“YA! Jika Leicester menang Liga Perdana Inggeris, saya akan sampaikan rancangan MOTD (Match Of The Day) musim hadapan hanya dengan berseluar dalam.”
‘Janji’ yang diucap oleh pengulas sukan saluran BBC Gary Lineker pada Disember lalu nyata ditunaikan.
Bekas penyerang Leicester itu tampil dalam rancangan tersebut pada Sabtu dengan hanya memakai seluar pendek dengan logo pasukan kelab berkenaan.
Lineker membuat pertaruhan tersebut menerusi akaun Twitternya tahun lalu apabila Leicester City mengungguli takhta liga namun masih belum dipandang sebagai pasukan yang mampu bergelar juara:
Penghujung musim lalu nyata mencatat sejarah buat The Foxes yang menjuarai Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dengan kelebihan 10 mata.
Menurut BBC, Lineker tampil berseluar pendek sepanjang 30 minit pertama rancangan sebelum tampil semula dengan berpakaian penuh.
“Saya hanya berseluar dalam hari ini kerana keajaiban sukan,” ujar Lineker.
Netizen terutamanya peminat bola sepak memuji dan berjenaka tentang kesanggupan Lineker untuk menunaikan janjinya:
Nizam Bakeri
Sun Aug 14 2016

Gary Lineker pernah menjadi penyerang pasukan Leicester City, Everton, Spurs, dan Barcelona - Foto YouTube/BBC Sport

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.

Chelsea pecat Frank Lampard
Ia susulan lima kekalahan dalam lapan perlawanan yang meletakkan pasukan itu di tangga kesembilan dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris.

Sergio Ramos tersenyum ketika Mo Salah tinggalkan padang kerana cedera
Kapten Real Madrid itu dikecam teruk apabila ekspresi wajahnya ketika Mo Salah tinggalkan padang selepas kedua-dua pemain itu bertembung.

Pengulas sukan Gary Lineker tunai janji tampil separuh bogel di televisyen
Gary Lineker mengirim tweet tahun lalu akan tampil 'hanya berseluar dalam' jika pasukan Leicester City juarai Liga Inggeris musim lalu.