhjaya Sukan) mendakwa bahawa BAM menolak tawaran tersebut dan ia tidak benar sekali. BAM, mereka tidak berhasrat untuk membuat bidaan, jadi tidak timbul mereka menolak tawaran," katanya.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024

Hannah berkata pada masa ini, beliau tidak mahu mendahului perbincangan Kabinet namun beliau yakin bahawa Kerajaan Perpaduan akan memberi pertimbangan sewajarnya, berhubung perkara berkenaan. - Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PLBM yakin boling padang kembali pada Sukan SEA 2027
Awalan berkata peluang untuk boling padang dipertandingkan pada edisi 2027 dilihat cerah selepas perbincangan bersama MOM baru-baru ini.

Persekutuan Sukan Komanwel tolak permintaan Malaysia anjur badminton
Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menolak permintaan Malaysia untuk menganjurkan sukan badminton di sini bersempena Sukan Komanwel 2026.

Glasgow 2026: MOM akur sukan prospek pingat digugurkan
Mohd Nazifuddin berkata langkah yang dibuat tuan rumah itu tidak dapat dielakkan selepas Victoria, Australia menarik diri tahun lepas.

Glasgow sah tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) mengesahkan Glasgow sebagai bandar tuan rumah Sukan Komanwel 2026 yang akan berlangsung dari 23 Julai hingga 2 Ogos.

Pembangunan sukan lebih penting berbanding jadi hos sukan Komanwel 2026
Shapawi mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk beri tumpuan kepada pembangunan sukan selepas menolak menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

Malaysia tolak tawaran jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
KBS mengumumkan keputusan Kerajaan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.

Kabinet bincang tawaran anjur Sukan Komanwel esok
Kerajaan akan memperincikan mengenai cadangan penganjuran sukan Komanwel 2026 dalam mesyuarat Jemaah Menteri, esok.

Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.

'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.

Penganjuran Sukan Komanwel 2026 dibincang di Kabinet minggu depan - Hannah
Keputusan sama ada Malaysia akan menganjurkan Sukan Komanwel 2026 atau tidak, dijangka dibawa untuk perbincangan di Kabinet pada minggu depan, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.