PENGERUSI dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Tenis Wanita (WTA), Steve Simon, berkata dia kini lebih gusar mengenai Peng Shuai selepas menerima satu e-mel, yang dilaporkan ditulis oleh juara kejohanan utama dua kali itu, memaklumkan pemain berkenaan berada dalam keadaan selamat.
Peng dilaporkan hilang sejak membuat tuduhan serangan seksual yang dilakukan oleh seorang bekas pegawai tertinggi kerajaan China.
Dia membuat satu kiriman dalam laman sosial China, Weibo, menuduh Zhang Gaoli -- bekas naib perdana menteri China -- memaksanya untuk mengadakan hubungan seks sebanyak dua kali.
Media daripada China mengantar satu e-mel kepada Simon yang dikatakan ditulis oleh Peng untuk memberitahu bahawa tuduhan serangan itu adalah tidak benar dan Peng sedang "berehat di rumah".
Pengerusi WTA itu memberikan responsnya dengan bekata "amat sukar untuk mempercayai" bahawa Peng menulis e-mel itu dan ia membuatkan dia kini lebih risau mengenai pemain berusia 35 tahun berkenaan.
"Kenyataan yang dikeluarkan daripada media di China hari ini berkenaang Peng Shuai hanya menambahkan kegusaran saya mengenai keberadaan dan keselamatannya," kata Simon dalam satu kenyataan.
"Saya amat sukar untuk mempercayai bahawa Peng Shuai menulis e-mel yang kami terima itu atau mempercayai apa yang dikaitkan dengannya.
"Peng Shuai telah menunjukkan keberanian yang luar biasa dalam mendedahkan serangan sexual daripada seorang pegawai tertinggi kerajaan China.
"WTA dan seluruh dunia memerlukan bukti yang bebas dan boleh disahkan untuk membuktikan bahawa dia selamat.
"Saya sudah mencuba berulang kali untuk menghubunginya menggunakan pelbagai bentuk komunikasi tetapi tidak berhasil.
"Peng Shuai perlu dibenarkan untuk bercakap dengan bebas, tanpa paksaan dan ugutan daripada mana-mana pihak. Tuduhannya berkenaan serangan sexual perlu dihormati, disiasat dengan penuh ketelusan tanpa sebarang tapisan.
"Suara wanita perlu didengari dan dihormati, bukan ditapis mahupun dipaksa," katanya.
Astro Arena
Thu Nov 18 2021

Peng Shuai (gambar) perlu dibenarkan untuk bercakap dengan bebas, tanpa paksaan dan ugutan daripada mana-mana pihak, kata CEO Persatuan Tenis Wanita, Steve Simon. - Foto Astro ARENA
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

WTA umum gantung kejohanan di China
Ia susulan kebimbangan berkaitan pemain tenis China, Peng Shuai.

WTA masih sangsi keberadaan Peng Shuai
Video itu tidak mengubah gesaan WTA agar siasatan penuh diadakan secara adil dan telus, tanpa penapisan, terhadap dakwaan yang dibuat.

WTA kurang yakin kemunculan semula Peng Shuai selepas lama menghilang
Bekas beregu nombor satu dunia itu sebelum ini dilaporkan hilang selepas membuat dakwaan bahawa dia telah menjadi mangsa gangguan seksual.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Serena Williams terkejut dengan misteri kehilangan Peng Shuai
Peng dikatakan tidak ditemui sejak mendedahkan mengenai serangan seksual yang dialaminya.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pengerusi WTA lebih gusar selepas terima e-mel Peng Shuai
Peng dilaporkan hilang sejak membuat tuduhan serangan seksual yang dilakukan oleh seorang bekas pegawai tertinggi kerajaan China.

Bintang tenis China, Peng Shuai dakwa dipaksa adakan hubungan seks
Ini kali pertama tuduhan terhadap pegawai tertinggi kerajaan didedahkan di akaun media sosial.