KOTA BHARU: Pengerusi Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara) Che Ibrahim Che Ismail dilantik sebagai Timbalan Presiden kelab bola sepak Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) bagi menggantikan Datuk Zamri Ismail yang melepaskan jawatan itu Mei lalu.
Presiden KDN FC Rozi Muhamad dalam satu kenyataan berkata pelantikan itu berkuat kuasa semalam (6 Jun) selepas hampir sebulan jawatan itu dikosongkan.
Beliau berkata kehadiran Che Ibrahim akan membantu KDN FC menjadi lebih baik daripada segi pengurusan kerana beliau seorang yang dikenali dalam dunia korporat.
Sementara itu, Che Ibrahim berkata tumpuan utama beliau bersama Presiden serta barisan kepimpinan kelab ialah membantu menjadikan kelab Sang Kijang Emas sebagai sebuah kelab yang berdaya saing serta disegani.
"Insya-Allah dengan kerjasama semua pihak terutama jawatankuasa kelab akan bekerja keras untuk nenghadapi segala cabaran yang mendatang,"katanya dalam kenyataan sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 06 2024

Rozi (kiri) berkata kehadiran Che Ibrahim (kanan) akan membantu KDN FC menjadi lebih baik daripada segi pengurusan kerana beliau seorang yang dikenali dalam dunia korporat. - Foto Facebook KDN FC
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Yusri mahu Perak FC kekalkan momentum kemenangan
Yusri Che Lah mampu tersenyum lebar selepas menyaksikan skuad bimbingannya menang bergaya 7-0 ke atas KDN FC.

Piala Malaysia: Yusri Che Lah mahu pemain kekalkan momentum
Yusri mengakui masih ada ruang yang perlu diperbaiki bagi memastikan Perak terus mara.

Sabah FC teruskan rentak kemenangan, tewaskan Kelantan 4-1
Kemenangan dimulakan dengan jaringan Joao Pedro menerusi tandukan hasil hantaran lintang daripada Stuart Wilkin pada minit ke-17.

Kuching City kutip mata berharga tewaskan Kelantan 1-0
Kuching City FC mengutip tiga mata berharga untuk kekal di kedudukan keempat Liga Super 2024/2025 dengan menewaskan KDN FC 1-0.

Faisal Halim teruja kembali beraksi di padang
Pemain sayap Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim teruja apabila dapat kembali beraksi di atas padang buat kali pertama.

Kemenangan sulung di laman sendiri suntik semangat Penang FC terus beraksi cemerlang
Tiga mata berharga itu juga cukup melegakan terutama penyokong yang telah lama menanti persembahan bertenaga daripada pasukan itu.

Penang FC benam KDN FC 3-0
Beraksi di hadapan 1,543 penyokong, Penang FC bermula garang seawal minit permainan menerusi beberapa percubaan ke arah pintu gol pasukan pelawat.

KDN FC diminta kekal momentum kemenangan
Michal Jerabek menuntut rakan sepasukannya terus mengekalkan momentum kemenangan apabila menentang Kedah Darul Aman FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Jumaat ini.

Liga Super: Selangor naik tangga kedua, Kijang Emas raih kemenangan sulung
Penyerang import Ronnie Fernandez muncul wira Gergasi Merah selepas mencetak dua gol pada separuh masa pertama.

Pengerusi Eksekutif E-Mutiara dilantik Timbalan Presiden KDN FC
Presiden KDN FC Rozi Muhamad berkata pelantikan itu berkuat kuasa 6 Jun selepas hampir sebulan jawatan itu dikosongkan.